You are on page 1of 12

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU


Terbahagi kepada 3 jenis ;
Politik (Perundangan dan Pemerintahan) Ekonomi Sosial (Sistem Keluarga dan Adat dan Cara Hidup)

(POLITIK) Perundangan
Kedatangcm agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.
Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung.

Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

(POLITIK) Pemerintahan -Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. -Gelaran raja (konsep dewaraja) bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah, mufti sebagai penasihat kepada sultan dalam hal ehwal berkaitan Islam dan rakyat mempunyai kuasa dalam menentuka'll penubuhan sistem beraja. Masyarakat bukan Islam bebas menjalankan aktiviti agama selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

(EKONOMI)
Berlandaskan hukum syarak (konsep halal dan haram) Kegiatan perdagangan diteruskan Segala urusan jual beli dijalankan dengan amanah. Penerapan undang2 seperti Undang2 Laut Melaka dan Risalat Hukum Kanun.

(SOSIAL) Sistem Kekeluargaan -Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu di samping komuniti bagi melaksanakan kawalan serta tekanan so sial. -Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dan pendidikan berteraskan Islam dan adat. -Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecillagi diajar konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya.

(SOSIAL) Adat dan Cara Hidup -Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. -Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.

Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia


Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu bahawa :
Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalam mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini.

Menurut Perkara 3(1),


Islam telah dinyatakan sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-agama lain juga bebas dipraktikkan dan diamalkan.

Kesan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan ke atas agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu agama Islam sebagai agama Persekutuan ialah :

Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan tambahan terhadap status agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa:
Undang-undang Negeri dan Undangundang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh;
menjalankan dan menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan terhadap apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran agama-agama lain keatas penganutpenganut Islam.

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa aspek kehidupan: seperti,
aqidah iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji aspek khusus kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf, harta pusaka beberapa kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan lain-lain.

You might also like