You are on page 1of 4

cth rancangan harian dan refleksi AMIRUDDIN KHAKIM BIN FANANI D20081032164 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN\ Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu (Komponen Sastera) Tingkatan : 1 Anggerik Bilangan Pelajar : 30 orang Tarikh : 09 Februari 2011 Masa : 8.20 9.40 pagi (80 minit) Tajuk : Prosa Moden (Cerpen) Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat; i) mengenali jenis dan bentuk cerpen dalam prosa moden ii) mengetahui ciri-ciri dan aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah cerpen iii) menyenaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen yang dibaca iv) menyemai sikap yakin pada diri apabila berhadapan dengan masyarakat Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : i) set induksi ii) aktiviti : bercerita - penggunaan alat bantu - penggunaan papan hitam - pengukuhan iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang prosa moden dan jenis-jenis prosa moden Pelaksanaan P&P : Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Aktiviti 4 -pengukuhan (20 minit) - Guru dan murid-murid membincangkan mengenai isi-isi penting yang terdapat dalam cerpen tersebut - Guru menyediakan beberapa set soalan untuk diajukan kepada murid-murid - Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid Nilai :

-bekerjasama Penerangan Pelaksanaan P&P: Masa Pelaksanaan aktiviti Minit 1-4 - Guru meminta murid-murid mengeluarkan alat tulis. - Guru memberi arahan tentang latihan pengukuhan yang akan diberikan. - Guru memberikan soalan-soalan yang ingin dijawab oleh murid sebagai latihan pengukuhan. - Soalan-soalan latihan tersebut ialah: 1) Bincangkan isi-isi penting dalam cerpen mengikut urutan cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan. 2) Jeleskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan. 3) Berikan pengajaran yang terdapat dalam cerita Sepucuk Surat Daripada Kawan. 4) Pada pendapat anda, mengapakah adik penulis merampas surat yang ditulis oleh Abe? Minit 5-8 - Guru meminta murid murid menjawab soalan dengan senyap. - Guru memberitahu murid, perbincangan boleh dilakukan bersama rakan. Minit 9-14 - Murid menjawab semua soalan yang diberikan guru. - Guru memantau perbincangan yang dilakukan oleh murid supaya murid tidak bising dan melakukan kerja lain. Minit 15-20 - Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid. - Guru memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan. Refleksi : AMIRUDDIN KHAKIM BIN FANANI D20081032164 3.0 REFLEKSI MIKROTEACING 3.1 KEKUATAN Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham,

seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. 3.2 KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat. 3.3 LANGKAH MENGATASI Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

Sebagai seorang pendidik, tanggungjawab kita untuk membentuk generasi berakhlak mulia merupakan suatu amanah yang perIu dilaksanakan oleh kita. Walaubagaimanapun, kita guru Malaysia masih tetap memikul tanggungjawab yang berat ini dengan sedaya upaya. Guru diakui mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya ke atas murid-murid sekolah rendah. Penampilan guru adalah penting dalam membentuk akhlak pelajar. Seseorang pendidik seharusnya memiliki status berikut, iaitu sebagai: 1) Seorang yang memiliki status yang agak tinggi dan sedia memberikan bimbingan sepenuhnya; 2) Tokoh pemindah yang berperanan untuk perkembangan seseorang iaitu gabungan peranan ibu bapa dan rakan sebaya; 3) Model contoh dan penasihat kepada pelajar; 4) Bertindak sebagai pembimbing,jurulatih, tutor dan pendorong murid; 5) Bersifat murah hati, ikhlas, penyayang, mengambil berat orang lain, pendengar yang baik dan mencurahkan rasa hati; 6) Bersifat sentiasa menerima dan bertanggungjawab; 7) Berkongsi impian dengan anak didik dan membina persepsi kendiri yang ceria; dan 8) Orang yang sangat berpengaruh terhadap anak didiknya Sejak kebelakangan ini, guru sering diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tingg. Ini disebabkan ketika itu pegawai pendidik yang ada pada masa itu hanya kecil bilangannya. Kaum guru merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampung-kampung. Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-kanak, pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat. Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Seseorang seharusnya mengambil berat tentang perubahan sekeliling untuk mengayakan pengetahuannya. Dalarn menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu menjalankan berpuluh peranan lain sama ada yang berkaitan dengan pendidikan atau sebaliknya. Kita bukanlah pengajar lagi, malah kita juga memainkan peranan sebagai pembimbing,jurulatih, tutor dan pendorong murid. Kita memikul tanggungjawab terhadap pembangunan Negara. Kita perlu mengorbankan diri demi kebaikan pembelajaran anak murid kita supaya mereka menjadi insane yang berguna kepada masyarakat dan negara..

You might also like