You are on page 1of 2

4.

4 TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yangbersetujuh dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punc utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis. 4.4.1 CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas. Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untukmemastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel. Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga

boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis. 4.5 Kesimpulan Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka. Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P & P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. Kaedah Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji menampakkan hasil yang membanggakan. Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian, wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masaterluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan . 4.5.1 Cadangan pembelajaran Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.

You might also like