You are on page 1of 6

MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI PENEMUAN Tahun 2

Bidang: SAINS FIZIKAL Tajuk: 4. Terang Dan Gelap Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 4.1.3 Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti. Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA 1. Persediaan - Memerhati - Menyoal CADANGAN AKTIVITI Murid memerhatikan dua gambar yang ditunjukkan oleh guru. CADANGAN KOMUNIKASI 1. Gambar manakah yang menunjukkan keadaan pada waktu siang? 2. Bagaimanakah suasana pada waktu malam?

Pemerhatian dan Analisis Indikator 1.1.1 Pemerhatian menyeluruh 1.2.1 Membuat banding beza Gambar A

Gambar B

2.

Imaginasi - Merancang - Meneroka - Membuat hipotesis

Guru menyediakan lampu suluh, bongkah kayu, kadbod putih. Murid-murid merancang dalam kumpulan satu aktiviti penyiasatan bagaimana bayang-bayang dapat dihasilkan. Murid-murid merancang dengan menggunakan Lampiran 1 yang telah disediakan. Guru membimbing muridmurid semasa aktiviti untuk menghasilkan rancangan penyiasatan yang baik.

1. Apa yang perlu dikekalkan? 2. Apa yang berubah? 3. Apa yang diukur (diperhatikan)? 4. Adakah bayangbayang terhasil? (Ya / Tidak)

Penjanaan Idea Sintesis Idea Indikator 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna. 2.2.5 Membincang penilaian.

3.

Perkembangan - Menguji hipotesis

Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Murid-murid menjalankan penyiasatan dalam masa 20 minit. Murid murid menjalankan penyiasatan, menguji hipotesis dan merekod hasil dapatan.

Penambahbaikan Menilai Indikator 3.1.1 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. 3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

1. Adakah bayangbayang akan terhasil apabila lampu suluh dinyalakan? 2. Adakah bayangbayang terhasil sekiranya kita menggantikan bongkah kayu kepada gelas kosong? 3. Adakah bayangbayang terhasil sekiranya kita menggantikan bongkah kayu kepada kertas surih?

Murid-murid seterusnya menjalankan aktiviti yang sama untuk menguji 3 jenis objek yang disediakan iaitu gelas kosong, kertas surih dan kadbod hitam. Murid-murid memerhatikan penyiasatan yang dijalankan.

4. Adakah bayangbayang terhasil sekiranya kita menggantikan bongkah kayu kepada kadbod? Bayang-bayang akan terbentuk apabila terhalang oleh objek.

Guru membantu kumpulan yang bermasalah. Murid-murid akan merekod keputusan yang diperoleh dalam Lampiran 2 dan Lampiran 3.

4.

Tindakan - Membuat kesimpulan - Melapor

Murid-murid membuat kesimpulan berdasarkan keputusan yang diperolehi Murid-murid membentangkan hasil dapatan mereka. Guru membantu murid-murid membina idea tentang perkaitan penghasilan bayang-bayang. Murid-murid membuat rumusan.

1. Adakah semua objek boleh menghasilkan bayang-bayang? (boleh / tidak)

Pelaksanaan Amalan Berterusan Indikator 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami. 4.2.3 Mempraktik proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan.

2. Bagaimanakah bayang-bayang terhasil?

Pentaksiran

Murid berupaya merancang, mengeksperimen dan membuat kesimpulan. KPS : Membuat hipotesis, mengeksperiman, memerhati, merekod data dan membuat kesimpulan.

Nilai dan Sikap

Bekerjasama, jujur dalam merekod hasil dapatan.

LAMPIRAN 1

Lampu suluh

Bongkah kayu

Kadbod putih

1. Apakah yang perlu dikekalkan? Jenis __________________ 2. Apakah yang berubah? Kehadiran ___________________ 3. Apakah yang diukur (diperhatikan)? Kehadiran _____________________ 4. Adakah bayang-bayang akan terhasil?
________________________________________________________________

LAMPIRAN 2.

Apakah yang dapat diperhatikan? Lukiskan apa yang kamu dapat lihat.

Pemerhatian terhadap Keadaan lampu suluh bayang-bayang

Lampu suluh menyala

Lampu suluh tidak menyala

LAMPIRAN 3 Tandakan ( ) pada objek yang boleh menghasilkan bayang-bayang.

Lampu suluh

Objek (gelas kosong/kertas surih/kadbod hitam)

Kadbod putih

Pemerhatian.

OBJEK

BAYANG-BAYANG

Gelas kosong

Kertas surih

Kadbod hitam

You might also like