You are on page 1of 32

SOLLIHIN NURAZWIN SITI NURATIQAH NURADILAH SYARIFAH NUR SOLLEHAH

Sindrom Down(SD) bukanlah satu penyakit. SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka yang tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD adalah lambat berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tak kira apa jenis, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.

SD

boleh dikesan pada peringkat awal kehamilan melalui ujian yang membabitkan ibu dan janin Antaranya ialah kaedah aminocentisis dan chorionicvillus sampling Daripada ujian kromosom dalam darah, jenis SD dapat dikesan iaitu Trisomi, Traslocation dan Mosaic. Biasanya kita mempunyai 46 kromosom atau 23pasang.

Bagaimanapun,

jenisTrisomi ada 47 kromosom atau 23 pasang + 1 ( kromosom Translocation tidak membabitkan lebihan kromosom). Ia terjadi melalui dua cara

Pertama, apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21


Jika ibu pembawa, kemungkinan mendapat anak SD 10-15 % dan jika bapa pembawa cuma 3-5% sahaja

Kedua, apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan kromosom nombor yang sama.

Jika ibu pembawa, kemungkinan mendapat anak SD adalah 100%(membabitkan semua kelahiran dalam keluarga)

Faktor

persekitaran seperti kurang rangsangan dan pemakanan yang tidak sesuai. Faktor genetic, misalnya ibu yang menghidap penyakit campak rubella, siplis, influenza, dan demam otak mungkin menyebabkan kecacatan pada embrio.

SD

bukan berpunca daripada keturunan melainkan jenis translocation SD berkaitrapat dengan usia ibu ketika hamil Bagaimanapun tiada bukti khusus mengaitkan SD dengan usia bapa. Bagi ibu yang berusia kurang daripada 25tahun, kemungkinan mendapat bayi SD jenis ini ialah 1 dalam 2000 kelahiran Wanita berusia 35-39 tahun pula 1 dalam 50 kelahiran Wanita berusia lebih 40 tahun adalah 1 dalam 30 kelahiran Secara purata kemungkinan mendapat anak SD ialah 1dalam 650 kelahiran

Grafik menunjukkan peningkatan peluang sindrom Down berbanding usia ibu

Ultrasound fetus dengan sindrom Down Sungguhpun dengan penyaringan tidak menceroboh terbaik, kadar pengesanan adalah sekitar 90%95% dan kadar positif palsu adalah 2% 5%. Positif palsu boleh disebabkan oleh banyak fetus yang tidak dikesan (amat jarang dengan ujian ultrasound), tarih kehamilan yang salah, atau variasi normal pada protin.

Hidung kemek Lidah tebal dan kerap terjelir Tapak tangan lebar Tapak tangan ada hanya satu lipatan Jari-jari tangan semua montok-montok. Jari kelengkeng tangan melengkung Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar Leher pendek dan besar Kelopak mata berlipat-lipat Sendi longgar Otot lembik Badan gempal Kulit putih bersih Lemah dalam pembelajaran.

1.

Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur


Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak. Lambat atau sukar dalam pembelajaran Lambat dalam pertuturan

Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.

2. Penyakit jantung kongenital

Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa

Doktor

akan membuat saringan terhadap kanakkanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerluka rawatan perubatan atau pembedahan.

3. Kecacatan pertumbuhan perut


Intestinal atresia Tiada dubur

Biasanya

kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa

4. Mudah mendapat jangkitan

Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.

5. Masalah pendengaran dan penglihatan

Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.

6. Gangguan fungsi Tiroid


Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.

7. Barah (kanser)
Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan

Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa,

menggunakan kata (bahasa ekspresif) memahami kata (bahasa reseptif).

Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut.

Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka. Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab. Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami. Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan. Latihan berterusan. Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif. Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka. Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

Kanak-kanak

Sindrom Down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan Ini adalah kerana perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, Tahap pemikiran mereka rendah dibandingkan dengan kanak-kanak biasa Kanak-kanak Sindorm Down ini didapati sukar berbahasa dan kemahiran motor halus dan motor kasar lambat berkembang pada diri mereka

Kanak-kanak Sindrom Down ini tidak berupaya menguasai perasaan serta mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak biasa Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan dikalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak ini (mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki dan peranan perempuan)

Perkembangan

dari segi sosial kanak-kanak Sindrom Down ini sangat rendah dibandingkan dengan kanak-kanak biasa Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan, belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka dah belasan tahun Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak menampakkan kematangan (mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa)

Selalunya

mempunyai personaliti introvert

Mereka kurang aktif dalam pergaulan, banyak menyendiri, kurang melakukan aktiviti kumpulan Mereka tidak berapa suka dengan orang baru , terutama yang belum mereka kenali Sukar diajak berbicara mungkin dsebabkan mereka kurang fasih berbahasa, mereka kurang percayakan diri sendiri, bersifat pemalu dan kadang- kadang menjadi pendiam

Terdapat

juga yang bersifat ekstrovert dan juga

ambivert
Biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran, terutamanya ibu bapa, keluarga, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling Semua yang berada disekeliling mereka akan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk lebih berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup bermasyarakat

Perubahan

tingkah laku boleh dibentuk oleh orang terdekat dengan kanak-kanak Sindrom Down itu seperti ibubapa, keluarga dan guru-guru mereka serta masyarakat sekeliling mereka (perlu memberi input dan didikan ke arah positif )

FIZIKAL Lebih besar drpd kanak-kanak biasa. Lebih gempal tetapi ototnya lembik Mereka kurang aktif

MENTAL Keupayaan mental mereka lambat dan agak kebelakang. Disebabkan kerosakan sarafsaraf otak yg dialami oleh mereka.

SOSIAL Lambat utk berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga mereka. Tidak pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran yg baru Rendah diri & tidak mempunyai keyakinan. Kurang mempunyai perasaan malu.

Kanak-kanak Biasa Mampu mengangkat benda yang berat. Berjalan, berlari dan melompat Mudah berbahasa, kemahiran motor halus dan motor kasar cepat berkembang. Dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan. Berupaya mengawal emosi marah dan cemburu.

Dari Aspek

Kanak-kanak SD Tidak mampu kerana otot mereka yang lemah Kemungkinan masalah drpd jantung mrk. Perkembangan kognitif dan pemikiran mereka ini rendah dan lambat. Tidak dapat membezakan peranan lelaki dan perempuan. Tidak berupaya mengawal emosi marah dan cemburu.

FIZIKAL

PERKEMBANGAN KOGNITIF

SOSIAL

EMOSI

KANAK-KANAK BIASA lebih berpersonaliti ekstrovert, mereka mudah dan cepat mendapat kawan, lebih suka berkumpulan

Kanak-kanak Sindrom Down selalunya mempunyai personaliti introvert, mereka kurang aktif dalam pergaulan, banyak menyendiri, kurang melakukan aktiviti kumpulan Sukar diajak berbicara mungkin dsebabkan mereka kurang fasih berbahasa mereka kurang percayakan diri sendiri, bersifat pemalu dan kadangkadang menjadi pendiam terdapat juga yang bersifat ekstrovert dan ambivert (dipengaruhi oleh faktor persekitaran)

lebih berkeyakinan diri dari kanakkanak bermasalah pembelajaran Mereka lebih cepat menerima kawan baru dan bersifat terbuka dalam pergaulan Jika terdapat kanak-kanak biasa bersifat introvert, ini kemungkinan terjadi oleh faktor-faktor genetik dan juga persekitaran

KANAK-KANAK BIASA Perkembangan kanak-kanak biasa dari segi fizikal, emosi, kognitif dan sosial adalah bersesuaian dengan peringkat umur mereka kebolehan intelek kanak-kanak biasa tinggi berbanding dengan kanakkanak sindrom Down

Kanak-kanak Sindrom Down perkembangan untuk kanak-kanak Sindrom Down pula adalah terkebelakang berbanding dengan umur mereka (disebabkan tahap kerencatan mental) kebolehan intelek kanak-kanak sindrom Down ini rendah berbanding dengan kanak-kanak biasa Kanak-kanak Sindrom Down perlu didedahkan dengan konsep-konsep konkrit, iaitu konsep yang boleh dilihat dan disentuh

Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat. Alat permainan perlu sesuai dengan teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka. Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar. Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan. Perlu beri pujian kepada setiap kecemerlangan yang dicapai.

Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka. Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanakkanak. Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

Sindrom Down merupakan kecacatan baka (genetik) dan tidak boleh diubati. Perbezaan mereka dengan kanak-kanak biasa adalah sangat ketara dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Jadi pertumbuhan, perkembangan dan personaliti mereka adalah tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Ini adalah disebabkan kecacatan yang mereka alami dari segi mental dan fizikal sejak lahir. Kita sebagai pendidik perlu bijak menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanakkanak Sindrom Down ini.

http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikolog i-perkembangan-kanak-kanak.html http://www.scribd.com/doc/44803089/1900579 8-Ciri-Kanakkanak-Khas http://www.scribd.com/doc/46751310/PENGEN ALAN-PENDIDIKAN-KHAS

You might also like