You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Masalah boleh dimaksudkan tentang sesuatu pernyataan atau keadaan di mana terdapat halangan yang memisahkan di antara kita dan perkara yang ingin kita capai. Terdapat pelbagai masalah yang dapat kita perhatikan dalam kehidupan seharian kita. Secara amnya, masalah dibahagikan kepada dua iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Penyelesaian masalah merupakan aktiviti di mana satu penyelesaian dilakukan terhadap sesuatu masalah atau rintangan bergantung kepada keadaan yang tertentu. Proses ini memerlukan kemahiran seseorang individu tersebut untuk memahami dan mengambil langkah-langkah tertentu dalam menyelesaikan masalah. Hal ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan sesutau masalah.

MASALAH RUTIN Masalah rutin merupakan masalah yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah ini. Kemahiran matematik seperti tambah,tolak,bahadi,darab merupakan aspek penting dalam menyelesaikan masalah rutin. Secara amnya, masalah rutin merupakan masalah yang memerlukan suatu rumus atau langkah yang terhad dalam penyelesaiannya. Masalah seperti ini seringkali dapat dilihat dalam peperiksaan.

MASALAH BUKAN RUTIN Masalah bukan rutin pula merupakan masalah yang boleh diselesaikan melalui pelbagai kaedah dan tidak terhad pada sesuatu rumus sahaja. Masalah bukan rutin merupakan masalah yang kompleks dan memerlukan pelbagai kaedah untuk diselesaikan. Hal ini memerlukan pemerhatian dan penilitian dalam merancang strategi untuk menyelesaikan masalah dan memerlukan pengaplikasian pemikiran secara kritis dan kreatif.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kita dapat menggunakan pelbagai kaedah dan model. Antara model yang seringkali digunakan ialah Model Polya yang diperkenalkan oleh ahli matematik terkemuka iaitu George Polya. Terdapat beberapa langkah penyelesaian yang diperkenalkan oleh George Polya dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

George Polya

LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH MENGIKUT MODEL POLYA Berdasarkan kaedah Polya, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik iaitu : 1. Memahami masalah 2. Merancang strategi 3. Melaksanakan strategi 4. Menyemak semula

LANGKAH PERTAMA MEMAHAMI MASALAH Dalam menyelesaikan masalah, pemahaman tentang sesuatu masalah adalah sangat penting. Dalam memahami masalah, terdapat beberapa persoalan yang perlu difikirkan iaitu : Memahami makna istilah dan perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut Mencari matlamat yang perlu diselesaikan Menyusun semula masalah tersebut menggunakan ayat tersendiri supaya dapat difahami Menggunakan diagram atau gambar dalam penyelesaian masalah

LANGKAH KEDUA MERANCANG STRATEGI Pelbagai kaedah dan strategi dapat diambil dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Strategi ini bergantung kepada pengalaman dan kemahiran seseorang tersebut dalam menyelesaikan masalah. Antara strategi tersebut ialah : Cuba jaya Membuat penyenaraian yang tersusun Mencari kemungkinan Menggunakan simetri Menimbangkan kes istimewa Menyelesaikan persamaan Melihat pola Melukis gambar Menyelesaikan masalah kecil terdahulu Membina model Mengira dari belakang Menggunakan formula/rumus Melakukan perbandingan Melakonkan masalah Mempermudahkan masalah

LANGKAH KETIGA MELAKSANAKAN STRATEGI Setelah merancang strategi, pelaksanaan strategi tersebut haruslah dilakukan. Dalam melaksanakan strategi, kita haruslah berhati-hati dan tekun dalam melaksanakan kaedah tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Jika sesuatu masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, kita haruslah kembali semula ke langkah pertama dan menggunakan strategi yang berlainan pula.

LANGKAH KEEMPAT MENYEMAK SEMULA George Polya menyarankan agar sedikit masa diambil supaya dapat disemak jawapan yang telah diperolehi dan melakukan refleksi. Hal ini dapat membantu agar lebih yakin dengan kaedah penyelesaian yang digunakan supaya dapat membantu dalam menyelesaikan masalah lain yang akan mendatang.

You might also like