You are on page 1of 4

Pesanan Dari Pihak Atasan Taklimat/Bengkel Merekayasa (Reengineering) Pengurusan Disiplin Dalam Kalangan Murid Di Sekolah.

Anjuran : JPN Kedah. 16 18 Oktober 2011.

Pengarah

1. Masalah remaja masa kini semakin hebat kerana perubahan teknologi meruntun perubahan tingkahlaku. 2. Kenakalan pelajar dahulu dan kini jauh berbeza. Cara tangani dahulu dan kini juga berbeza. 3. Pembangunan modal insan merupakan sumber kepada Negara. Kemenjadian murid merupakan indicator (KPI) dalam transformasi kerajaan. 4. KPI kita ialah untuk menurunkan kadar masalah disiplin. Penurunan kadar masalah disiplin pelajar akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik. 5. Untuk kejayaan di peringkat sekolah, usaha-usaha yang holistic perlu dilakukan: y y y y Untuk melahirkan modal insan yang berpemikiran kritis Untuk melahirkan generasi yang berkemahiran. Kumpulan hebat boleh berkomunikasi dengan berkesan hingga tahap antarabangsa Kumpulan pelajar yang mempunyai nilai keusahawanan iaitu yang kurang cemerlang tetapi pandai mencari peluang. 6. Masalah disiplin di sekolah Cuba faham punca-punca yang berlaku dan tindakan yang diambil oleh guru atas kesalahan yang dilakukan. Contoh tindakan yang tidak munasabah: Pelajar perempuan disuruh pilih denda rotan/ buang seluar dalam. 7. Pengaruh media dan Pengaruh rakan sebaya semangat yang rapuh , kurang ketahanan diri. Tindakan kita perlu banyakkan perkhemahan , jungle tracking, berkayak dan lain-lain. Apabila sedikit susah / bermasalah pelajar mudah terima offer/tawaran pertolongan dari orang yang berkepentingan. 8. Perpecahan dalam keluarga luar Bandar begitu ketara. 9. Pengurusan dalam bilik darjah pengajaran yang tidak menarik.

Isu-isu

1. Bantuan persekolahan RM 100 setiap orang diberi terus kepada pelajar. Jangan susahkan pelajar. 2. Bayaran tambahan RM 33.30 telah dimansuhkan jangan kutip dari pelajar 3. KPI - penekanan kepada akademik dan menangani masalah disiplin murid perlu seimbang. 4. Peraturan yang regid perlu dilihat semula. Contoh : Membotakkan 55 orang pelajar bagi pelbagai kesalahan. JPN tiada ruang untuk bela. 5. Selalu adakan rondaan ke kawasan yang risiko bergaduh. 6. Cari punca pelajar asrama lari waktu malam kemungkinan lapar, makanan tak cukup. 7. Jangan sembunyi kes lapor kepada PPD 8. Cepat bertindak - Bangun, Bingkas, Buat. 9. Hidupkan J/K Disiplin di peringkat sekolah - untuk menilai masalah disiplin semasa. 10. Program B&K - buat sesuatu untuk menurunkan kadar ponteng sekolah. 11. Terapkan semua guru adalah Guru Disiplin: 12. Pelajar tidur dalam kelas manakala guru terus mengajar. 13. Pelajar luar ambil pelajar dalam kelas yang ada guru dan memukul di luar kelas. 14. Amalkan budaya EX- PLUS (Excellent, Pengetahuan, Latihan, Usaha, Sepakat) 15. Konsep Sekolah Penyayang guru lebih sayang kepada pelajar.

Timbalan Pengarah

Pengurusan Disiplin

1. Melahirkan modal insan beraras tinggi doctor, jurutera, nelayan moden, petani moden 2. Sekolah perlu ada Inovasi & kreativiti pelajar minat untuk dating ke sekolah 3. Pengurusan Asrama - PK1 akademik, PK HEM disiplin dan sahsiah, PK Kokurikulum - aktiviti kokurikulum di asrama 4. Kes ponteng - hantar surat amaran 1, 2, dan 3. 5. Kempen senyum mesra pelanggan untuk tarik murid ke sekolah. 6. SKPM untuk melihat kemenjadian murid.

7. Pelajar masa kini adalah dari Generasi Y - sentiasa berada dalam zon selesa, tidak perlu susah payah , semua sudah tersedia. Mereka banyak bergantung kepada teknologi maklumat. 8. Peranan guru : y y y Membina bukan menghukum Tanamkan budaya sekolah yang cemerlang Wujudkan suasana seronok (enjoy) di sekolah memuji / kecintaan kepada sekolah, sense of belonging, muhibbah & perpaduan. y y y y Program sayang pelajar - beri penghargaan, P&P penuh dengan kasih saying, ketelusan Membina hubungan komuniti / luar / waris. Wujudkan suasana kerja yang harmonis. Guru bertindak rasional terhadap pelajar - manfaat sampai kepada pelajar melahirkan insan berkualiti 9. Harapan sekolah akan dapat menghasilkan Modal Insan Bertaraf tinggi, bersaing dalam dunia global.

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Pengurusan Disiplin Dalam Bilik Darjah.

1. Bilik darjah tempat berlakunya P&P 2. Apabila ada 2 orang pelajar bergaduh. Yang buruk adalah pelajar , bukan guru. Jangan guru menjadi buruk dengan menampar pula pelajar tersebut. 3. Siapakah kita tanpa murid. Dalam business pelanggan adalah raja. Kita kena tengok supaya hak mereka dipenuhi. 4. Semua guru adalah guru disiplin. Ada masalah disiplin selesai ditempat itu juga oleh guru berkenaan. 5. Realiti Masalah disiplin meningkat prestasi akademik akan menurun 6. Semua murid yang hadapi masalah perlu melalui kaunseling. Kaunseling mesti cari pelajar bermasalah. 7. Wujudkan caring teacher guru - murid sangat penyayang.

8. Buatlah baik sebanyak yang boleh. Elakkan sekecil-kecilnya membuat kesilapan.

Pesanan PK HEM

1. Semua guru adalah guru disiplin 2. Ada masalah disiplin selesai ditempat itu juga oleh guru berkenaan. 3. Tindakan yang diambil perlu munasabah dan tidak menimbulkan isu. Bila timbul isu atau kes surat kabar kena ikut SOP 1,3,7. 4. Kes ponteng. Perlu dirujuk kepada kaunselor sebelum boleh dibuang. Hak pelajar untuk belajar sehingga umur 17 tahun. 5. Buku rekod kehadiran pelajar perlu dijaga dan di simpan di sekolah dengan maklumat pelajar yang lengkap. 6. Baik pulih kerusi dan meja r semasa cuti sekolah 20 30 November 2011 ( 2 minggu yang pertama) 7. Sistem SSDM online SMK Hosba aantara 2 buah yang dipilih sebagai projek rintis 8. Data Kehadiran Setiap Hari -Tahniah dan terima kasih. Kejasama semua.

You might also like