You are on page 1of 8

PENGENALAN Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal

daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara. Bola jaring adalah suatu permainan yang laju, seronok dan memerlukan kemahiran. Ia dimainkan di luar, di atas gelanggang keras di antara dua pasukan yang mengandungi tujuh pemain sepasukan. Setiap pemain mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu. Kemahiran-kemahiran dalam apa jenis sukan sekalipun adalah pergerakanpergerakan yang diperlukan untuk bermain dengan lebih berjaya. Setiap sukan mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri. Begitu juga permainan bola jaring yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus. Kemahiran-kemahiran asas bola jaring termasuklah gerak kaki, sambutan, hantaran, elakan, kawalan, jaringan dan penglibatan. Kebolehan menggunakan pelbagai hantaran adalah satu kelebihan kerana ia bukan sahaja menjadikan permainan lebih menarik, tetapi juga menyukarkan tugas penahan-penahan dalam usaha mereka menyekat hantaran. Walau apapun jenis hantaran yang akan digunakan oleh pembaling dia mesti sentiasa memberikan satu hantaran sempurna iaitu satu hantaran yang boleh diterima tanpa menyebabkan apaapa perubahan di dalam larian atau pergerakan dan membolehkan penerima membaling semula bola tanpa apa-apa kelewatan. Terdapat lima jenis hantaran dalam permainan bola jaring iaitu hantaran aras bahu, hantaran aras dada, hantaran lob, hantaran bawah tangan, dan hantaran lantun.

TEORI HANTARAN Dalam bola jaring terdapat, terdapat pelbagai cara membaling bola. Pilihan jenis hantaran bergantung kepada posisi penerima, posisi lawan, dan bagaimana bola ditangkap. Seorang pemain bola jaring yang baik harus boleh membaling dengan tepat dalam pelbagai cara dan boleh mengenal dengan pantas seorang pemain yang bebas. Semua jenis hantaran mempunyai prinsip-prinsip asas tertentu iaitu:1) Setiap balingan memerlukan satu persediaan, biasanya pada akhir aksi menyambut untuk memberinya kekuatan dan arah. Berat badan diletakkan di atas kaki kanan dengan sisi kiri badan menunjuk ke arah balingan kecuali untuk balingan menggunakan dua belah tangan di mana badan menghadap ke arah yang diperlukan. 2) Terdapat pertukaran berat badan daripada kaki belakang kepada kaki depan, yang harus menunjukkan di mana balingan akan dibuat. Sisi kiri badan hendaklah tegang untuk memberikan otot-otot balingan yang lebih kuat (bukan untuk hantaran dua belah tangan). 3) Kekuatan balingan bertambah dengan pergerakan kuat pergelangan tangan dan jari-jari 4) Setiap balingan mengikut lajak ke arah hantaran 5) Setiap hantaran harus dinilai bergantung kepada arah dan kelajuan pergerakan penerima

Terdapat lima jenis hantaran dalam permainan bola jaring iaitu hantaran aras bahu, hantaran aras dada, hantaran bawah tangan, hantaran lantun dan hantaran lob. Setiap hantaran tersebut mempunyai cara yang tersendiri dan berbeza dengan hantaran yang lain. Hantaran tersebut juga mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri.

HANTARAN ARAS BAHU Hantaran aras bahu merupakan hantaran yang sangat berguna dalam permainan bola jaring. Ia adalah hantaran yang sangat sukar untuk ditahan jika dibaling dengan tepat.

Rajah 1:Teknik Hantaran Aras Bahu Bola dipegang di dalam tangan kanan dengan jari-jari dan ibu jari mengembang dan diletakkan hampir di belakang bahu. Berat diletakkan di atas kaki kanan. Badan dipusing sehingga bahu yang sebelah lagi bertentangan dengan bahu membaling dan menunjuk ke arah balingan. Berat kemudian dipindahkan kepada kaki kiri yang harus menunjukkan arah bola akan dihantar. Balingan dilakukan dengan penukaran berat , pusingan pinggang dan tolakan ke hadapan bahu balingan, kemudian diikuti dengan memanjangkan lengan bersamasama dengan satu sentakan daripada pergelangan tangan dan jari-jari untuk memberi dorongan tambahan. Tangan hendaklah menunjuk ke arah sasaran. Sesudah bola dilepaskan badan dan lengan hendaklah mengikut lajak ke arah hantaran untuk menghasilkan satu hantaran tepat dan kuat. Lebih banyak kekuatan yang diperlukan lebih banyak tenaga yang harus digunakan dalam putaran badan. Hantaran harus ditujukan kepada ruang bebas penerima dan hendaklah bergerak mengikut lorong lurus.

HANTARAN ARAS DADA Hantaran ini sangat berkesan terutama apabila penyambut menangkap bola di paras dada dan hendak membaling bola kepada pemain lain yang berdekatan. Hantaran jarak dekat ini biasanya digunakan oleh WA untuk menghantar bola kepada GS yang berada di bulatan.

Rajah 2:Teknik Hantaran Aras Dada

Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan lutut-lutut dibengkokkan sedikit. Bola dipegang di paras dada dengan jari-jari mengembang di sisi bola. Siku berada dekat dengan badan dan bola dihantar dengan meluruskan lengan sementara pergelangan tangan menyentak sambil sebelah kaki bergerak ke arah penyambut.

HANTARAN SISI Hantaran ini berguna jika pemain hanya perlu membaling ke jarak dekat. Kekuatan yang berlebihan akan menjadikan hantaran itu sukar untuk disambut. WA selalunya menggunakan hantaran ini untuk menghantar bola kepada GA atau GS apabila dia berada dekat bulatan gol. Pergerakan ini adalah serupa dengan membaling bola seperti dalam permainan rounders. Ini adalah hantaran yang mudah dan pemainpemain harus boleh melakukannya dengan mana-mana tangan.

Rajah 3:Teknik Hantaran Sisi

Bola dipegang dengan sebelah tangan lebih kurang pada paras pinggang. Berat ditukar kepada kaki depan (kaki kiri jika bola dengan tangan kanan) dan lutut dibengkokkan. Lengan ditolak ke hadapan dan membenarkan bola bergerak melalui tangan yang terbuka dengan tolakan akhir oleh jari-jari. Lengan dan tangan kemudian mengikut lajak ke arah hantaran.

HANTARAN LANTUN Biasanya digunakan apabila pembaling dihalang oleh pemain lawan di hadapannya yang mungkin boleh menyerkap hantaran jenis lain. Hantaran ini boleh dilakukan dengan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

Rajah 4:Teknik Hantaran Lantun

Semasa melantun dengan dua belah tangan, tangan diletakkan di sisi bola. Berat ditumpukan kepada kaki depan semasa bola dilantun supaya pembaling berada lebih dekat dengan penahan. Lutut dibengkokkan sedikit dan bola dilepaskan supaya melantun melepasi kaki penahan. Bola harus dilantun ke bawah dengan cukup kuat supaya diterima oleh pemain dalam posisi tegak. Untuk melantun bola dengan sebelah tangan, jari-jari dikembangkan dengan tangan berada di bawah dan di belakang bola. Penukaran berat adalah seperti lantunan dua belah tangan. Penggunaan sebelah tangan bermakna kurang kekuatan dalam lantunan. Oleh kerana kawalan telah dikurangkan ketepatan balingan boleh terjejas.

HANTARAN LOB Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Untuk membuat hantaran lob,pemain yang ingin membuat hantaran perlulah melontarkan bola setinggi yang boleh ke arah ahli pasukannya yang lain.

Rajah 5:Teknik Hantaran Lob

Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu. Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan. Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala. Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.

KESIMPULAN Berdasarkan kerja kursus gerko bola jaring ini, apa yang dapat saya simpulkan ialah dalam permainan bola jaring selain kemahiran asas dalam gerakan kaki terdapat juga kemahiran asas dalam hantaran bola. Dalam kemahiran asas hantaran bola terdapat sebanyak lima jenis hantaran iaitu hantaran aras bahu, hantaran aras dada, hantaran sisi, hantaran lantun dan hantaran lob. Kesemua hantaran tersebut terdapat teknik-tekniknya tersendiri dan kelebihannya tersendiri. Sebagai contoh, hantaran sisi berguna jika kekuatan yang berlebihan akan menjadikan hantaran itu sukar untuk disambut. Kesemua lima hantaran tersebut digalak digunakan dalam permainan bola jaring kerana ia akan memberi manfaat kepada pemain dan permainan tersebut. Namun begitu, bukan semua pemain boleh melakukan kesemua jenis hantaran ini. Terdapat hantaran yang memerlukan pemain mempunyai kecekapan dalam memegang bola dan menangkap bola. Hal ini kerana sesetengah jenis hantaran menggunakan kekuatan yang tinggi contohnya hantaran sisi. Jika kekuatan yang berlebihan akan menjadikan hantaran itu sukar untuk disambut. Hantaran dada ini sangat berkesan terutama apabila penyambut menangkap bola di paras dada dan hendak membaling bola kepada pemain lain yang berdekatan.

You might also like