You are on page 1of 21

TEKS :Antologi Harga Remaja :Antologi

Disediakan oleh: oleh: Puan Husna Abd Rahman

CEPER

SINOPSIS CERPEN IBU DAN CEPER

1. Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat (kekuatan sungai Ceper sama seperti kegigihan ibunya). 2. Sungai Ceper belum tercemar berfungsi mengairi sawah padi yang dikerjakan oleh ibu bagi menyara keluarganya. 3. Ibu rajin,selain bersawah,ibu juga menetak mengkuang tetapi ibu juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan (membantu kenduri-kendara & menziarahi jiran jika ada kematian) 4. Bapanya banyak menghabiskan masa memikat burung ketitir & kurang membantu menyara keluarga. 5. Sungai Ceper pernah mendatangkan bencana banjir yang memusnahkan padi yang ditanam oleh ibu & seluruh penduduk menjadi papa kedana kerana padi musnah. 6. Kemarau turut mengancam yang menyebabkan padi mati & ibu terpaksa mendapatkan bekalan air dari perigi.

SINOPSIS CERPEN IBU DAN CEPER 7. Penulis teringat akan kisah ibunya yang tidak dapat bekerja kerana setelah terjatuh terlanggar tunggul kayu. Ibu lumpuh dan tidak bergerak lagi. Bapa pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyara keluarganya. 8. Penulis juga kesal atas kesilapannya menjaga ibunya yang sudah tua kerana mengguris perasaan ibunya. 9. Keadaan sungai Ceper semakin kotor akibat pencemaran & sungai semakin cetek.Malah tidak bergerak lagi. Kekotoran yang terdapat dalam sungai Ceper amatlah menjijikkan. 10. Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Namun Ceper tidak mampu mengairi sawah lagi seperti dulu. Kematian ibunya sama keadaannya seperti yang dialami oleh ceper.

TEMA CERPEN IBU DAN CEPER

Pencemaran alam sekitar dan kasih sayang terhadap ibu


Contoh : Kehidupan seorang ibu yang hidupnya dikaitkan dengan sungai Ceper.

PERSOALAN 1 2

Kegigihan seorang wanita dalam memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dalam menyara keluarga.
3

Kurangnya kesedaran masyarakat dalam hal penjagaan alam sekitar.

Ketabahan anak yang menjaga kebajikan ibunya yang telah tua

Kepentingan air dalam kehidupan manusia.

LATAR
LATAR TEMPAT
Sebuah desa terdapat kawasan sawah padi & sebatang sungai yang mengairinya. Hutan belantara tempat memikat burung ketitir. Telaga- tempat ibu mengambil air ketika musim kemarau.

LATAR MASA

LATAR MASYARAKAT

Pada waktu siang dan malam

Masyarakat kampung yang mengusahakan sawah padi Masyarakat yang sering mengalami kesempitan hidup akibat bencana alam. Masyarakat desa yang hidup saling membantu.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama Seorang yang bertanggungjawab. Cth: Ibu melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarganya. Seorang yang tabah Cth; Ibu tabah mengharungi pelbagai cabaran terutama ketika banjir dan kemarau. Seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan Cth; Ibu sering menyertai kenduri-kendara dan menziarahi keluarga penduduk jika ada kematian. Seorang yang rajin Cth; Ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut sukar bagi seorang wanita.

WATAK DAN PERWATAKAN


Suami kepada ibu Seorang yang tidak bertanggungjawab. Cth: Bapa tidak turun ke sawah untuk menyara kehidupan keluarga. Seorang yang suka membuang masa dengan hobinya. Cth; Bapa banyak menghabiskan masanya dengan memikat burung ketitir. Seorang yang penyayang. Cth; Bapa membantu menjaga cucu dan memicit isterinya yang sakit.

WATAK DAN PERWATAKAN


Anak tunggal dalam keluarga Sudah berkahwin & mempunyai 2 orang anak dan sudah bercucu.

Seorang yang bertanggungjawab. Cth: Aku menjaga kedua-dua ibu bapa yang telah tua.

Seorang yang prihatin. Cth: Aku mengetahui tentang kesusahan yang dialami oleh ibunya dan mendalami perasaan ibunya.

PLOT

Maksud Plot Ialah rentetan peristiwa yang bersebab, yang dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian. Binaan Plot terdiri daripada:
1. Pengenalan-untuk memperkenalkan watak-watak, latar @konflik yang wujud. 2. Pertengahan-peringkat berkembangnya sesuatu konflik @ masalah itu hingga sampai ke puncaknya. 3. Pengakhiran- peringkat berakhirnya sesuatu masalah @konflik dan biasanya sesuatu masalah dapat diselesaikan. Klimaks/Puncak

Pengenalan

Pengakhiran

KLIMAKS/PUNCAK CERITA Ibu tidak dapat bekerja lagi setelah terjatuh terlanggar tunggul kayu. Ibu lumpuh & tidak bergerak lagi. Bapa semakin tua dan tidak dapat membantu keluarga.

PERUMITAN Suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. PERKEMBANGAN Ibu rajin & aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

PENGENALAN Pengenalan sungai Ceper yang digunakan untuk mengairi sawah (kegigihan ibu mengerjakan sawah padi)

PELERAIAN Sungai Ceper semakin kotor akibat pencemaran. Sungai Ceper tidak berfungsi lagi.

GAYA BAHASA

SIMILE

ibu tidur bergolek bagaikan batang pisang. mungkin suara ibu macam suara air. GAYA BAHASA

PERSONAFIKASI

Ceper terus menggila dan mengamuk. Ceper sudah benar-benar lemas

PERIBAHASA

tulang empat kerat naik angin

Air Ceper memukul dan membedal tebing.

NILAI MURNI 1 2

BERTANGGUNGJAWAB Cth :Ibu mengusahakan sawah


padi untuk menyara keluarganya.

KEGIGIHAN Cth : Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat,ibu tetap gigih menyara hidupnya.
4

KERAJINAN
Cth :Ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan itu sukar bagi perempuan.

BERDIKARI
Cth :Ibu mengusahakan sawah padi sendirian tanpa bantuan sesiapa.

PENGAJARAN

Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar keluarga kita tidak mengalami kesusahan.

Kita hendaklah gigih menjalani kehidupan walaupun dihimpit kesusahan. Kita hendaklah menyayangi ibu bapa yang telah tua

dengan cara menjaga kebajikan mereka.

Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan Itu akan membawa keburukan kepada orang ramai.

You might also like