You are on page 1of 9

Topik 1 : Perluasan Gurun 1.

Perubahan yang berlaku ke atas gurun hari ini ialah : Pergurunan atau perluasan padang pasir adalah masalah serius yang tidak hanya mempengaruhi negara-negara yang terletak di padang pasir atau gurun, tetapi juga memberi kesan ke atas seluruh dunia. Gurun Sahara telah melebar atau membesar dan ianya telah menutupi 65 juta hektar daratan.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi perluasan gurun ini ialah : Penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan tanah menjadi gersang, seterusnya menjadi tanah gurun. Ia terjadi ekoran usaha pertanian ke atas tanah yang kurang berkualiti iaitu tidak subur, yang dilakukan oleh negara-negara yang kurang menerima hujan, dan mempunyai padang ragut yang terhad untuk ternakan. Akibatnya padang ragut menjadi gondol. Di samping itu, pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.

3. Adakah perubahan yang berlaku memberi kesan yang baik atau sebaliknya?
Perubahan yang berlaku ini tidak memberi sedikit pun kebaikan kepada persekitaran dan manusia, malahan pergurunan yang terhasil telah menyebabkan perubahan iklim dunia

menjadi lebih panas dan kering, dan ini bererti ada sedikit air untuk menyokong tanaman dan haiwan.

4. i) Tindakan-tindakan yang boleh saya laksanakan untuk menangani masalah ini ialah : Mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar Menyemai dalam diri sifat tanggungjawab dalam menjaga kepentingan alam Sekitar ii) Tindakan-tindakan yang boleh KITA lakukan untuk mengatasi masalah perluasan gurun ialah : Mengikuti kempen-kempen kesedaran alam sekitar Dengan mengikuti kempen-kempen seperti ini, ia akan dapat meningkatkan tahap kesedaran kita semua mengenai pentingnya menjaga alam sekitar. Kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar Sentiasa ingat memperingati sesama kita tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. iii) Tindakan-tindakan yang boleh KERAJAAN lakukan untuk mengatasi masalah perluasan gurun ialah : Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar Kerajaan boleh menganjurkan kempen-kempen kesedaran terhadap alam sekitar secara percuma kepada rakyat supaya mereka lebih prihatin tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Penerbangan secara selektif Kerajaan perlu menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dengan penebangan hutan hendaklah membuat penebangan secara selektif.

Topik 2 : Hakisan Tanah

1. Perubahan yang berlaku hari ini ekoran hakisan tanah ialah : Masalah hakisan tanah kian meruncing dari setahun ke setahun dan perubahan kepada struktur tanah ini akan menyebabkan tanah runtuh. Hakisan tanah pada lereng lereng bukit juga semakin banyak berlaku seterusnya menyebabkan tanah runtuh dan membahayakan keselamatan penduduk. Negara telah dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 lalu yang mengakibatkan empat nyawa terkorban serta lima belas yang lain cedera. 2. Faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya hakisan tanah ialah : IKLIM

Hujan yang lebat menyebabkan isipadu air meningkat dan menyebabkan kadar hakisan sungai meningkat serta menyebabkan air mengalir laju seterunya menghakis tanah berhampiran. Walau bagaimanapun, di kawasan iklim panas, isipadu dan halaju air dalam lembangan saliran akan berkurangan menyebabkan kadar hakisan berkurangan. GEOLOGI BATUAN Setiap batuan mempunyai struktur yang berbeza dari segi kekerasan, tekstur dan lain lain. Sebagai contoh, bagi batu kapur atau batu yang lembut atau berstruktur lemah,hakisan lebih mudah berlaku berbanding pada batuan yang berstruktur kuat atau keras. Oleh itu, tanah yang mempunyai struktur batuan yang lebih lembut atau lemah

akan mudah mengalami hakisan berbanding tanah yang mempunyai struktur batuan yang kuat atau keras.

AKTIVITI MANUSIA 1) PERTANIAN Penggunaan tanah hutan untuk pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada hakisan tanah, ia juga mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,dan penebangan hutan juga turut menyumbang kepada pemendapan, kerosakan cerun serta tanah runtuh .

2) PERLOMBONGAN Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral. Hasil daripada perlombongan yang tidak terkawal akan mengubah struktur tanah serta menyebabkan tanah terdedah kepada hakisan. Pada kebiasaanya, kawasan bekas lombong mudah terhakis kerana kurang liputan tumbuhan. Sebagai contoh, kegelongsoran tanah berlaku di kawasan perlombongan seperti di Puchong, Kampar dan Ipoh.

3) PEMBALAKAN Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu. Pembalakan yang tidak terancang bukan sahaja menyebabkan kepupusan

spesies tumbuhan malah turut mengakibatkan hakisan tanah kerana ketiadaan pokok bagi menyerap air dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk sewaktu musim tengkujuh atau hujan lebat.

4) PEMBANGUNAN Pada hari ini , permintaan yang tinggi terhadap kawasan perumahan di lereng lereng bukit menyebabkan lebih banyak lereng bukit ditarah bagi membina lebih banyak kawasan perumahan. Selain itu, kawasan bukit juga diratakan bagi membina lebih banyak lebuhraya bagi meningkatkan keselesaan pengguna. Namun begitu, aktiviti pembangunan ini telah memberi kesan kepada pendedahan permukaan cerun yang secara langsung mengakibatkan hakisan tanah.

3. Adakah perubahan yang berlaku memberi kesan yang baik atau sebaliknya? Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

Biarpun hakisan tanah berlaku perlahan, namun ia tetap memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang. Kejadian hakisan menyebabkan air sungai dicemari kelodak dan unsur-unsur tidak larut. Sungai menjadi cetek dan mengganggu ekologi hidupan air. Seterusnya akan berlaku banjir akibat limpahan air dari sungai ini. Banjir sering berlaku di kebanyakan negara. Kesan yang paling teruk berlaku akibat banjir adalah menjejaskan kesihatan keluar merata-rata manusia. tempat Banjir yang berlaku air. akan ini menyebabkan juga akan pelbagai takungan bertaburan jenis najis di bersama-sama limpahan sehingga Najis

mengakibatkan

penyakit

seperti taun dan malaria. Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan bencana gempa bumi yang akan boleh membawa kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Gempa bumi menyebabkan kerugiankepada kawasan pertanian.Oleh

itu, bencana alam yang berlaku akan memusnahkan persekitaran, hidupan dan harta benda dengan cepat hingga menyebabkan keseimbangan alam terjejas.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara mangsa. Mangsa bencana alam kebiasaannya juga akan mengalami trauma. Mengambil contoh kejadian gempa bumi yang berlaku sebelum ini, mangsa yang tinggal di kawasan tanah tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut untuk turun ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam akan berulang. Keadaan yang teruk menyebabkan mangsa bencana alam takut

akan kejadian yang telah berlaku. Seperti tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu.

4. i) Tindakan-tindakan yang boleh saya laksanakan untuk menangani masalah ini ialah :

Menanam tanaman penutup bumi di rumah seperti tanaman kekacang, keledek Kaedah ini dapat menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan.

Mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar Menyemai dalam diri sifat tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar

ii) Tindakan-tindakan yang boleh KITA lakukan untuk mengurangkan masalah hakisan tanah ialah : Membina sistem perparitan dan saliran yang sistematik dalam sesebuah komuniti Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat mengalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu Mengikuti kempen-kempen kesedaran alam sekitar Dengan mengikuti kempen-kempen seperti ini, ia akan dapat meningkatkan tahap kesedaran kita semua mengenai pentingnya menjaga alam sekitar. Kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar

Sentiasa ingat memperingati sesama kita tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar.

iii) Tindakan-tindakan yang boleh KERAJAAN lakukan untuk mengurangkan masalah hakisan tanah ialah : Penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat patut dilaksanakan bagi mengelakkan pembukaan tanah secara haram sejajar dengan Kanun Tanah Negara. Pembukaan tanah berperingkat

Dalam kerja-kerja membangunkan tanah, kerajaan hendaklah memastikan proses pembukaan tanah itu dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan. Penebangan secara selektif

Kerajaan perlu menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dengan penebangan hutan hendaklah membuat penebangan secara selektif. Ini kerana, pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan. Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar

Kerajaan boleh menganjurkan kempen-kempen kesedaran terhadap alam sekitar secara percuma kepada rakyat supaya mereka lebih prihati tentang pentingnya menjaga alam sekitar..

You might also like