You are on page 1of 1

TAZKIRAH MURID :

KELEBIHAN BERSOLAWAT PADA HARI JUMAAT


Daripada Abi Umamah (r.a.) berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda : Perbanyakkanlah solawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya solawat ummatku akan dipersembahkan kepadaku setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak mengucapkan solawat ke atasku, maka dia adalah orang yang paling hampir kedudukannya di sisiku. (diriwayatkan oleh Baihaqi) Daripada Umar ibnu Khattab (r.a.) berkata, Rasulullah (s.a.w.) bersabda : Perbanyakkanlah solawat ke atasku pada malam yang bergemerlapan dan hari yang bercahaya (yakni hari jumaat), kerna solawat kalian akan dipersembahkan kepadaku, maka aku mendoakan serta memohon keampunan bagi kalian. (diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu al Qasim) Warga sekolah yang dirahmati Allah, bersempena pada penghulu segala hari, iaitu pada hari ini, hari Jumaat, saya menyeru diri saya dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat untuk kita beramai-ramai memperbanyakkan solawat ke atas Baginda rasul, Muhammad (s.a.w.). Solawat merupakan salah cara kita memanifestasikan kecintaan kita terhadap Rasulullah (s.a.w.). Walaupun solawat merupakan satu ibadah yang ringan dan mudah, tetapi Allah mengurniakan ganjaran yang begitu besar bagi setiap solawat yang diucapkan. Solawat juga merupakan tanda kita bersyukur kepada Allah di atas nikmat menjadi ummat Nabi Muhammad (s.a.w.) yang merupakan penghulu segala Rasul. Akhir sekali saya menyeru, marilah kita laungkan solawat beramai-ramai supaya dataran perhimpunan ini bergema dan menjadi saksi kerinduan hati kita kepada Rasulullah (s.a.w.)

Sekian, terima kasih.

You might also like