You are on page 1of 22

TUTORIAL 3 : ANDA DIMINTA MEMBENTANGKAN BANDING BEZA IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DARI ASPEK (A) GURU (B) MURID

(C) SEKOLAH DAN (D) KURIKULUM TERSIRAT.


Disediakan oleh: Azwan bin Ramali 5 PISMP PBM2

Pengenalan
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.

a) Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dari aspek guru


Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid dan mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya.

Guru juga harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara optimum. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.

b) Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dari aspek murid


Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui sifat penyayang yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, disamping menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.

Guru harus meghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang baik daripada sebelumnya. Sekeping kertas berbentuk penghargaan dan sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi murid dalam bilik darjah.

Murid terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Guru mesti membentuk program yang bertujuan untuk membangunkan murid dengan peraturan yang jelas, bagi mengurang segala tingkah laku negatif. Guru harus mengelak diri daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menghalang murid menghargai pertumbuhan dan kemahiran diri.

c) Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dari aspek sekolah


Terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJK (C), SJK (T). Pada peringkat menengah pula, terdapat Sekolah Berasrama Penuh, Sek. Men. Teknik, Sek. Men. Keb. Agama, Sekolah Model Khas dan Sek. Men. Keb. Harian. Pada masa kini, terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah berusia 100 tahun, terletak di tempat yang strategik serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti sekolah yang terletak di Cyberjaya dan Putrajaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengadakan sekolah khusus untuk Pendidikan Khas pada peringkat Rendah dan Menengah. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta Sekolah Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja ialah di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

Di peringkat sekolah menengah, terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan terbaik supaya terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik (SMT) pula memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah, kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara. Pembinaan sekolah aliran Agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.

Sekolah Premier pula ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sitem pendidikan yang seragam. Sekolah Wawasan sebenarnya sedang beroperasi di Subang Jaya, Selangor. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud di kalangan mereka.

d) Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dari aspek kurikulum tersirat


Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu (Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). Kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.

Di peringkat pengajian tinggi, Kurikulum Tersirat lebih memberi penekanan kepada perekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002), mengenalpasti budaya akademik sebagai Kurikulum Tersirat. Beliau berpendapat di antara peranan utama pengajar dan ahli akademik di Institusi Pengajian Tinggi ialah memindahkan sistem budaya melalui strategi pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan.

Melalui Kurikulum Tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti kokurikulum. Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti kokurikulum.

Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.

Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan beberapa pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan iaitu:i. Budaya belajar untuk belajar ii. Budaya belajar untuk menjadi pengajar iii. Belajar untuk Pembudayaan

Carpenter (1985), telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar terhadap para guru pelatih. Beliau telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar ke atas guru pelatih. Hasilan kajian beliau menunjukkan bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.

Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan sebenarnya merangkumi seluruh kandungan serta meliputi pengalaman pembelajaran yang diperoleh murid. Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran lain seperti iklim, budaya, kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam sistem pendidikan formal.

You might also like