You are on page 1of 24

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL:

MODEL REKABENTUK BANDAR BERASASKAN BENTUK BANDAR TRADISIONAL MELAKA

2005/2006 SESI PENGAJIAN: ________________


Saya MARKARIUS ANWAR (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3.
4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

Jln. Anggur Raya, No.5 Perumahan Bumi Lago Permai, Pangkalan Kerinci, Pelalawan, Riau, Indonesia
Tarikh: Tarikh: Prof .Madya Dr. Ahmad Bashri Sulaiman Nama Penyelia

CATATAN:

* ** Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Senibina (Rekabentuk Bandar).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

.. Prof. Madya Dr. Ahmad Bashri Sulaiman ...

* Potong yang tidak berkenan

ii
BAHAGIAN A Pengesahan Kerjasama* Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui kerjasama antara dengan

Disahkan oleh: Tandatangan Nama Jawatan (Cop rasmi) : . Tarikh : : . : ................................................................................

* Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama. BAHAGIAN B Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh: Nama dan Alamat Pemeriksa Luar : Prof. Madya Nakiah bt. Md. Amin Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTm, 40450 Shah Alam, Selangor

Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam

Dr. Hasanuddin b. Lamit Fakulti Alam Bina UTM, Skudai

Nama Penyelia Lain (jika ada)

Disahkan oleh Timbalan Dekan (Lepas Ijazah & Penyelidikan):

Tandatangan : Tarikh :.. Nama : PROF. MADYA DR. MOHD. HAMDAN B. AHMAD

MODEL REKABENTUK BANDAR BERASASKAN BENTUK BANDAR TRADISIONAL MELAKA

MARKARIUS ANWAR

Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Senibina

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2007

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

MARKARIUS ANWAR..

iii

Istimewa untuk Amak dan Almarhum Apa, Istriku tersayang Dr. Sari Rahmawati, anakku Muhammad Aflah dan Abdurroziq Almubarak. Uda dan Uni (Da Rul, Ni Yat, Da Ir, Ni Her, Da Son, Ni Za, Da Her, Da Duan, Ni Nisma, Da Andi). Terimaksih atas segalanya.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur setinggi-tingginya kepada Allah S.W.T, dengan limpahan Rahmat dan Kurnia-Nya; saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Bashri Sulaiman dan Prof. Madya Dr. Shuhana Shamsuddin, keatas kesungguhan mereka dalam membimbing dan memberi dorongan kepada saya sehingga akhirnya segala kesukaran dan cabaran semasa menjalankan penyelidikan ini dapat diatasi.

Terima kasih juga diucapkan kepada Zamzuri, Lily, Mas, Zarimin, Pak Lalu yang banyak membantu dan turut memberi pandangan semasa menjalankan kajian Developing new model of town design based on the traditional urban form. Terimakasih juga kepada Pak Andi, Dr. Mardani, Dr. Dody Prayitno, Dr. Didi Prasetyo, Pak Didik, Pak dadan, Pak Reza, Pak Heru, Pak Sugeng, Pak Nesdi dan kawan-kawan Persatuan Pelajar Indonesia UTM yang selalu menjadi penyemangat untuk menyelesikan penyelidikan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bapak Dr. Ir. Eko Alvares, MSA, Bapak Ir. I. Nengah Tela, MSc, Bapak Ir. Martalius Peli, MSc, Bang Joni, Bang Riko, Bang Zul, Bang Budi dan kawan-kawan di M7 serta tuan-tuan dan puan-puan pensyarah di Jurusan Arsitektur Universitas Bung Hatta Padang atas sokongan dan motivasinya sehingga penyelidikan ini dapat diselesaikan. Tak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan serumah di Serdang, Kanda Rizal, Kanda Junaidi, Pak Eri, Pak Ashadi, Pak Promadi dan Riki diatas pengertiannya dan menerima saya dengan baik disana.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti Alam Bina yang ikut memberikan saran dan masukan pada tiap-tiap seminar yang dianjurkan pihak Fakulti. Terima kasih.

ABSTRAK

Cabaran utama yang dihadapi oleh bandar-bandar baru pada masa ini ialah corak rekabentuk yang tidak lagi mementingkan identiti. Kemunculan bangunan moden yang dikatakan lambang kemajuan sesuatu bandar, tetapi tidak mencerminkan warisan dan budaya tempatan dan malah tidak sesuai dengan keadaan alam semulajadi. Sementara itu bila kita lihat rekabentuk bandar-bandar lama di negara ini, ianya mempunyai keunikan tersendiri seperti; ketinggian kualiti senibina serta ruang bandar yang menarik, adanya keseimbangan tahap pembangunan dengan pemeliharaan nilai budaya, kesesuaian dengan keadaan alam semula jadi, serta memiliki ciri-ciri tertentu yang membentuk imej tempat itu, sehingga ia dinilai sebagai cantik, menawan dan beridentiti. Salah satu daripada bandar-bandar lama di Malaysia yang memiliki keunikan tersebut adalah bandar tradisional Melaka, sehingga ianya dijadikan kajian kes dalam penyelidikan ini. Penemuan utama penyelidikan meliputi beberapa rumusan; pertama adalah rumusan elemen-elemen asas yang membentuk bentuk fizikal bandar iaitu; 1) morfologi, 2) rupa bandar dan 3) struktur bandar. Penemuan keduanya pula didapati kaedah yang sesuai dengan kajian ini iaitu; kaedah kualitatif. Kajian lapangan dilakukan bagi merekodkan kualiti visual dari karakter fizikal bandar secara terperinci. Analisa kandungan pula dilakukan terhadap data-data sekunder yang berkenaan dengan morfologi bandar. Penemuan ketiga adalah berkenaan dengan bentuk asas fizikal bandar, berdasarkan kajian terhadap morfologi bandar kajian. Penemuam keempat adalah berkenaan dengan kualiti rupa bandar melalui teknik pengamatan di tapak kajian. Penemuan terakhir adalah jawapan terhadap objektif kajian, iaitu bekenaan dengan rumusan model rekabentuk bandar. Ianya diperolehi mengikut kajian terhadap karakter fizikal elemen struktur bandar, terdiri daripada lima elemen iaitu; daerah, sempadan, laluan, nodus dan mercutanda. Hasil Kajian ini dapat digunakan sebagai pedoman dalam perancangan bandar-bandar baru dimasa hadapan dan asas bagi kajian-kajian seumpama ini dikemudian hari.

vi

ABSTRACT

Nowadays, the main challenge of new town is style of the urban design is not care about the identity, they are modern building that can be called as symbolizing of town development, otherwise it does not showing of heritage and local culture and not relevant with natural condition. Meanwhile, when we looking at old urban design in Malaysian, they have the uniqueness, such as architecture quality and attracted urban space, have been balancing of development stage with conservation of culture value, the suitable of natural condition, and have special characterization that forming image of place. Melaka of traditional town is one of old towns in Malaysia that have been uniqueness, so it is to be case study in this research. The main contribution of the research were the study formulation; The first is the base element of formulation that creates the urban physical, i.e., 1) morphology, 2) townscape and 3) urban structure. The second finding is methodology which relevant which this study i.e methodology of qualitative. The field observation is used for recording details of visual quality from characteristic of urban physical. The study analysis obtained secondary data that relevant with urban morphology. The third finding is the form of urban physical, the based on study of urban morphology. The fourth finding is quality of townscape depent of observation in the research site. The last finding is to proved the research objective, i.e. developing new model of urban design base on the traditional urban form. It is to get a relevant study toward the physical character of urban structure element, which are district, edge, pathways, nodes and landmark. Result of this research can be a design guidelines to develop a new town and can be used for next studies.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI ISTILAH

i ii iii iv v vi vii xi xii xvii xviii

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2. Penyataan Isu dan Masalah 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Matlamat dan Objektif Kajian 1.5 Metodologi dan Teknik Kajian 1.6 Skop Penyelidikan 1 2 3 4 4 6 7 9 11

1.7 Bandar Kajian 1.8 Struktur Kajian 1.9 Kepentingan Kajian

viii

PEMAHAMAN KONSEP: BENTUK DAN KARAKTER FIZIKAL BANDAR 2.1 Pengenalan 2.2 Definasi Definasi 2.2.1 Definasi Bandar 2.2.2 Definasi Rekabentuk Bandar 2.2.3 Definasi Model Dalam Rekabentuk Bandar 2.2.4 Definasi Bentuk Bandar 2.3 Karakteristik Model Bentuk Bandar 2.4 Bentuk Bandar 2.4.1 Sifat Bentuk Bandar 2.4.2 Karakteristik Fisikal Bentuk Bandar 2.4.2.1 Morfologi 2.4.2.1.1 Padu dan Lompang 2.4.2.1.2 Penghubung 2.4.2.1.3 Tempat 2.4.2.2 Rupa Bandar 2.4.2.2.1 Berkenaan Optik 2.4.2.2.2 Berkenaan Tempat 2.4.2.2.3 Berkenaan Kandungan 2.4.2.3 Struktur Bandar 2.4.2.3.1 Daerah 2.4.2.3.2 Sempadan 2.4.2.3.3 Laluan 2.4.2.3.4 Nodus 2.4.2.3.5 Mercutanda 2.5 Kesimpulan 13 13 14 14 15 16 17 19 19 23 23 23 25 27 30 31 34 36 38 39 41 44 50 52 55

ix 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan 3.2 Metodologi Penyelidikan 3.2.1 Latarbelakang dan Masalah Kajian 3.2.2 Pemilihan Metodologi Penyelidikan Berdasarkan Literatur 3.3 Rekabentuk Kajian 3.3.1 Skop Penyelidikan 3.3.2 Pendekatan Penyelidikan : Kajian Kes 3.3.3 Metod dan Perancangan Kerja 3.3.3.1 Kajian Pustaka dan Analisa Kandungan 3.3.3.2 Temubual 3.3.3.3 Kerja Lapangan 3.4 Teknik Analisa Data 3.5 Pembentukan Model Bentuk Bandar 3.6 Kesimpulan 4 ANALISA MORFOLOGI DAN RUPA BANDAR TRADISIONAL MELAKA : PEMAHAMAN BENTUK ASAS DAN KUALITI VISUAL BANDAR 4.1 Pengenalan 4.2 Pengenalan Kepada Bandar Tradisional Melaka 4.2.1 Sejarah Pembentukan Bandar Melaka 4.3 Analisa Morfologi Bandar 4.3.1 Guna Bangunan 4.3.2 Padu dan Lompang 4.3.3 Sistem Penghubung 4.3.4 Tempat 4.3.4.1 Imej Tempat 4.3.4.2 Sosio Budaya 4.3.4.3 Perlakuan 4.3.5 Pelan Bangunan 4.4 Kualiti Rupa Bandar 4.4.1 Kualiti Visual Berdasarkan Optik 4.4.2 Kualiti Tempat 70 70 72 80 81 82 83 85 85 86 87 88 89 89 98 56 57 57 58 60 60 61 62 63 64 66 68 69 69

x 4.4.3 Kualiti Kandungan 4.4 Kesimpulan 100 101

KARAKTER FISIKAL YANG MENYUMBANG KEPADA MODEL REKABENTUK BANDAR TRADISIONAL 5.1 Pengenalan 5.2 Model Rekabentuk Bandar Tradisional 5.2.1 Karakter Fizikal Daerah 5.2.2 Karakter Fizikal Sempadan 5.2.3 Karakter Fizikal Laluan 5.2.4 Karakter Fizikal Nodus 5.2.5 Karakter Fizikal Mercutanda 5.3 Kesimpulan 103 103 104 113 121 146 152 162

RUMUSAN 6.1 Pengenalan 6.2 Agenda Penyelidikan 6.3 Penemuan Utama Penyelidikan 6.3.1 Elemen-elemen yang membentuk Bentuk Bandar 6.3.2 Kaedah Dalam Kajian Karakter Fizikal Bandar 6.3.3 Bentuk Asas Fizikal Bandar Kajian 6.3.4 Kualiti Rupa bandar 6.3.5 Model RekabentukBandar 6.4 Kesimpulan 163 163 164 164 165 165 169 171 177

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 3.1

Karakteristik model bentuk bandar Elemen bentuk bandar Data-data yang diperlukan dalam kajian morfologi. Kesan keruangan berdasarkan Spereiregen (1965) Elemen Towncape berdasarkan Cullen (1971) Data-data yang diperlukan dalam karakter fizikal daerah Data-data yang diperlukan dalam karakter fizikal sempadan Data-data yang diperlukan dalam karakter fizikal laluan Data-data yang diperlukan dalam karakter fizikal nodus

18 22 29 35 38 41 44 50 52

Data-data yang diperlukan dalam karakter fizikal mercutanda 55 Pengumpulan data sekunder dan objektifnya dalam analisa kandungan 64

3.2

Pengumpulan data dan objektifnya semasa temubual dilakukan 66

3.3

Pengumpulan data serta objektifnya semasa teknik kerja lapangan dilakukan. 68 108 117

5.1 5.2

Inti Kawasan di daerah-daerah di bandar kajian Elemen-elemen yang membentuk kesinambungan pada sempadan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1.

Pengenalan

Rekabentuk bandar-bandar lama mempunyai ciri-ciri yang unik misalnya kepentingan sejarah dari aspek perkembangan bandar, bangunan bersejarah, ketinggian kualiti senibina serta ruang bandar yang menarik, berbanding bandarbandar baru. Ciri-ciri rekabentuk bandar lama yang unik terutama dari segi senibina, semakin pudar dengan kemunculan rekabentuk baru atau modenisasi yang boleh dikatakan sebagai tidak peka kepada budaya dan cuaca negara (Ahmad Bashri, Suhana dan Zahara, 2000)

Corak pembangunan moden pada bandar-bandar baru pada masa ini merupakan faktor utama kepada kepupusan nilai seni dan warisan negara. Walupun kemunculan bangunan baru yang moden dikatakan lambang kemajuan sesuatu bandar, ia tidak mencerminkan warisan dan budaya tempatan malah tidak sesuai dengan keadaan alam semulajadi.

Kajian ini dijalankan bagi mengenali ciri-ciri fizikal bandar lama yang unik tersebut dengan melihat kepada penerapan konsep senibina dan rekabentuk bandar yang sedia ada, untuk dijadikan sebuah model bentuk bandar yang dapat digunakan pada pembangunan bandar-bandar baru.

2 1.2. Pernyataan Isu dan Masalah

Mengikut Senario Pembangunan Negara Malaysia yang dikenali sebagai Wawasan 2020, menyatakan bahawa 70% daripada penduduk Malaysia akan menetap di kawasan bandar selaras dengan keperluan pembangunan lestari. Dengan demikian kian banyak bandar-bandar baru akan dibangunkan selain naik taraf bandar-bandar yang telah sedia ada ke status bandaraya (GPPPS). Sementara itu identiti bandar telah menjadi suatu isu di Malaysia sejak tahun1970. Ketika itu, para professional dan ahli politik sering menekankan aspek alam binaan beridentitikan Malaysia. Pada tahun 1991, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah mengumumkan bahawa setiap Ibu Negeri perlu mempunyai identiti tersendiri dengan berasaskan penggunaan elemen landskap dan sebagainya (Shuhana dan Ahmad Bashri, 1998). Isu-isu diatas telah menuntut perekabentuk bandar untuk menyediakan sebuah model bentuk bandar yang baik dan dapat diimplementasikan kepada bandarbandar baru yang akan dibinakan. Mengikut Lynch (1981), model adalah sebuah makna adjektif atau contoh yang layak. Sebuah model adalah suatu gambaran bagaimana bentuk persekitaran seharusnya dibina, suatu penjajaran dari suatu bentuk atau proses yang merupakan prototype untuk diikuti (Lynch,1981)

Bandar yang layak untuk dijadikan sebuah model tentunya adalah sebuah bandar sempurna. Syed Zainol(1995) menjelaskan bahawa bandar yang sempurna adalah bandar yang dapat menyeimbangkan tahap pembangunannya dengan pemeliharaan nilai budaya yang penting, serta memiliki ciri-ciri tertentu yang membentuk suatu tempat itu, sehingga ia dinilai sebagai cantik, menawan dan beridentiti.

Bandar-bandar lama di Malaysia mempunyai pelbagai khazanah warisan yang membuatkan bandar-bandar ini kelihatan unik dengan ciri-ciri istimewa yang diharapkan dapat menjadi identiti bandar di seluruh Malaysia (Syed Zainol, 1995). Pusat-pusat bandar lama mempunyai kualiti visual bangunan dan ruang bandar yang tinggi jika dibandingkan dengan pusat-pusat bandar baru yang terdapat di Malaysia.

3 (Ahmad Bashri, 1999). Seperti yang kita ketahui, pembentukan senibina dan rekabentuk bandar berkonsep lestari banyak ditemui pada pusat bandar tradisional (Ahmad Bashri, 2002).

Salah satu daripada bandar-bandar lama di Malaysia yang memiliki keunikan tersebut adalah Bandar Melaka. Melaka dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah dan merupakan satu-satunya bandar yang mencatatkan sejarah perbandaran yang terlama di Malaysia, selama lebih 600 tahun. Melaka telah menempuhi pelbagai fasa perbandaran secara berperingkat (Fels, 1994). Bandaraya bersejarah ini mempunyai pelbagai senibina yang unik dan menarik. Senibina yang terdapat di sini menggambarkan lembaran sejarah, kesan penjajahan dari Bandar Melaka pada satu ketika dahulu. Selain daripada itu, senibina tempatan masih terdapat pada rekabentuk bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan sesebuah. Deretan rumah kedai di bandar Melaka mempunyai keunikan tersendiri yang tidak mungkin dijumpai di tempat-tempat lain di Malaysia. Taburannya pula tidak tertumpu di satu-satu kawasan sahaja. Ini menyebabkan seseorang yang memasuki bandar lama Melaka akan mengalami suasana yang unik dengan kehadiran bangunan-bangunan yang terbentuk hasil dari pelbagai pengaruh. (Syed Zainol, 1995).

Berdasarkan keterangan-keterangan diatas, ciri-ciri rekabentuk Bandar Lama Melaka yang menjadi kajian kes ini berpotensi untuk dijadikan sebuah model bagi rekabentuk bandar baru. Pendekatan yang dicadangkan adalah dengan memerhatikan bentuk fizikal bandar dari aspek; struktur bandar, morfologi dan rupa bandar. Selain itu aspek-aspek lain seperti aspek sosial budaya, perlakuan dan aktiviti yang berlaku disana juga dilihat sebagai faktor yang turut mempengaruhi bentuk bandar.

1.3.

Persoalan Kajian

Kajian ini lebih menfokuskan ke arah pembentukan model bentuk bandar berdasarkan ciri-ciri fizikal. Untuk itu, ia melibatkan pemerhatian, penyelidikan, analisa terhadap elemen-elemen fizikal yang membentuk bandar tradisional tersebut. Berikut adalah persoalan utama bagi kajian ini:

a. Apakah yang dimaksudkan dengan model bentuk bandar dalam rekabentuk bandar? b. Bagaimanakah metodologi yang sesuai untuk mengenalpasti bentuk bandar tradisional? c. Apakah elemen-elemen fizikal yang menyumbang kepada bentuk bandar? d. Bagaimanakah bentuk bandar tradisional berdasarkan karakter fizikalnya? .

1.4.

Matlamat dan Objektif Penyelidikan

Matlamat penyelidikan ini adalah: Mengenalpasti dan merumuskan bentuk bandar bagi bandar tradisional Melaka berdasarkan karakter fizikal, untuk menghasilkan sebuah model rekabentuk bandar bagi acuan

pembangunan bandar-bandar baru dimasa hadapan. Bagi mencapai matlamat yang telah digariskan, beberapa objektif telah dibentuk iaitu: a. Merumuskan metodologi yang sesuai untuk mengenalpasti dan membentuk model bentuk bandar daripada bandar tradisional. b. Mengenalpasti karakter fizikal yang membentuk bentuk bandar. c. Mengenalpasti bentuk bandar bagi bandar tradisonal Melaka berdasarkan karakter fizikalnya untuk dirumuskan menjadi model baru rekabentuk bandar.

1.5.

Metodologi dan Teknik Kajian

Beberapa penyelidik telah melakukan kajian terhadap karakter bentuk bandar berdasarkan pelbagai indikator. Golledge dan Stimson (1977) menyarankan penggunaan berbagai-bagai elemen untuk menggambarkan bentuk bandar, antaranya; gunatanah, warna, tekstur, bentuk, garisan, kesamaan, kepelbagaian dan rupabentuk,

5 merupakan indikator yang signifikan untuk melihat bentuk bandar. Conzen (1960) menggunakan gaya senibina dan warna dalam mengamati bentuk dan tinggi bangunan sebagai indikator dalam mengamati bentuk bandar. Schmandt (1995) mengikuti pendekatan Conzen dalam penggunaan corak senibina, warna, tinggi, corak laluan dan perancangan wilayah dalam mengamati bentuk bandar pada persekitaran Bandar Phoenix, San Antonio dan San Diego. Bagaimanapun Moudon (1992) menolak gaya senibina sebagai salah satu indikator dalam mengamati bentuk bandar. Menurut beliau, kajian jenis bangunan tidak begitu ditekankan kepada gaya senibina, tapi lebih kepada hubungan antara bangunan dan ruang terbuka (contohnya; medan, taman dan jalan).

Sementara itu Shuhana dan Ahmad Bashri (1992) dalam penyelidikan mereka berhubung tipologi bentuk bandar di Malaysia, telah mengemukakan 3 elemen bentuk bandar yang utama iaitu; 1) struktur bandar, 2) morfologi dan 3) rupa bandar. Ketiga-tiga elemen ini sudah dapat menggambarkan bentuk fizikal bandar secara menyeluruh, oleh itu, ia akan digunakan dalam penyelidikan ini.

Berdasarkan penyelidikan oleh Ahmad Bashri dan Shuhana (2000) mereka telah menggunakan pendekatan kualitatif dalam kajian tersebut. Kajian lapangan dijalankan bagi menentukan ciri-ciri dan bentuk yang terdapat di dalam bandar lama itu sendiri. Beliau telah menggunakan lima elemen fizikal (seperti; laluan, daerah, sempadan, mercutanda dan titik tumpu) untuk menentukan struktur bandar kajian. Kelima-lima elemen tersebut telah dirumuskan oleh Lynch (1959), digunakan bagi menentukan struktur bandar kajian dengan melakukan kajian visual keatas kawasan kajian. Kajian visual juga dilakukan untuk mengenalpasti rupa bandar yang merupakan satu seni yang mewujudkan pertalian di antara elemen-elemen yang membentuk fabrik bandar (Cullen, 1961). Menurut Speiregen (1978), kajian visual terhadap fizikal bandar, penampilan, dan kandungan kualiti bandar, membolehkan penilaian terhadap aset-aset bandar tersebut.

Menurut Ahmad Bashri dan Shuhana (2000), kajian literatur dan analisa kandungan (content analysis) perlu dibuat untuk memahami morfologi bandar. Pembentukan fizikal bandar dikenalpasti berdasarkan perubahan bentuk-bentuk bandar bagi suatu tempoh. Perkembangan bentuk bandar ini dikaji menerusi peta-

6 peta lama, gambar lama serta peristiwa lama yang mempunyai kaitan dengan perkembangan bandar tersebut, di samping merekodkan keadaan fizikal tempat kajian. Wawancara dan temubual dengan beberapa ahli sejarah, dan pihak-pihak berkaitan juga dilakukan untuk medapatkan maklumat yang jelas berhubung kawasan kajian.

Di dalam penyelidikan ini data-data yang direkodkan akan dianalisa menggunakan kaedah kualitatif, ini sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Shuhana (1997) karakter fizikal bandar hanya boleh direkodkan dengan terperinci melalui kajian lapangan dan selanjutnya analisa dibuat secara kualitatif. Sementara teknik kuantitatif hanya digunakan untuk melengkapi analisa data dalam kajian ini. Sebahagian data-data yang diperolehi dari kerja lapangan dianalisa menggunakan teknik statistik mudah untuk dirumuskan secara deskriptif.

1.6.

Skop Penyelidikan

Di dalam penyelidikan ini, pembatasan kajian telah dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu kesesuaian penyelidikan, masa dan perolehan maklumat. Kajian ini akan mengkaji bentuk bandar kajian berdasarkan karakter fizikalnya. Untuk itu analisa kajian akan ditumpukan kepada karakter fizikal yang membentuk bandar. iaitu : 1. struktur bandar 2. morfologi 3. rupa bandar

Perlakuan dan aktiviti manusia yang menduduki bandar tersebut merupakan aspek yang turut mempengaruhi proses pembentukan bandar. Sehubungan itu ianya akan dibahaskan secara ringkas dalam penyelidikan ini.

1.7.

Bandar Kajian

Bandaraya Bersejarah Melaka

merupakan salah satu bandar yang

mencatatkan sejarah perbandaran yang terpanjang di Malaysia. Selama lebih 600 tahun, Melaka telah menempuhi pelbagai fasa perbandaran secara berperingkat (Tusa Fels, 1994). Sehingga kini, monumen seperti A Farmosa, Gereja St. Paul dan Stadhuys masih berdiri megah dan menjadi bukti kegemilangan Melaka.

Pada abad ke-15 dahulu Melaka sangat terkenal dan penting kepada orangorang Eropah. Seorang yang berbangsa portugis bernama Tom Pires yang pernah sampai ke Melaka pada tahun 1512 telah mencatatkan tentang kehebatan Melaka dalam tulisannya yang bertajuk Suma Oriental. Beliau telah menggambarkan bahawa Melaka adalah sebuah tempat yang begitu masyhur sehingga pada pandangannya tidak ada tempat lain yang setanding dengannya pada ketika itu (Rosli Mohd Nor, 1998). Disamping itu, seorang pembuat peta berbangsa German yang bernama Sabastian Munster telah membuat sebuah peta Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1552 dan merujuk peta tersebut sebagai Melaka (Rosli Mohd Nor, 1998). Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa Melaka lebih terkenal berbanding tempat-tempat lain di Tanah Melayu ketika itu. Bermula dari perbandaran yang ditubuhkan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1396, Melaka telah menerima adunan pelbagai budaya sama ada dari dalam mahupun luar negara. Selain pedagang, budaya tersebut diserap daripada penjajah yang datang bersilih ganti iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan British (Rosli Mohd Nor, 1998). Adunan ini telah menghasilkan sebuah perbandaran dengan persekitaran fizikal dan budaya yang unik. Pada masa kini, warisan tersebut masih terpelihara dengan baik dan dianggarkan lebih 4408 monumen beserta pelbagai budaya yang tersendiri terdapat disini (Rosli Mohd Nor, 1998).

Rajah 1.1: Kawasan Kajian (Sumber; Wan Hasimah Bt Ismail,, 2004).

Pembentukan Model Rekabentuk Bandar Berasaskan Bentuk Bandar Tradisional: Kajian Kes Bandar Melaka

Penerangan:
Luasan: 0.614 sq.km/151.74 Ac. Sub Kawasan : 1. Kawasan Bukit St. Paul, Dutch Square dan Sekolah 2. Jalan Tun Tan Cheng Lock 3. Jalan Hang Jebat 4. Lorong Hang Jebat dan Sungai Melaka 5. Jalan Tokong, Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi 6. Jalan Kampung Pantai 7. Jalan Kampung Hulu dan Jalan Kubu 8. Jalan Tengkera

9 Dengan khazanah yang tidak ternilai ini, pusat Bandar Lama Melaka telah diwartakan sebagai zon pemeliharaan gred satu di dalam Rancangan Struktur Melaka Bandaraya Bersejarah, di mana ia secara langsung diletakkan di bawah kawalan pembangunan yang ketat dan rapi (Fadzil, 1996). Pada tahun 1988 ia telah diwartakan sebagai kawasan bersejarah dengan terbentuknya Conservation and Preservation of Culture Heritage Enactment dan seterusnya telah diwartakan pula sebagai bandaraya bersejarah yang pertama di Malaysia pada tahun 1999 (Rosli Mohd Nor, 1998 dalam Shuhana dan Ahmad Bashri, 2002). Bahkan di dalam Garis Panduan Pelan Tindakan Kawasan Pemeliharaan Zon 1 Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah di jelaskan bahawa kawasan Bandar Lama Melaka ini mempunyai kepentingan yang tinggi sehingga ia akan dicalonkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO bersama dengan bandar Georgetown.

1.8.

Struktur Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini terbahagi kepada enam bahagian utama. Pembahagian ini dibuat berasaskan peringkat dan pendekatan kajian bertujuan memastikan ia dapat dijalankan secara teratur. Bahagian-bahagian yang terkandung di dalam kajian ini adalah seperti berikut: i. Bahagian pertama merupakan peringkat kajian awal di mana kandungan penting bahagian ini ialah penerangan berkenaan hala tuju dan fokus kajian yang jalankan. Ini termasuklah penentuan matlamat dan objektif, pendekatan kajian, kaedah kajian dan pemilihan kawasan kajian. Bahagian ini merupakan pengenalan dan struktur asas keseluruhan kajian, di samping menerangkan tentang kepentingan kajian yang dijalankan. ii. Bahagian kedua sebelum memulakan kajian secara empirikal, kajian teoritikal akan dijalankan terlebih dahulu bagi membentuk kefahaman dan kerangka kerja yang bersesuaian di dalam kajian ini. Bahagian ini akan menghuraikan tentang teori-teori yang berkaitan dengan bentuk bandar termasuklah: model, struktur bandar, morfologi dan rupa bandar.

10 iii. Bahagian tiga bahagian ini akan menerangkan tentang teknik yang digunapakai dan rasional pemilihannya. Disamping itu pendekatan dan proses pengumpulan maklumat juga akan diterangkan secara terperinci. Umumnya, kandungan bahagian ini lebih tertumpu kepada huraian dan penilaian keatas pendapat para ilmuan tentang metodologi yang bersesuaian untuk digunakan di dalam kajian yang seumpamanya. Dengan rasional dan pertimbangan yang tepat kajian ini diharapkan dapat memenuhi spesifikasi kajian yang baik dan tidak meragukan untuk digunapakai. iv. Bahagian empat dalam bab ini dikemukakan analisa terhadap morfologi dan rupa bandar kajian. Ianya diperlukan untuk memberikan pemahaman terhadap bentuk asas fizikal bandar dan kualiti visualnya. Dari kajian ini akan dihuraikan identiti atau ciri-ciri Bandar Tradisional Melaka ini.

v.

Bahagian lima melibatkan analisa data daripada kajian lapangan akan dibuat didalam bahagian ini. Maklumat-maklumat yang diperolehi semasa kajian lapangan akan di analisa secara kualitatif dan kuantitatif. Secara amnya penemuan utama yang akan dihuraikan di sini adalah karakter fizikal yang membentuk lima elemen struktur bandar kajian. Bahagian ini adalah peringkat terpenting di mana penemuan daripada analisa merupakan teras utama kepada kajian yang dijalankan.

vi.

Bahagian enam bahagian ini adalah peringkat akhir kajian di mana kesemua penemuan hasil daripada analisa akan dirumuskan bagi membentuk model bentuk bandar yang merupakan matlamat dan objektif kajian ini.

You might also like