You are on page 1of 3

QORBAN & AQIQAH

B)0 CBb Fb_1b, N N1V


N,_0 N, m)0 m[
Bb P , V [ 00
@Bb
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah
orang-orang Yang rugi. [Al Munafiquun: 9]

Qorban disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad saw pada tahun ke-2 Hijriah, bersamaan dengan perintah Solat
Aidiladha dan pengeluaran zakat.
V@ Bb,
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [Al Kautsar: 2]
.
Umatku yang baik, ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat, ialah mereka yang tidak berkorban.
.
Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, (iaitu) menyelamatkan yang empunya korban dari kejahatan
dunia dan akhirat.

Hukum dalam Madzhab Imam Asy Syafie : Sunat Muakkad alal kifayah Sunat yang mendekati perintah wajib; seornag
saja yang melaksanakannya sudah memadai untuk seisi keluarga. Hukum ini sama ke-atas orang yang sedang mengerjakan haji
ataupun tidak.
.
Apabila tanggal 10 Dzulhijjah telah masuk, jika salah seorang diantara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia
jangan mengambil rambutnya sedikitpun dan jangan pula memotong kukunya. (Bidayatul Mujtahid)

Syarat-Syarat Berqorban:
1. Muslim
2. Merdeka
3. Baligh
4. Berakal
5. Berkemampuan (mempunyai kelebihan belanja bagi diri dan seluruh ahli tanggungannya pada hari Aidiladha dan tiga
haru sesudahnya 11,12 dan 13 Dzulhijjah.

Jenis Haiwan-Haiwan Qorban:
1. Kibash (antara setahun hingga dua tahun) - sah buat seorang sahaja.
2. Kambing (antara dua tahun hingga tiga tahun) - sah buat seorang sahaja.
3. Lembu (antara dua tahun hingga tiga tahun) - sah buat tujuh orang sahaja.
4. Unta (antara lima tahun hingga enam tahun) - sah buat tujuh orang sahaja.

Syarat-syarat bagi haiwan qorban:
1. Haiwan telah sampai umur dewasa.
2. Tidak dilihat kecacatan haiwan, yang dikira dapat mempengaruhi daging haiwan itu.

.
Empat perkara yang tidak dibolehkan pada qorban yang nyata benar buta matanya, yang nyata sakitnya, yang nyata
pincang kakinya, yang kurus kering yang tiada sum-sumnya.

3. Tidak dikira jantina haiwan tetapi dalam Kitab al Majmu haiwan betina lebih baik dari yang jantan bersebabkan
dagingnya yang lebih lembut.
4. Tidak boleh berkorban haiwan yang sedang hamil
5. Dibolehkan haiwan yang telah dikembirikan.
6. Sebaiknya tidak dipilih haiwan yang berwarna hitam

Jauhkan dirikamu dari yang (berwarna) hitam

Hukum Meninggalkan qorban: Menurut pendapat dalam Madzhab Imam Asy Syafie, orang yang mampu, makruh
meninggalkannya.
.
Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah ia pilih untuk mati dalam keadaan mati Yahudi
atau mati Nasrani.
.
Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban,janganlah ia mendekati tempat solat kami.

Bila Qorban menjadi Wajib:
1. Bernadzar
2. Sudah ditentukan seekor haiwan yang dimilikinya untuk dikhususkan sebagai korban.

Syarat-syarat melaksanakan Qorban:
1. Sunat menyembelih haiwan dengan tangan sendiri.
2. Jika tiada mampu, boleh dia mewakilkan kepada orang lain.
3. Orang yang berwakil harus menyerahkan perwakilannya dengan lisan dan diterima oleh orang yang diwakilkan dengan
lisan juga (ijab dan qabul) yang disertakan niat diwaktu aqad itu. Contoh aqad :
Saya wakilkan anda untuk melaksanakan korban unutk saya pada tahun ini.
4. Namun orang yang diwakilkan itu haruslah beramanah, soleh, tidak buta (makruh) dan bukan pula orang kafir. Wakil
tidak boleh menyerahkan amanah itu kepada orang lain melainkan dia sendiri yang menyembelih haiwan itu.
Untuk memudahkan urusan orang yang kita wakilkan boleh kita beraqad dengan lafadz :
Saya serahkan kepada anda untuk menghasilkan qorban buat diri saya pada tahun ini.
Dengan ini orang yang diwakilkan boleh menyerahkan kepada orang lain (pihak yang ketiga) jika dia sendiri tidak
mampu melaksanakan amanah itu.
5. Tidak boleh menyembelih untuk orang lain tanpa se-izinnya.

Tata-tertib diwaktu penyembelihan:
1. Mengasah pisau agarlebih tajam.
2. Mengadap ke-arah qiblat.
3. Dimulakan dangan lafadz Basmalah
4. Bertakbir (3 kali) setelah membaca Basmalah.
5. Berselawat keatas Nabi Muhammad saw
6. Berdoa agar ibadah korban itu diterima Allah swt, contoh lafadz :

7. Mengikat kaki haiwan dengan tali kecuali kaki belakang haiwan sebelah kanan.
8. Membaringkan haiwan dengan lambung kirinya diatas tanah dan tangan kiri penyembelih pada kepala haiwan.
9. Menyorong dan menarik pisau serta menekan kuat-kuat pada leher haiwan.
10. Mulai menyembelih dengan bacaan:
11. Selesai penyembelihan, solat sunat dua rakaat dan berdoa.
12. Daging qorban diserahkan kepada faqir & miskin dalam keadaan mentah, belum dimasak. Tidak boleh diberikan kepada
faqir & miskin yang bukan Muslim.
13. Daging korban wajib dan nadzar, haram dimakan oleh orang yang meniatkankannya.
14. Daging qorban sunat, sunat dimakan oleh tuan empunya dengan sekali makan. Sunat memakan hati haiwan qorbannya
kerana Rasulullah saw melakukan sedemikian.

Rukun Penyembelihan:
1. Penyembelihan (Korban, Nadzar, Aqiqah, Makanan seharian)
2. Tukang penyembelih (Muslim atau ahlil Kitab dan bukan kafir)
3. Haiwan yang disembelih (Haiwan yang masih hidup, yang sah dimakan mengikut syariat Islam dan hiawan yang
tertentu bagi korban & aqiqah)
4. Alat penyembelihan (senjata yang tajam)

Syarat Sah Penyembelihan:
1. Melakukan dengan sengaja. (Jika pisau ditangan terjatuh dan memutuskan urat pernafasan haiwan dengan tidak
sengaja lalu ia mati, haiwan itu haram dimakan).
2. Putus urat saluran nafas dan urat saluran makan pada leher haiwan diwaktu sembelih.

Sunat-sunat Penyembelihan:
1. Penyembelihan dilaksanakan dengan cara yang baik dan tidak menyeksa hiawan tersebut.
2. Menajamkan alat penyembelihan. (Tidak boleh menggunakan kuku dan gigi)
3. Jangan memutuskan leher haiwan atau menyayat kulitnya sehingga ia telah benar-benar tidak bernyawa.

You might also like