You are on page 1of 16

1 PENGENALAN Tamadun Malaysia merupakan sebuan tamadun yang sangat unik memandangkan masyarakat Malaysia terbentuk daripada pelbagai

kaum, bangsa dan agama. Pembentukan masyarakat Malaysia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu kira-kira 600 tahun dahulu. Pada masa itu, masyarakat Melaka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Antaranya orang-orang Cina, India, Arab, Eropah dan juga orang-orang Asia Tenggara. Selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, masyarakat kita mula dipengaruhi oleh kuasa-kuasa penjajah barat termasuk Portugis, Belanda, British, mahupun penjajahan tentera kuasa Jepun dalam zaman Peperangan Dunia Kedua. Pada akhir zaman penjajahan British, penduduk negara kita terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Bangsa Melayu (bangsa utama), Bangsa Cina dan Bangsa India. Oleh yang demikian, tamadun negara kita banyak dipengaruhi oleh bangsa-bangsa utama ini, yang mana memiliki tamadun masing-masing dari negeri asal-usul mereka. Selepas mencapai kemerdakaan dalam tahun 1957, kerajaan moden Persekutuan Malaya telah terbentuk. Persekutuan Malaysia pula terbentuk apabila Sabah dan Sarawak bercantum dengan Tanah Melayu pada 19 September 1963. Sejak hari itu, sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada peibagai bangsa etnik, agama dan budaya telah terbentuk. Ciri-ciri tamadun yang kita ada hari ini bukanlah dari yang lain, tetapi Tamadun Malaysia.

SEJARAH PENDEK CHINA Tamadun China wujud sejak 5000 tahun dahulu lagi. Dinasti pertama

masyarakat China dikenali sebagai Dinasti Xia, yang membawa maksud zaman musim luruh. Selepas itu, Dinasti Xia diganti oleh Dinasti Shang, dan kemudiannya diikuti oleh Dinasti Zhou. Kemunculan ketiga-tiga dinasti purba negeri China itu telah mengasaskan sebuah tamadun yang unik, yang mana ia lain daripada semua tamadun yang ada di atas muka bumi ini. Tamadun masyarakat ketiga-tiga dinasti ini pula menjadi asas kepada semua dinasti selepas itu sehinggalah China moden hari ini. Selepas kejatuhan Dinasti Zhou, negeri China berpecah kepada beberapa negeri yang diperintah oleh raja masing-masing. Zaman Peperangan Tujuh negeri merupakan zaman perpecahan yang sangat terkenal. Selepas berperang selama 300 tahun, China disatukan oleh negeri Chin yang dipimpin oleh seorang pemerintah yang termashur, iaitu Maharaja Shi Huang Di. Sejak hari itu, negeri China mula digelar China, yang berasaskan nama negeri Chin. Dukacitanya Empayar Chin ini tidak berpanjangan. Ia hanya bertahan selama 15 tahun sahaja, dan dijatuhkan oleh Jeneral Xiang Yu empat tahun selepas kemangkatan Maharaja Shi Huang Di. Empayar Chin berpecah kepada dua kuasa besar pada zaman itu iaitu Kuasa Chu (Jeneral Xiang Yu) dan Kuasa Han (Jeneral Liu Bang). Tujuh tahun kemudian, Jeneral Liu Bang telah menghapuskan kuasa Chu sejurusnya mendirikan sebuah empayar baru, iaitu Empayar Han. Liu Bang telah menjadi Maharaja pertama Empayar Han pada tahun 206 s.m.

Antara dinasti-dinasti yang pernah muncul selepas Dinasti Han termasuklah Dinasti Jing, Dinasti Shui, Dinasti Tang, Dinasti Song, Dinasti Yuan(Mongolian), Dinasti Ming dan akhir sekali Dinasti Qing(Manchuria), yang berakhir pada tahun 1911. Selepas kejatuhan Empayar Qing, Negeri China dipimpinan oleh Dr. Sun Yat Seng (Pengasas Parti Guo Ming Dang). Sebuah kerajaan republik baru terbentuk. Pada tahun 1949, China diambil alih oleh kerajaan yang berasaskan fahaman sosialis dan membentuk sebuah kerajaan moden, iaitu Republik Rakyat China ( The Peoples Republic Of China) sehingga hari ini.

3 TAMADUN CHINA Tamadun China telah wujud sejak Dinasti Xia lagi. Tamadun China mencapai zaman kegemilangannya pada Zaman Cun Qiu (500 s.m). Antara tokoh-tokoh yang termashur ialah Kongzi(Konfusius), Laozi(Pengasas Taolism), Mengzi, Zhuangzi, Mozi, Hanfeizi dan lain-lain lagi. Semua tokoh ini telah memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan peradaban masyarakat China. Pengaruh-pengaruh tokoh-tokoh ini masih lagi jelas kelihatan sehingga hari ini. Selain daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas, banyak lagi kegiatan dan amalan yang terdapat di negeri China mempengaruh negara-negara lain terutamanya negara-negara Asia Timur dan Asia tenggara. Antaranya termasuklah bahasa, seni kraftangan, tulisan, agama, adat-istiadat, kebudayaan, makanan, pakaian, sains dan teknologi dan lain-lain lagi.

4 PERADABAN CHINA SEBAGAI PENYUMBANG BUDAYA Budaya China banyak mempengaruhi budaya tempatan, terutamanya masyarakat kaum Cina yang tinggal di Malaysia. Masyarakat Cina hari ini masih lagi mengamalkan prinsip asas cara hidup nenek moyang mereka dari China, seperti Perayaan Tahun Baru Cina mengikut Kalender Lunar, Perayaan Musim Panas(Duan Wu), Perayaan Musim Luruh (Perayaan Kuih Bulan) dan sebagainya. 4.1 Perayaan Semasa Perayaan Tahun Baru, kita dapat lihat banyak lagi amalan keturunan tradisional masih dilangsungkan dengan giat seperti Tarian Singa, Pemberian Ang Pao kepada budak dan pemuda yang belum berkahwin, tulisan Chun Lian, bermain mercun merah dan lain-lain lagi. Amalan-amalan ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat Cina, malah ia telah menjadi satu peradaban di masyarakat Malaysia hari ini. Misalnya Tarian Singa dimainkan semasa menyambut pemimpin-peminpin sebagai tanda penghormatan dan kemesraan, pemberian Ang Pao kepada tetamu-tetamu yang mengunjung ke majlis hari jadi atau majlis perkahwinan sebagai tanda bertuah, dan bermain mercun merah semasa perasmian sesebuah kedai atau syarikat sebagai tanda menyambut kemesraan dan kekayaan. Sehubungan dengan itu, tradisi orang Cina ini telah mula diubahsuai dan diamalkan oleh kaum-kaum lain seperti wujudnya pemberian duit raya ( Ang Pao Hijau) menjelang Hari Raya Aidilfitri. 4.2 Tarian Tarian tradisional Cina, sering dilangsungkan dalam pelbagai majlis sebagai tanda menyambut kedatangan tetamu kehormat. Antara tarian yang selalu ditarikan ialah Tarian Payung, Tarian Kipas Cina dan Tarian Kain Sutera. Tarian-tarian ini menunjukkan ciri-ciri masyarakat dan tamadun China zaman

dahulu, yang sememangnya telah menjadi salah satu tanda istimewa masyarakat majmuk Malaysia hari ini. 4.3 Warna Warna merah memang sebagai warna bertuah bagi masyarakat Cina. Peradaban ini telah mempengaruh masyarakat Cina di Malaysia supaya mengikut kepercayaan keturunan tradisional itu. Maka kita sering dapat lihat pakaian yang bermerah-merahan semasa perayaan mahupun semasa majlis perkahwinan atau sambutan hari jadi. Bukan warna merah sahaja yang menjadi tanda sesuatu keadaan, malah warna-warna lain juga diambil kira. Misalnya warna putih dan hitam sebagai tanda orang meninggal dunia. Warna kuning yang melambangkan warna keagungan Diraja Malaysia juga berasal dari Negeri China semasa lawatan Laksamana Cheng Ho dari China (Dinasti Ming) ke Melaka. 4.4 Pakaian Selain itu, pakaian tradisional Cina juga telah memberi sumbangan yang besar dalam variasi pakaian masyarakat Malaysia hari ini. Cantuman fesyen pakaian Melayu-Cina, Cina-India atau Cina-Barat telah menjadi satu keunikan dalam dunia feksien pakaian di masyarakat Malaysia hari ini yang memang tidak dapat dilihat dari mana-mana negara lain di muka dunia. 4.5 Makanan Banyak makanan di kalangan Orang Cina telah menjadi makanan kegemaran masyarakat Malaysia, misalnya Sup Ikan Yu. Makanan ini dapat dilihat di mana-mana majlis, kenduri atau semasa perayaan. Makanan-makanan lain seperti Yong Taufu, Gi Cheong Fun, Po Piah, Taufu Fah, taugeh, sayursayuran kering dan lain-lain lagi telah menjadi makanan kebiasaan berleluasa di semua restoran di Malaysia hari ini. semua kaum di Malaysia. Tambahan pula, penggunaan penyepit (Chopsticks) yang

5 PERADABAN CHINA SEBAGAI PENYUMBANG ILMU Ilmu-ilmu dari negeri China terkenal sejak 2000 tahun dahulu lagi. Ilmuilmu China yang banyak mempengaruhi tamadun dunia termasukah ilmu percetakan, ilmu matematik, ilmu sains, ilmu kimia, ilmu astronomi, ilmu geografi, ilmu ketenteraan, ilmu pembinaan, ilmu kelautan(pelayaran), ilmu perubatan dan lain-lain lagi. 5.1 Ilmu Matematik Cara penghitungan orang-orang Cina memang terkenal. Orang-orang Cina menggunakan alat perkiraan dalam matematik untuk membantu mereka menguasai bidang perniagaan terutamanya apabila mengira hasil-hasil perolehan mereka. Sejak dahulu lagi, orang-orang China menggunakan sempoa (abacus) dalam perkiraan pendapatan seperti hasil cukai terhadap perniagaan laut, hasil pertanian dan duit yang dipungut menerusi perdagangan. Selain menggunakan sempoa, orang-orang China juga mengamalkan cara menghafal sifir pendaraban yang cukup pantas. Pendidikan Malaysia hari ini menggalakkan murid-murid di bangku sekolah mempelajari penggunaan sempoa supaya kemahiran Matematik dapat ditingkatkan di masyarakat Malaysia. Kuantiti negatif, sistem pecahan dan nombor perpuluhan yang dipelajari dalam mata pelajaran matematik kini juga hasil sumbangan penemuan tamadun China suatu ketika dahulu. 5.2 Ilmu Percetakan Orang-orang China telah menguasai kemahiran percetakan sejak Dinasti Han lagi. Selepas kertas dicipta oleh Chai Lun(Dinasti Han), kemahiran percetakan turut berkembang dengan pesat memandangkan keperluan pendidikan yang begitu tinggi pada masa itu. Kemahiran percetakan ini telah mempengaruhi perkembangan ilmu-ilmu lain memandangkan buku merupakan

sumber ilmu yang terpenting. Tanpa ilmu percetakan, maka buku-buku tidak akan dapat dihasilkan di negara kita.

5.3 Ilmu Sains, Kimia dan Peperangan Orang-orang China telah mencipta serbuk letupan sejak 700 tahun dahulu. Serbuk letupan ini mula-mulanya digunakan untuk membuat bunga api dalam musim perayaan seperti Tahun Baru Cina. Semasa berperang, pembesar-pembesar dan ilmuan-ilmuan telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan bahan letupan dan senjata yang canggih demi mengalahkan musuh mereka. Meriam dan serbuk letupan dicipta untuk menggulingkan kerajaan Yuan oleh Dinasti Ming. Apabila Laksamana Cheng Ho melawat ke Melaka, beliau telah memperkenalkan sebahagian ilmu tersebut kepada pembesar Melaka untuk menentang pencerobohan Siam pada masa itu. 5.4 Ilmu Pembinaan Orang China memang terkenal dengan ilmu pembinaan. Hasil mereka masih dapat dilihat dalam hari ini seperti Tembok Besar China (binaan manusia yang terbesar dan terpanjang di dunia dalam sejarah manusia), Istana Zi Jing Cheng (Istana yang terbesar di dunia) dan lain-lain lagi. Ilmu pembinaan dari China ini dapat dilihat di Malaysia seperti Pagoda Ji Le Shi di Pulau Pinang, yang mana telah menjadi lambang pelancongan kepada negeri itu. Ilmu pembinaan yang berasaskan geometri (feng shui) juga diamalkan di masyarakat Malaysia hari ini. Mereka percaya bahawa amalan feng shui ini dapat membawa keharmonian, kesihatan dan kemakmuran jikalau dipraktikkan dengan baik.

5.5 Ilmu Perubatan Ilmu perubatan tradisional China terkenal sejak 1800 tahun dahulu lagi. Seorang tabib terkenal yang bernama Hua Tuo (Akhior Dinasti Han) telah mencipta ilmu pembedahan dengan menggunakan ubat pelali yang dimasak daripada sejenis bunga yang dijumpainya dalam hutan kawasan Si Chuan. Ilmuilmu perubatan beliau yang lain termasuk ubat menahan darah dari luka, ubat menahan sakit, ubat menahan gatal, ubat sakit perut dan lain-lain lagi. Melalui perkembangan teknologi zaman kini, ubat buatan herba-herba ini telah diproses menjadi pepejal mahupun cecair dan dieksport ke merata dunia. Ubat-ubat seperti ini masih lagi popular di kalangan rakyat Malaysia dan digunakan sampai hari ini dan dapat dijumpai di pasaran Malaysia samada di kedai tabib Cina ataupun di farmasi tempatan dan pasaraya, terutamanya kaum Cina. Ubat-ubat lain seperti teh herba, sup ubat tradisional dan sup akar-akar pokok ubat seperti ginseng, lingji dan sebagainya masih lagi menjadi ubat-ubat kegemaran masyarakat Malaysia, mahupun kaum Cina, India atau Melayu.

6 PERADABAN CHINA SEBAGAI PENYUMBANG SENI Seni tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian manusia. Peradaban China berperanan sebagai penyumbang kesenian kepada masyarakat Malaysia dalam banyak bidang, seperti seni lukis, seni ukiran, seni pembinaan, seni hiasan, seni tenunan, seni tembikar dan sebagainya. 6.1 Seni Lukis Lukisan-lukisan yang terkenal seperti naga dan burung find adalah berasal dari China. Sejak dahulu lagi, masyarakat Cina mempercayai bahawa lukisan-lukisan ini akan membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada keluarga mereka. Oleh sebab itu, lukisan-lukisan seperti ini hanya boleh dihias dalam tokong atau tempat yang suci sahaja. Terdapat juga seni lukis lain sepeti lukisan Shan Shui(cara resapan dakwat) yang menonjolkan keindahan alam semula jadi yang bergunung-ganang dan berair terjun. 6.2 Seni Ukiran Seni ukiran pada dinding, tiang, bumbung bangunan di Malaysia hari ini banyak terpengaruh oleh seni dari peradaban China. Ukiran-ukiran ini masih dapat dilihat pada tiang-tiang bangunan seperti pagoda dan rumah lama penduduk di Melaka. 6.3 Seni Hiasan dan Tembikar Barang-barang dapur seperti pinggan mangkuk, pasu bunga dan banyak barang hiasan masih terpengaruh oleh kesenian tamadun China. Bungabungaan atau lukisan pada permukaan barang-barang tembikar banyak mencirikan peradaban masyarakat China masih lagi mempengaruhi tamadun Malaysia hari ini. Penggunaan dan sambutan permintaan yang tinggi dalam tembikar seperti cawan teh yang diperbuat daripada porselin merupakan salah satu pengaruh seni porselin China zaman dahulu.

6.4 Seni Tenunan Seni tenunan China terkenal di muka dunia dengan kehalusan seni krafnya. Seni ini telah terserap dan bergabung seni tenunan tempatan dan menghasilkan satu seni baru yang unik di Malaysia. Antara keunikan gabungan seni tempatan dan seni China ini dapat dilihat pada kebanyakan hasil kain dan corak-corak yang telah digunakan dalam membuat langsir, tikar, sapu tangan, pakaian dan lain-lain lagi.

10

7 PERADABAN CHINA SEBAGAI PENYUMBANG EKONOMI Ekonomi negara kita banyak dipengaruhi oleh pedagang-pedagang China sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Antara sumbangan peradaban China terhadap ekonomi negara kita termasuklah bidang pertanian, bidang perniagaan, bidang perlombongan, bidang pelayaran dan bidang perusahaan. 7.1 Bidang Pertanian Orang-orang China telah menguasai teknik-teknik bercucuk tanam semenjak Zaman Xia (kira-kita 5000 tahun dahulu) lagi. Dalam zaman moden ini, Negeri China masih lagi merupakan penghasil utama makanan ruji manusia seperti beras dan gandum. Pengetahuan penanaman padi di Malaysia hari banyak dipengaruh oleh pengetahuan China. Penggunaan gerobak dorong untuk mengangkut dan menghanter hasil-hasil pertanian merupakan ciptaan Bendahara Zhu Ge Liang di negeri Shu Han Zaman Tiga Pemerintahan (1800 tahun dahulu). 7.2 Bidang Perniagaan Apabila disebut tentang perniagaan, maka orang-orang Cinalah yang paling gemar untuk menceburu bidang ini. Demi mengira hasil-hasil dalam perniagaan, orang China telah mencipta alat pengiraan yang sangat berguna, iaitu sempoa. Semenjak Zaman Kesultanan Melaka (600 tahun dahulu), orang-orang Cina datang ke tanah Melayu untuk berdagang. Mereka membawa teh hijau, kain sutera dan pinggan mangkuk sebagai barang dagangan utama mereka. Perdagangan orang-orang Cibna dengan kerajaan tempatan dan juga pedagang-pedagang dari Timur Tengah, India dan Kepulauan Melayu secara tidak langsungnya telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi di tanah Melayu.

11

Hari ini, perdagangan Malaysia dengan China moden masih lagi berlanjutan. Berhubungan perdagangan antara kedua-dua buah negara Asia ini telah membantu pertumbuhan ekonomi negara kita dengan pesat sekali. 7.3 Bidang Perlombongan Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah utama di dunia suatu ketika dahulu terutamanya pada zaman penjajahan negara-negara barat. Sikap orang-orang Cina yang suka mengali kekayaan telah datang beramai-ramai ke Tanah Melayu untuk melombong emas hitam terutamanya pada zaman penjajahan British. Orang British menggalakkan orang-orang China datang ke tanah air kita untuk menceburi bidang melombong bijih timah demi meningkatkan pengeluaran bijih timah. Tokoh orang Cina yang terkenal, Yap Ah Loy merupakan seorang pengusaha perlombongan bijih timah pada masa itu. Dengan kekayaan yang diperolehi melalui perniagaan bijih timah, beliau telah berusaha membangunkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah pusat perniagaan dan pusat perlombongan yang terkenal di Tanah Melayu. 7.4 Bidang Pelayaran Laksamana Cheng Ho merupakan penjelajah yang terkenal di seluruh dunia. Beliau hidup di Zaman Dinasti Ming dan merupakan orang penting di hadapan Maharaja Zhu Di pada masa itu. Beliau telah mendapat sokongan Maharaja Zhu Di untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara selatan dan barat. Melaka merupakan salah satu destinasi pelayaran beliau. Dengan keagungan bidang pelayaran di Negeri China, satu ciptaan yang sangat penting telah dihasilkan, iaitu kompas. Sumbangan orang China dalam bidang pelayaran in telah menyumbang kepada penciptaan kemudi kapal, yang mana ianya dapat mengawal arah dan halaju kapal. Teknologi ini telah disampaikan ke Tanah Melayu semasa lawatan Cheng Ho ke Melaka dan hubungan perkahwinan Puteri Hang Li Poh ke Melaka pada masa itu.

12

PERADABAN CHINA SEBAGAI PENYUMBANG PENDIDIKAN DAN

KEHARMONIAN MASYARAKAT Kira-kira 2500 tahun dahulu, seorang pendidik yang terkenal dilahirkan di negeri China. Beliau ialah Kongzi(Konfusius). Kongzi merupakan ahli falsafah dan ilmuan yang terkenal di muka dunia pada hari ini. Ajaran beliau yang berasaskan ren, yang membawa maksud murah hati. Fahaman beliau banyak mempengaruhi rakyat China pada masa itu sehinggalah hari ini. Asal-usul ajaran kekeluargaan kaum Cina hari ini masih lagi mengamalkan ajaran-ajaran Kongzi. Dengan wujudnya ajaran daripada Kongzi, kaum Cina lebih memegang kepada prinsip hidup yang mementingkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan harian mereka. Prinsip-prinsip ren yang disarankan oleh Kongzi bukan sahaja menjadi panduan hidup kaum Cina di Malaysia, malah ia juga telah meresap ke dalam kurikulum pelajaran negara kita hari ini. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan mata pelajaran lain yang mementingkan konsep moral sedikit sebanyak telah digabungkan dengan prinsip keharmonian daripada ajaran Kongzi itu.

RUMUSAN Pertalian tamadun Malaysia dengan tamadun China pada zaman

sebelum penjajahan Barat tidak banyak membuahkan kesan yang mendalam memandangkan kedatangan China pada masa itu tidak didorong dengan niat menjajah, sebaliknya mewujudkan persefahaman, peluang perdagangan justeru mereka saling menghormati dan mengiktirafkan kewibawaan kerajaan dan budaya masing-masing.

13

PENUTUP Sesebuah masyarakat, negara atau tamadun tidak akan wujud sendirinya jika tiada hubungan interaksi dengan kelompok, negara atau tamadun lain. Jalinan hubungan yang wujud mungkin dalam bentuk aman dan memanfaatkan kedua-dua pihak, atau berbentuk peperangan, pemberontakkan dan penjajahan di mana akan menyebabkan huru-haranya kepada rakyat jelata negara tersebut. Walau dalam apapun bentuk interaksi tersebut, sesebuah negara akan terus mempelajari dan menyedut masuk unsur-unsur luar (tamadun asing) yang terbaik lalu diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan yang kemudiannya menjadi tamadun sendiri. Begitulah juga dengan tamadun Malaysia dibuktikan melalui sejarah dan kaedah arkeologi. Kewujudan masyarakat majmuk di negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India serta pencapaian kemajuan negara ini merupakan proses pengukuhan serta kemantapan kepada perkembangan sejarah. Hakikat ini serta implikasinya bagi pembinaan negara perlu disedari dan diambil kira oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia. Oleh itu, pucuk pimpinan negara ini haruslah berpegang kepada integrasi nasional yang berasaskan kepada keharonian antara kaum melalui interaksi budaya, dialog peradaban dan keadilan terhadap semua pihak. hari ini yang merupakan hasil satu proses sejarah yang berkesinambungan dan dapat

14

BIBLIOGRAFI Azhar Md. Aros et.al. (2000). TITAS 2. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Lee Kam Hing dn Tan Chee-Beng (ed.) 2000. The Chinese in Malaysia. Shah Alam: Oxford University Press. Nota PISMP, Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

notapismp.blogspot.com/.../tamadun-islam-dan-tamadun-asia.html Qi Liang. (2000). Zhongguo Wenming Shi (Sejarah Tamadun Cina), Huacheng Chubanshe, Guang Zhou, Zhongguo

Sazelin Arif et.al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: Mc. Graw Hill

Shamsul Amri Baharuddin, 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

15

LAMPIRAN

16

You might also like