Professional Documents
Culture Documents
Rasa
cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak
payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib'
itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan
menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang,
tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi
Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti
Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu
akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang
dicintai.
Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami
bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah
kurniakan ke! pada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta
secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga
kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi
kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja
selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika
itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan
atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia.
Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan
keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan
banyak k! emusnahan. Begitulah hubungan cinta yang rlarang, akan membawa
banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita
jangan sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang
berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang
adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri.
Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang
dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa d! an perasaan. Pada ketika
ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika
itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri
pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah
hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Wallahu'alam...