You are on page 1of 1

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota
Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa
kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di
belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu
menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda
itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya
ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan
menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia
berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang
ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa
pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu
kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah,
sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab,
yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,


" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama
tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima
solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka
selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

You might also like