You are on page 1of 5

Posted on Ogos 19, 2009 by albayuni

Mesyuarat Selatan-Selatan Bincang Tangani Krisis Kewangan KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) Semasa krisis kewangan dan ekonomi mula menunjukkan kesannya, negara-negara membangun bertemu di Geneva untuk mencari jalan mengurangkan kesan daripada krisis berkenaan yang kini merebak ke ekonomi mereka.

Pakar kewangan dan pegawai kerajaan memulakan pertemuan dua hari pada mesyuarat pakar mengenai kerjasama antarabangsa berkaitan kerjasama Selatan-Selatan dan integrasi serantau di Geneva semalam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembangunan (Unctad) berkata mesyuarat berkenaan bertujuan untuk mencari jalan menggunakan kerjasama ekonomi Selatan-Selatan terutamanya perdagangan, pelaburan, aliran kewangan dan usaha bersama untuk menstabilkan hutang dan kadar tukaran asing mata wang.

Setiausaha Agung Unctad, Supachai Panitchpakdi berkata krisis kewangan global telah menjejaskan asas ekonomi Utara dan mengancam pertumbuhan dan aspirasi pertumbuhan Selatan.

Oleh itu, masanya sesuai untuk meneroka sejauh mana kerjasama Selatan-Selatan boleh membantu mereka menangani krisis itu, kata beliau pada majlis perasmian mesyuarat berkenaan.

Supachai berkata perdagangan barangan antara negara membangun berkembang pada purata 13 peratus setahun daripada 1995 hingga 2007, dan pada akhir tempoh berkenaan ia berjumlah AS$2.4 trilion (AS$1=RM3.59), atau 20 peratus daripada perdagangan dunia.

Beliau berkata satu pertiga daripada eksport ini adalah barangan pembuatan berkemahiran tinggi, yang memberikan keuntungan yang banyak dan membolehkan negara membangun mempelbagaikan ekonomi mereka.

Krisis kewangan global kini telah meletakkan trend ini dalam bahaya, katanya.

Supachai berkata penurunan yang ketara dalam permintaan daripada Utara dengan pantas menembusi sistem perdagangan antarabangsa dan Unctad menganggarkan eksport dari dunia membangun kini boleh menyusut sebanyak 9.2 peratus pada 2009.

Beliau berkata penurunan yang ketara dalam harga komoditi hasil daripada kelembapan ekonomi, mengancam kesejahteraan negara-negara mundur yang amat bergantung kepada eksport daripada produk asas ladang ini dan bahan mentah perindustrian.

Supachai berkata sistem perbankan global yang hampir tidak bergerak menjadikan sukar bagi negara-negara itu memperoleh kredit dan pembiayaan lain untuk menjalankan perdagangan manakala penghantaran wang daripada pekerja yang bekerja di luar negara berkemungkinan berkurangan setelah jumlah yang diberhentikan semakin meningkat.

Bantuan daripada negara kaya kepada negara miskin akan susut sebanyak 20-40 peratus setelah negara penderma bergelut untuk menyelamatkan ekonomi mereka sendiri, katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil Selatan-Selatan boleh melibatkan pembiayaan daripada bank pembangunan serantau di Selatan bagi mengganti kerugian beberapa bantuan antarabangsa.

Pakej rangsangan serantau terutama untuk penambahbaikan yang amat diperlukan kepada infrastruktur, mungkin membantu mengekalkan pekerjaan dan memastikan ekonomi negara membangun berdaya maju, katanya.

Mesyuarat itu akan disambung hari ini dengan perbincangan panel mengenai Monetari Serantau dan kerjasama kewangan Penyelesaian Selatan-Selatan? dan akan dimuktamadkan dengan debat mengenai hala tuju masa depan.

BERNAMA http://albayuni.wordpress.com/2009/08/19/pengajian-am-stpm-kerjasama-selatan-selatan/

Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia Latarbelakang Kabinet telah bersetuju pada 25hb. Julai 1979 untuk mewujudkan rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Rancangan ini ialah merupakan suatu manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama di antara negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-lain negara yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini diwujudkan di atas andaian bahawa negara-negara yang sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan negara daripada negara-negara yang sedang membangun sendiri. Di dalam rancangan ini, negara-negara ASEAN, negara-negara Anggota Persidangan Islam dan juga negara-negara Kepulauan Pasifik, Asia serta negara-negara yang mundur di Asia dan Afrika diberi keutamaan dalam menerima bantuan. Untuk mengendalikan rancangan ini, suatu Jawantankuasa Utama yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan. Ahli-ahli lain termasuk Y.B. Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Dalam perkara ini, Unit Perancang Ekonomi menjadi urusetia.

Rasional Dalam meningkatkan moral dan maruah Malaysia di kalangan antarabangsa, Malaysia haruslah memperlihatkan satu sikap yang positif untuk membantu dan bekerjasama dengan negara membangun yang lain untuk menyediakan dan menawarkan satu asas pengalaman dan kepakaran dalam negeri kepada negara membangun yang lain. Rancangan kerjasama teknikal Malaysia ini haruslah juga dilihat dari faedah sampingan yang diperolehi seperti mempereratkan perhubungan Malaysia antara negara-negara lain serta mempertingkatkan hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan negara yang berkenaan.

Objektif Tujuan Malaysia mengadakan rancangan ini adalah seperti berikut:(i) untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun; (ii) mempertingkatkan lagi perhubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun, seperti perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan Malaysia sendiri; (iii) memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam pelaburan di negara-negara tersebut; dan (iv) untuk membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang membangun, diatas dasar perikemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.

Adalah diharapkan bahawa pada masa-masa yang akan datang, negara-negara yang menerima bantuan akan menyokong Malaysia didalam forum-forum antarabangsa. Di samping itu, persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun diharap dapat dipertingkatkan.

Strategi Pelaksanaan Sehingga sekarang, Malaysia telah melaksanakan rancangan ini melalui 4 cara yang berikut:(i) Malaysia menanggung semua kos bantuan tersebut; (ii) Malaysia dan negara penerima bersama-sama menanggung kos bantuan tersebut; (iii) Malaysia menyediakan segala kemudahan dan negara penerima akan menanggung kos bantuan tersebut; (iv) Malaysia menyediakan semua kemudahan dan pihak-pihak tertentu seperti UNDP, CETC dan lain-lain lagi membiayai kos penyertaannya. Di bawah rancangan ini, bantuan dan kemudahan yang diadakan adalah seperti berikut:(i) Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta-peserta yang mengikuti berbagai kursus di universitiuniversiti dan institusi-institusi latihan di Malaysia; (ii) Kemudahan-kemudahan lain untuk berlatih di berbagai institusi latihan di Malaysia; (iii) Lawatan sambil belajar serta penempatan di agensi-agensi kerajaan. (Dalam program diatas, peserta-peserta dibayar elaun sara hidup, lojing, tiket kapalterbang pergi-balik. Mereka juga diberi kemudahan kesihatan dan pergigian dan tidak dikenakan yuran pengajian semasa menjalani latihan atau berkursus). (iv) Kepakaran serta khidmat nasihat dalam bidang-bidang yang Malaysia mempunyai kepakaran tertentu. Selain daripada itu, rancangan kerjasama ini juga boleh dipertimbangkan dalam bentuk kebendaan dan peralatan-peralatan tertentu kepada negara-negara yang dikenalpasti memerlukannya. Penutup Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu rancangan yang praktikal di mana pengalamanpengalaman dan idea dalam pembangunan negara dapat dikongsi bersama oleh negara-negara yang sedang membangun. Dengan ini juga diharap negara-negara berkenaan dapat meringankan beban dan masalah dalam pembangunan negara masing-masing. Adalah juga diharapkan negara-negara sedang membangun yang lain juga akan menurut jejak langkah Malaysia dalam memberi bantuan di dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran. Dengan ini kerjasama di antara negara-negara sedang membangun akan lebih erat lagi.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/258-rancangan-kerjasamateknikal-malaysia.html

You might also like