You are on page 1of 4

1

TAJUK 1: NABI MUHAMMAD DI GUA THUR


(LELAKI)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih Pengerusi Majlis, Panel Hakim, Penjaga Masa serta hadirin sekalian. Tajuk
cerita saya ialah Nabi Muhammad di Gua Thur.
Muhammad s.a.w adalah putera tunggal kepada Abdullah bin Abdul Mutalib.
Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah. Allah telah memilih
keturunannya dari keturunan yang tidak dikotori dari salasilah Jahiliah bahkan ia
keturunan yang baik dan terpuji di kalangan kabilah yang ada pada waktu itu.
Firman Allah swt dalam Surah al-Anbiya, Ayat 107:
B, q1;0 Nf 1o_;
11
Maksudnya: Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam.
Ya kawan-kawan,
Hari ini sering berlaku kes-kes pembuangan bayi di Negara kita, yang mana
menyebabkan bayi tersebut menjadi mangsa dan tidak diketahui nasab
keturunannya.

Perkara mungkar perlu ditegah
Mana yang baik perlu diikuti
Menyeru umat bukannya mudah
Berbagai rintangan telah ditempuhi

Maka Allah telah mengizinkan ke atas baginda dan umatnya supaya berhijrah ke
Madinah al-Munawwarah sebagai menzahirkan sifat kasihan belas terhadap
hambanya.

Apabila orang kafir melihat persiapan yang dilakukan oleh orang Islam, mereka mula
membuat perancangan untuk menghalang usaha ini dan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w. Jibril mengkhabarkan berita tersebut kepada Rasulullah s.a.w
dengan berkata Janganlah kamu tidur di tempat tidur kau pada malam ini.
Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke rumah Abu Bakar untuk mengkhabarkan tentang
hijrah mereka.
2

Tiba waktu malam, orang-orang Quraisy berkumpul di hadapan pintu rumah
Rasulullah s.a.w. Mereka menunggu dengan penuh keyakinan bahawa mereka
Berjaya dalam perancangan jahat ini, tetapi Allah Maha Berkuasa ke atas segala-
galanya.

Dalam situasi tersebut Rasulullah telah memerintahkan Ali bin Abu Talib r.a supaya
tidur di tempatnya dan berselimut dengan selimut baginda. Kemudian baginda
keluar melintasi kepungan mereka dan mengambil segumpal pasir, kemudian
menaburkannya ke atas kepala mereka, sehingga mereka tidak sedarkan diri dan
baginda membaca ayat yang berbunyi:
BB,11, H ))0
b) , 1 b)
q@0 6 N
@
Ertinya: Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka
dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat
Melihat.
(Surah Yaasin: Ayat 9)

Ya kawan-kawan,
Gejala rasuah yang berlaku di kalangan masyarakat pada hari ini semakin
meruncing, namun jenayah tersebut dapat juga dibanteras oleh pihak berkuasa.

Setelah itu baginda pun menuju ke rumah Abu Bakar r.a. Pada waktu malam
baginda keluar bersamanya sehinggalah sampai ke Gua Thur yang terletak dari arah
negeri Yaman.

Ketika pihak Quraisy sedang menunggu Rasulullah, maka datanglah seorang lelaki
sambil bertanya: Apa yang kamu nantikan?.

Mereka menjawab: Muhammad!

Lelaki itu berkata lagi: Alangkah ruginya kamu, dia telah keluar dan menaburkan
pasir ke atas kepala kamu.

Mereka menjawab: Kami tidak melihatnya, sambil bangun dan membuang pasir
atas kepala mereka.

3

Kemudian mereka melihat melalui celah pintu dan menyangka bahawa Muhammad
sedang tidur. Setelah pagi, Ali pun bangun dan mereka berada di hadapannya.
Mereka bertanya tentang Muhammad, dijawabnya tidak tahu.

Rasullah s.a.w meningalkan rumahnya dengan ditemani oleh sahabat karibnya Abu
Bakar as-Siddiq sebelum terbitnya fajar. Firman Allah s.w.t:
Nf 1V )f @ Bb [f
=0 CBb FbAm B
qBb [f B ;BBb
Bermaksud: Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya
Allah Telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah)
mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika
keduanya berada dalam gua. (Surah at-Taubah: Ayat 40)

Ketika sampai di dalam gua, Abu Bakar berkata kepada baginda, Demi Allah, kau
tidak boleh masuk sebelum aku memasukinya. Sekiranya ada sesuatu, maka ia akan
terkena aku dahulu. Lalu Abu Bakar masuk ke dalam gua dan mendapati di
sebelahnya ada lubang, lalu dia memotong kainnya dan menutup lubang tersebut,
kemudian meletakkan dua kakinya di situ. Kemudian dia berkata kepada Rasulullah,
Silakan masuk. Rasulullah meletakkan kepalanya di atas riba Abu Bakar dan terus
tidur.

Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat, dia tidak dapat bergerak walau sedikit pun kerana
bimbang Rasulullah akan tersedar daripada tidurnya. Dia menahan kesakitan, tiba-
tiba gugurlah air matanya ke atas pipi Rasulullah s.a.w. Lantas baginda bertanya,

Kenapa wahai Abu Bakar?,

Abu Bakar menjawab, Aku telah disengat.

Baginda meludahi ke tempat yang disengat itu, maka ia pun sembuh.

Mereka berada di dalam gua selama 3 hari 3 malam, yang mana pada tiap
malamnya datang Asma puteri Abu Bakar membawa makanan untuk mereka.

Orang Quraisy mencari baginda
Tawaran lumayan 100 ekor unta
Berbagai usaha tidak berjaya
Kerana Allah Maha Berkuasa

4

Apabila keadaan semakin reda, Baginda s.a.w memulakan perjalanan ke Madinah
dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, seorang Yahudi yang menjadi penunjuk jalan.
Beliau juga telah menyediakan 2 ekor unta dengan berbayar.

Kemudian Baginda memulakan perjalanan dengan ditemani oleh Amir bin Fuhairah.
Semasa dalam perjalanan, Rasulullah melalui banyak tempat untuk mengajak orang
lain beriman kepada Allah. Ada yang beriman, dan ada juga yang menolak.

Ya Kawan-kawan,
Sekarang ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengajak orang ramai supaya
bertaqwa kepada Allah. Tetapi masih ada lagi yang melakukan maksiat dan tidak
mahu beriman kepada Allah yang Maha Esa. Contohnya melakukan pembunuhan
ke atas orang yang tidak berdosa.

Biar ditentang pelbagai cara
Sabar menempuh segala derita
Penduduk Madinah sangat gembira
Menanti kedatangan Rasul tercinta

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

You might also like