You are on page 1of 11

1 IDEOLOGY AND PUBLIC ADMINISTRATION: MIB PERSPECTIVE Ideology bermakna: a set of ideas or beliefs that form the basis

asis of an economic or political theory or that are held by a particular group or person. Public bermakna: concerning people in general. Administration pula bermakna: the management of public or business affairs. Definisi dan tafsirannya ialah Pentadbiran merupakan: - process kegiatan yang - merangkumi kerjasama antara manusia dengan menggunakan benda dan teknologi sehingga tercapai tujuan kerajaan atau organisasi Pentadbiran dilakukan oleh sebilangan kecil manusia yang:

- berpengetahuan - berkarisma - berpengaruh Pentadbiran sesebuah negara adalah bergantung pada sistem pemerintahan dan perundangan. Dalam Sistem Kerajaan Beraja yang diamalkan di Brunei, Sultan memegang peranan sebagai Ketua Negara, Ketua Agama dan Ketua Adat Istiadat. Menurut ajaran Islam, sesebuah negara wajib melantik ulil amri untuk mengatur pemerintahan, mewujudkan sistem pertahanan, memelihara keselamatan dan menguatkuasakan undang-undang Islam. Brunei muncul sebagai pusat bagi aktiviti pengembangan Islam sejak kejatuhan Melaka. Raja Brunei yang terkemuka aktifnya dalam pengembangan agama Islam ialah Sultan Sharif Ali. Peranan utama Sultan Bolkiah ialah meluaskan pengembangan agama Islam serta menyusun sistem pertahanan dan keselamatan. 3

Dasar persahabatan dengan bangsa-bangsa lain sudah diamalkan sejak zaman Sultan Bolkiah atas dasar hormat-menghormati. Dalam bidang pentadbiran, Brunei telah melalui beberapa tahap: iaitu zaman pemerintahan kesultanan, zaman pemerintahan residen, zaman berkerajaan sendiri dan zaman kemerdekaan penuh. Dalam zaman kesultanan, bidang pentadbiran diketuai oleh pembesar yang dilantik. Calon pembesar negeri semestinya dari keluarga orang yang baik-baik serta pernah berkhidmat sebagai pegawai pentadbir atau kakitangan peringkat bawahan. Dalam sistem pentadbiran zaman kesultanan, ada dua buah badan yang utama; laitu badan perundangan dan badan eksekutif. Badan Perundangan dianggotai oleh wariz dan Chateria manakala Badan Eksekutif dianggotai oleh Menteri, Menteri Darat, Hulubalang, Pengarah dan Penyurat. Di samping Menteri ada Pegawai Pentadbir Hal Ehwal Agama. 4

Perlantikan Menteri dan Pegawai Hal Ehwal Agama dibuat berdasarkan pengetahuan dan amalan keagamaan; dan bukannya keturunan. Walaupun pada teorinya kuasa mentadbir ada di tangan Sultan, namun pada amalannya segala keputusan Sultan adalah diambil berasaskan nasihat Badan Perundangan dan Badan Eksekutif. Dengan adanya Badan Perundangan dan Badan Eksekutif bermakna sistem perundingan atau muzakarah telah menjadi amalan tradisi, selaras dengan konsep Syura dalam Islam. Pada keseluruhannya sistem pemerintahan kesultanan tradisi adalah bersandarkan kepada Hukum Kanun, Hukum Syara, Adat Istiadat dan Adat Resam. Apabila Sultan Omar Ali Saifuddien III menaiki takhta pada tahun 1950 dan seterusnya pemasyhuran Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang mengangkat martabat bahasa Melayu, agama Islam dan sistem pemerintahan, pentadbiran kerajaan terus mengalami perubahan demi perubahan di mana pemedulian terhadap rakyat diutamakan. 5

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 memperuntukkan supaya seorang Menteri Besar dilantik selaku ketua bagi semua pegawai kerajaan dan menjalankan peranan yang dulunya dipegang oleh Pesuruhjaya British. Perlembagaan Negeri Brunei 1959 memperuntukkan penubuhan tiga buah badan yang penting; Majlis Mesyuarat negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Diraja; serta Mahkamah. Sekian banyak kemudahan disediakan bagi kesejahteraan rakyat. Di bidang pendidikan umpamanya, sekolah-sekolah dibina sampai ke pendalaman; pendidikan percuma; sekolah Inggeris dibina bagi membolehkan kita mengejar ilmu di luar negeri seperti dalam hadis yang maknanya tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China; sekolah ugama dimulai secara formal dan sistematik pada tahun 1956; Jabatan Hal Ehwal Ugama dibina pada tahun 1954 bagi urusa-urusan mengenai agama Islam dan umat Islam; perubatan percuma; masjid-masjid dibina sehingga 40 buah termasuk masjid Omar Ali Saifuddien; class-class dewasa berkembang bagi menampung dan memberi peluang kepada orang 6

ramai untuk meneruskan pelajaran; biasiswa diberikan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri; rangkaian jalan raya dibina dll. Apabila kita mencapai kemerdekaan tahun 1984, semua usaha ini diteruskan sampai masa sekarang dan malah ditingkatkan sesuai dengan keperluan semasa. Misalnya sekarang jumlah masjid sudah dua kali ganda daripada semasa belum merdeka termasuklah masjid jamie; penubuhan institusiinstitusi pengajian tinggi seperti UBD, ITB, Nursing College, technical colleges and schools, tahfiz; dwi bahasa di sekolah-sekolah bagi mempastikan semua pelajar boleh berbahasa Inggeris; dan yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi pembelajaran bahasa Arab dan curriculum bersepadu yang akan mewujudkan pendidikan bersepadu dll di samping masih menghantar pelajar ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran di bidang yang tidak terdapat dalam negeri. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan ini adalah dalam pembangunan Islam misalnya penyusunan pentadbiran agama dengan menaikkannya menjadi sebuah Kementerian sama seperti kementerian yang lain; perkembangan ekonomi; pendidikan; social misalnya highways yang menghubungkan 7

kita dengan cepat tanpa halangan, pencen tua bagi yang berumur 60 tahun ke atas, pinjaman rumah dan kereta tanpa bunga, tambang percuma setiap tiga tahun dan tambang haji, scheme perumahan; dll. Pada masa sekarang apabila kita mengatakan pentadbiran awam, ada beberapa hal yang sering menjadi sorotan orang ramai. Di antaranya tentang jam kerja yang sering tidak ditepati oleh kaki tangan kerajaan atas alasan menghantar anak ke sekolah. Kalau kita lihat dari sudut MIB terutama dari segi Islam iaitu unsur kedua dalam MIB, di mana kita diamanahkan untuk datang ke pejabat dari jam sekian sampai sekian, lalu kita tidak menepatinya, maka ini bererti kita tidak menunaikan amanah yang dipikulkan kepada kita. Misal lain seperti melambat-lambatkan kerja. Mungkin ada yang menganggap tidak penting untuk menyelesaikan kerja dengan cepat. Sikap seperti ini menjejaskan nama baik pejabat dan diri sendiri. Seolaholah ini bererti orang Melayu hanya membawa nama buruk saja. Sedangkan dari perspective MIB orang Melayu 8

haruslah setanding dengan orang lain dalam erti kata lain duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Tetapi phenomena ini cuba diselesaikan oleh kerajaan melalui programme TPOR. Dalam pada itu ada beberapa hal pula yang menepati MIB. Misalnya selalu mengadakan muzakarah atau meeting di kalangan kaki tangan kerajaan. Dalam Islam menyuruh .(38 .) Prestasi kerja atau penilaian kerja adalah juga mengikut suruhan agama. Pengharaman kemasukan arak ke negeri ini mulai 1 December 1990 adalah juga dari perspective Islam. Dan kerajaan terus berusaha menyekat kemasukannya serta hukuman terhadap yang bersalah. Pengharaman judi dan penguatkuasaan undangundang serta hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam judi adalah juga bersesuaian dengan kehendak MIB.

Dari segi Islam memang sudah jelas. Dari segi Melayu pula kita tidak mahu orang Melayu lalai dengan judi sehingga terjerumus ke lembah perjudian. Masyarakat Melayu dahulu pun tidak berdampingan dengan judi. Undang-undang diwujudkan bagi mempastikan halal-haram makanan yang diimport dan beredar di Brunei adalah juga bererti memartabatkan MIB sebagai falsafah negara bagi menjamin keselamatan rakyat dunia dan akhirat. Penubuhan bank-bank Islam dan akhir-akhir ini takaful atau insuran Islam bermakna ideology dan pentadbiran awam menuju kepada MIB perspective. Terdapat beberapa agensi Kerajaan yang aktif melaksanakan dan menerapkan falsafah MIB di negara ini berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan dan akta-akta. Jabatan Perdana Menteri: Tugas dan tanggungjawab: - Menggerakkan pentadbiran dan pengurusan negara 10

-Mengawal hal ehwal Perkhidmatan Awam termasuk dasar-dasar dan peraturan-peraturan Menjelaskan titah-titah melalui surat keliling Jabatan Adat Istiadat Negara Tugas dan tanggungjawab - Memberi bimbing nasihat kepada jabatanjabatan kerajaan dan sektor swasta serta orangorang perseorangan mengenai adat istiadat Melayu terutama adat istiadat diraja -Memberi garis panduan mengenai penggunaan Bahasa Dalam iaitu bahasa dan istilah yang digunakanoleh rakyat dan penduduk semasa mengadap ahli-ahli keluarga diraja atau berurusan dengan orang-orang yang disampiri gelaran. -Memberi nasihat dan bimbingan tentang penggunaan Terasul dan istilah semasa membuat persuratan rasmi dengan orang kenamaan. -Membantu dan mensahkan susunan kedudukan pembesar-pembesar negara di dalam majlis-majlis diraja dan upacara-upacara rasmi kerajaan.

You might also like