You are on page 1of 6

AYAT-AYAT HAFAZAN SPM

1.Surah al-Anam ayat 162 da 163.


162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
163. tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan
Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah
diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

2.Surah al-Mukminun ayat 1-11


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu);

5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, 6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak
tercela: 7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orangorang Yang melampaui batas;
8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi 11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

3.Surah Luqman ayat 12-19




12. dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,
(serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan Segala nikmatNya
kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada
Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
Yang besar".
14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam
masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua
ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).
15. dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku
sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka
janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan
cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan
Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu
semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah
kerjakan.
16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat
bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,
sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana
Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang
tersembunyi.
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan,
serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas
Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

4.Surah at Taubah ayat 128 dan 129





128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi
kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orangorang Yang beriman.
129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai
Arasy Yang besar."

5.Surah an-Nur ayat 35


35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab
suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu
Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang
bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak
manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya
dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);
hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar
(kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian
bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah
memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya)

kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal


Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

6.Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24



21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau
melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah),
misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya.
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang
ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam);
Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha
melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang
Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha
suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;
bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

SELAMAT MENGHAFAL,
SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.
MAN JADDA WA JADA

( SIAPA BERUSAHA DIA BERJAYA )

You might also like