You are on page 1of 3

PERATURAN PERMAINAN 1) Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta.

2) Kumpulan penyerang tidak dibenarkan memijak mana-mana garisan yang telah ditanda pada gelanggang permainan. Pasukan penyerang tidak dibenarkan melepasi garisan luar kiri dan kanan gelanggang. 3) Peserta penyerang dikira mati sekiranya memijak garisan dan melepasi garisan yang ditetapkan. 4) Pasukan pertahanan mestilah sentiasa memijak garisan yang dikawal. 5) Peserta penyerang dikira mati sekiranya Berjaya disentuh oleh pasukan pertahanan. 6) Peserta pertahanan hanya boleh menyentuh bahu peserta penyerang. 7) Kumpulan penyerang tidak boleh berpatah balik apabila melepasi sesuatu garisan. 8) Masa yang ditetapkan untuk pasukan penyerang melepasi setiap garisan ialah 5 minit. 9) Sekiranya kedua-dua pasukan seri, pusingan bonus akan diadakan untuk menentukan pemenang. 10)Bagi pusingan bonus, undian akan dibuat untuk menentukan pasukan yang akan menjadi penyerang dan pertahanan. 11)Sekiranya pasukan penyerang dapat mengumpul mata, maka perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan penyerang. Namun sekiranya perlawanan tersebut berakhir tanpa sebarang mata dikumpul, maka perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan pertahanan.

PROSEDUR PERMAINAN 1) Rumah biru, hijau, kuning dan merah akan dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan undian iaitu kumpulan A dan B. Contoh : Kumpulan A = merah dan biru Kumpulan B = kuning dan hijau 2) Undian dibuat untuk menentukan kumpulan mana yang akan menjadi penyerang dan pertahanan. 3) 1 mata akan diberikan apabila seorang penyerang berjaya melepasi garisan penamat. 4) 1 mata juga akan diberikan sekiranya penyerang melepasi garisan permulaan. 5) 2 kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan ke pusingan akhir.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DARULAMAN, BANDAR DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

BORANG PENDAFTARAN PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG


BIL NAMA KELAS NO.TELEFON

1.

2.

3.

4.

5.

You might also like