You are on page 1of 14

BIDANG TUGAS GURU PEMULIHAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN JADUAL WAKTU GURU PEMULIHAN

Senarai Tugas Guru Pemulihan berdasarkan:


1. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil KP(BS) 8594/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985 2. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil KP(BS) 8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28 Januari 1986.

Jadual Waktu Guru Pemulihan

Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau lambat yang terpilih dari tahun 1-6 terutama kepada murid-murid tahun 1,2 dan 3 Membantu guru-guru dalam hal:
Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah menguasai kemahiran asas 3M Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran

Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan
`

Berjumpa dan berbincang sama ada dengan guru asas, ibu bapa murid, pegawai perubatan, pegawai kebajikan atau pihak-pihak lain berkenaan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang dan biodata murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M untuk mengikuti program pemulihan khas.

Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan:
Kemajuan murid Latar belakang murid Laporan kesihatan Hasil-hasil temubual dan rujukan

` `

Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemuihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan. Lain-lain tugas yang diberikan dari masa ke semasa.

` `

` `

Mengajar murid-murid lemah dari tahun 1,2 dan 3 Mengajar 2 mata pelajaran iaitu Bahasa dan Matematik Mengajar di kelas pemulihan khas sahaja Mengubahsuaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam sukatan pelajaran mengikut keperluan murid

Berjumpa dan berbincang dengan guru kelas/ibu bapa penjaga supaya dapat guru pemulihan khas memahami masalah murid-muridnya dengan lebih mendalam lagi Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Definisi Jadual Waktu A schedule at which particular activities (classes in a school ) are planned to occur (Cambridge International Dictionary of English 1995) Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.

` `

Guru-guru pemulihan dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut: - masa mengajar = 990 minit - masa persediaan dan panduan = 120 minit - masa luang sama seperti guru-guru lain Masa persediaan dan panduan hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu Guru pemulihan hendaklah mematuhi masa bertugas sebagaimana yang dikuatkuasakan di sekolah itu, khususnya masa datang dan masa balik selepas mengajar

` ` `

Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Mengemas kini rekod-rekod Bimbingan dan kaunseling kepada murid Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid

` ` ` ` ` ` `

Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas Berpandukan jadual waktu induk sekolah Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Catatkan waktu Panduan dan Persediaan Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada kelas yang terlibat Jika perlu dapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah.

You might also like