You are on page 1of 2

Page 60 Sisanya boleh dipasang sama seperti paip sisa pada besen mandi atau sinki.

Pemasangan ini digunakan untuk basuhan, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai pencuci kaki. Bekalan air panas dan sejuk dicampurkan pada suhu yang sesuai sebelum dialir keluar melalui semburan. Air panas juga dialirkan mengelilingi rim supaya memberikan keselesaan yang lebih baik. Rajah 5.13 menunjukkan cara penyambungan bekalan air panas dan sejuk ke bidet yang dipasang dirumah dan bangunan bertingkat. Oleh sebab salur masuk semburan adalah diaras rendah, air kotor dari balet hendaklah dielakkan daripada mengalami tindakan sifon atau mengalir balik ke dalam bekalan ke perkakas yang lain. Oleh itu bekalan air panas dan sejuk yang berasingan perlu disediakan,seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah sistem pembekalan air di sebuah rumah. Apabila bidet dipasangkan pada setiap aras bangunan bertingkat , bekalan air panas dan sejuk berasingan mestilah disambungkan pada bekalan pugak pada ketinggian 2m lebih tinggi dari aras atas bidet. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan risiko pensifonan semula, iaitu air dari bidet mengalir balik ke dalam paip utama.

Tab mandi. Tab mandi mempunyai bentuk yang berbeza untuk memenuhi keperluan individu. Rajah 5.14
menunjukkan tab plastik akrilik jenis penjuru. Tab ini semakin popular dan mungkin dianggap sebagai tab mewah. Tab ini disediakan bersama pili campuran yang mempunyai salur keluar yang terletak disatu sudut. Ini memudahkan pengguna masuk dan keluar. Tab jenis ini disokong oleh bendul logam yang terletak diatas kayu. Rajah 5.16 menunjukkan sebuah tab besi tuang enamel tradisional yang dilengkapi pemegang dan pili campuran. Dalam kes ini, pili campuran. Dalam kes ini, pili campuran boleh disambungkan kepada kepala semburan secara boleh lentur, jika perlu. Dengan ini, ia boleh digunakan sebagai pemandian semburan. Tab mandi tuang adalah berat dan memerlukan penyokongan yang kuat yang dibekalkan dari kilang, iaitu kaki boleh laras. Rajah 5.16 menunjukkan butiran mengenai tab mandi saiz yang dalam dan dilengkapi tempat duduk. Ia boleh digunakan didalam ruang yang terhad dan juga sesuai untuk orang tua kerana pengguna boleh duduk didalamnya.

Page 61

Pemandian semburan. Ia hanya menggunakan satu pertiga daripada air yang diperlukan oleh tab mandi.
Oleh itu, ia lebih ekonomi dari segi penggunaan air dan juga bahan api. Ia boleh digunakan lebih cepat daripada tab mandi dan hanya memerlukan ruang yang kecil. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengguna lebih suka mandian semburan kerana ia lebih selesa. Terdapat 2 jenis kepala mandian semburan: 1. jenis mawar tradisional yang mengeluarkan air melalui satu cakera berliang dan dipasang pada aras tinggi. 2. Jenis semburan pepayung biasa dipasang pada aras dada. Jenis ini lebih disukai wanita, kerana pemandian jenis ini tidak akan membasahi kepala. Air panas dan sejuk boleh dibekalkan ke pemandian semburan paip bergerek 13mm. Paip ini hendaklah sependek yang boleh untuk mengurangkan rintangan geseran terhadap pengaliran air. Injap campuran kawalan termostatik boleh digunakan untuk mengelakkan risiko kulit melecur akibat terkena air panas. Salur keluar injap ini merupakan sebatang paip boleh lentur berplat kromium yang disambungkan ke kepala pemandian semburan. Untuk cara kedua, kepala pemandian semburan boleh dipasang pada pendakap pugak yang boleh dilaras. Satu injap campuran boleh digunakan untuk pembekalan beberapa kepala pemanas.

You might also like