You are on page 1of 15

Hubungan Etnik

Tutorial 1: Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan Implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia.

1) Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.

Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris


Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.

Umpamanya orang-orang Cinatinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.

Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yangberbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza


Hal ini berlaku apabila sistempendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empataliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankankemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.

Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmatioleh orangorang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

4.Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu


Secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .

isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

A)Titik tolak dalam pertukaran dasar kerajaan

D)Pemantapan Ekonomi

Implikasi selepas perkara 13 Mei

B)Pengunduran Tunku Abdul Rahman

C)Pemantapan Bahasa Kebangsaan

Sekian , terima kasih !

You might also like