You are on page 1of 1

NAGARAJAN A/L MARADAIYEE PISMP SAINS SEM 1 Menurut pandangan anda (berdasarkan pengalaman anda bertugas di IPT), apakah

faktor yang akan menjadi pemangkin utama kejayaan sesebuah persatuan? Pada pandagan saya, kejayaan sesuatu persatuan bergantung pada komitmen guru atau pensyarah penasihat. Ini kerana setiap aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan tersebut perlu menerima kerjasama pensyarah atau guru penasihat persatuan tersebut. Sokongan yang padu daripada guru atau pensyarah penasihat untuk segala yang berkaitan dengan persatuan amat penting untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan. Sebagai contohnya, suatu aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan perlu memiliki seoarang penasihat sama ada guru atau pensyarah untuk diluluskan oleh pihak atasan untuk memberi kebenaran perjalanan aktiviti tersebut. Aktiviti tidak boleh dijalankan tanpa pemilikan pensyarah atau guru penasihat. Selain itu, penyertaan dan penglibatan pelajar yang menyertai persatuan juga salah satu pemangkin kejayaan sesebuah persatuan. Penyertaan pelajar yang ramai dan sokongan serta komitmen pelajar tersebut dalam persatuan adalah satu kunci kejayaan persatuan tersebut. Pelajar atau ahli persatuan adalah orang yang menjayakan segala aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan tersebut. Penglibatan yang aktif ahli atau pelajar dapat mencapai matlamat atau objektif persatuan. Tidak sebarang aktiviti boleh dijalankan tanpa penyertaan pelajar. Disamping itu, faktor kewangan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah persatuan. Kewangan adalah aspek penting untuk menjalankan segala aktiviti mahupun rasmi atau tidak rasmi. Pembelian dan penjualan barang dan perkhidmatan bagi segala aktiviti hanya boleh dilaksanakan dengan adanya bantuan kewangan.bantuan kewangan boleh diperoleh daripada peklbagai sumber. Pertama kewangan boleh diperoleh daripada ahli persatuan dan pelajar yang menyertai perstuan dengan cara pengutipan yuran ahli atau sumbangan ahli persatuan. Keduanya, kewangan boleh diperoleh daripada ibu bapa ahli atau pelajar persatuan melalui pengutipan derma atau sumbangan ibu bapa dengan menunjukkan dokumen atau matlamat serta objektif persatuan. Ketiganya adalah daripada sumbangan atau peruntukan daripada pihak atasan sekolah atau institut. Kelengkapan dokumen atau kertas kerja dapat diluluskan oleh pihak atasan serta peruntukannya. Akhirnya, sokongan moral dan kerjasama serta komitmen masyarakat setempat dan agensi luar juga adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam untuk mencapai matlamat persatuan. Penglibatan masyarakat dan agensi luar dalam aktiviti yang dijalankan dalam atau di luar sekolah dan institut untuk menjayakan aktiviti persatuan tersebut. Sokongan dan sumbangan atau bantuan kewangan dalam bentuk wang juga diberikan kepada sesebuah persatuan untuk menjalankan banyak aktiviti yang boleh dapat meningkatkan taraf dan kebajikan peserta persatuan.

You might also like