You are on page 1of 11

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL TUGASAN : 4. Orang Melayu telah memainkan peranan penting dalam pengislaman masyarakat Bugis dan Makassar di Sulawesi Selatan. Bincangkan pernyataan yang diberikan di atas.

Pendahuluan Sulawesi Selatan adalah sebuah bahagian di Indonesia yang terletak di Bahagian Selatan Sulawesi. Ibu kotanya adalah Makassar, dahulu disebut Ujung Pandang. Antara suku kaum yang menetap di Sulawesi Selatan ialah Bugis, Makassar, Mandar, Toraja, Duri, Pattinjo, Bone, Maroangin, Endekan, Pattae dan Kajang. Namun demikian, sejarah Sulawesi Selatan ini biasanya melibatkan dua suku bangsa yang terbesar, iaitu Makassar dan Bugis yang mendiami bahagian selatan pulau ini. Daerah Makassar berpusat di kerajaan Gowa dan Tallo manakala daerah Bugis berpusat di Luwu, Bone, Soppeng dan SidenrengnatauAjatta-pareng. Dan yang pastinya kedua peribumi ini memang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pengembara atau pedagang. Perhubungan di antara Timur Tengah dengan Asia Tenggara atau Nusantara telah wujud setelah sekian lama lagi. Bangsa Arab sudah terlibat dalam kegiatan pelayaran dan perdagangan sejak permulaan sejarah mereka lagi. Ahli sejarah belum dapat menentukan tarikh yang tepat, tempat pertama dan asal-usul kedatangan Islam ke Alam Nusantara. Terdapat beberapa tarikh
1

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

yang dikemukakan iaitu pada 1112Masihi, 1292 Masihi, 1302 Masihi dan 1386 Masihi. Batu Bersurat yang ditemui di Gerisik membuktikan Islam wujud pada tahun 1082 masihi. Mengikut catatan Marco Polo tempat penerimaan Islam yang pertama ialah di Perlak, ada juga yang mengatakan di Pasai dan Sejarah Melayu pula mengatakan Islam yang pertama muncul di Melaka.
1

Begitu juga dengan arah kedatangan Islam ke Nusantara. Ada yang mengatakan

melalui hubungan terus dari Arab, India dan China. Latar Belakang Pengislaman Nusantara Proses pengislaman di Asia Tenggara pada hakikatnya terdapat dua ciri besar. Pertama, ia berlaku secara damai dan lembut, bukannya secara kasar atau melalui kekerasan dan peperangan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa ajaran Islam merupakan agama jihad. Ciri yang kedua pula ialah melalui usaha dakwah Islamiah itu sendiri membuatkan Islam itu berkembang. Menurut buku Sejarah Islam karangan Abdul Fatah Hj. Yacob, mengikut pendapat Hamka, proses perkembangan Islam di Nusantara dapat dibahagikan kepada tujuh lapisan : 1. Kedatangan awal pedagang-pedagang Islam ke kawasan Nusantara kurun ke-7, ke-8 dan ke-9. Mereka hanya memperkenalkan Islam melalui amal ibadat tetapi tidak mengembangkannya dengan pesat. Sebahagian daripada mereka mula menetap di kawasan Asia Tenggara. 2. Berlaku pada kurun ke-10, kurun ke-11 dan kurun ke-12. Pada masa ini telah wujud perkampungan orang Islam di Alam Melayu. Mereka yang menetap terdiri daripada bangsa Arab, Parsi, India dan Afghan. Di Alam Melayu mereka menetap di kawasan naungan kerajaan Hindu, Jawa dan Budha. Mereka mula melibatkan diri dalam

Abdul Fatah Haji. Yacob, Sejarah Islam, Negeri Sembilan : Minerva Publications, 1990, hlm. 187

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

pentadbiran seperti menjadi duta ke China yang dihantar oleh kerajaan Srivijaya pada tahun 977 Masihi. Pada masa ini, orang Islam mula mengahwini wanita tempatan. 3. Perkembangan Islam pada peringkat ini bermula pada kurun ke-13, ke-14 dan ke-15. Pada masa ini agama Hindu dan Buddha menjadi lemah kerana muncul kerajaan Islam seperti di Samudera-Pasai, Melaka dan Acheh. Penyebaran pada masa ini tersebar ke seluruh Alam Melayu sehingga ke Kalimantan dan Jawa. Pada masa ini juga menyaksikan kejatuhan Melaka di tangan Portugis (1511). 4. Kurun ke-16, pusat penyebaran Islam di ambil-alih oleh Acheh dan Johor-Riau. Islam di Jawa adalah hasil peranan Wali Songo dan Sharif Hadayatul manakala di Acheh, Sultan Ali Mughayat Syah menjadi pemangkinnya. Islam di Timur Nusantara adalah di bawah peranan Sultan Khairun Ibni Sultan Babullah. 5. Ianya berlaku pada kurun ke-17. Perkembangan Islam mula disaingi oleh Kristian (Portugis dan Belanda). Penentangan kerajaan Islam berlaku terhadap penjajah sepertimana yang berlaku di Acheh, Mataram, Bantam, Madora, Makassar, Jawa dan Minangkabau. Pada kurun ini juga telah lahir ulama-ulama Islam seperti Nuruddin alRaniri, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri, dan Yusuf Tajul Khalwati serta pujangga Melayu Bendahara Paduka Tun Sri Lanang. 6. Pada kurun ke-18 dan ke-19, kuasa penjajah semakin meluas dan kerajaan Islam di Tanah Melayu kian lemah. Pada masa ini wujud pahlawan Islam seperti Raja Haji, Pengeran Diponegora, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Datuk Maharaja Lela. Ulama yang muncul pula ialah Syeikh Arshad (Banjarmasin), Syeikh Nawawi (Bantam) Syeikh Abdus Samad (Palembang). Satu fundementalis muncul untuk mengembalikan umat Islam ke ajaran yang sebenar.

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

7. Pada kurun ke-20, berlaku kemasukan idea-idea fundementalis seperti ajaran Puak Wahabi, ajaran Sayid Jamalludin al-Afghni, ajaran Syeik Muhammad Abdul dan ajaran Sayid Rashid Ridha. Kebangkitan dan kesedaran Islam membuahkan semangat untuk menuntut kemerdekaan Indonesia yang berjaya dicapai 17 Ogos 1945 daripada Belanda dan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957 daripada Inggeris. Perkembangan Islam berterusan hingga hari ini. Proses pengislaman dikatakan berjalan melalui tiga peringkat. Peringkat pertama merupakan peringkat persinggahan di mana peringkat ini merupakan aktiviti perdagangan Arab di Asia Tenggara sejak zaman sebelum kebangkitan Islam di Makkah lagi. Dengan kemunculan Islam pada abad ke-7 Masihi bukan sahaja para pedagang Arab-Parsi yang beragama Islam singgah di Nusantara dalam perjalanan mereka ke China, malah juga turut berdagang dengan penduduk tempatan di Nusantara.
2

Mereka juga dikatakan telah bercampur dengan penduduk Sumatera

selama tiga abad sejak kehadiran mereka pada abad ke-4 lagi. Percampuran ini telah membuatkan ramai penduduk yang mula tertarik dengan Islam. Dalam peringkat ini, pada tahun 30 Hijrah 651 Masihi , Islam mula sampai. Peringkat berikutnya ialah peringkat pertapakan Islam di Asia Tenggara. Peringkat ini berlangsung sejak zaman Bani Umayyah (661 750 Masihi) hingga zaman Bani Abbasiah (750 1258 Masihi). Pada masa ini, wujud penempatan para pedagang Arab-Islam di Nusantara, khususnya di Sumatera. Selain itu kedatangan Syiah ke Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama golongan Syiah Alawiyyin yang melarikah diri daripada tekanan pemerintah Al-Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi (695-705 Masihi) ke Campa dan kemudiannya ke

Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm. 220

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

Kepulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Yang kedua pula ialah pada 744 Masihi, apabila tewasnya pemberontakan Syiah Alawiyyah di Parsi mereka melarikan diri hingga ke Timur Jauh iaitu Campa di mana telah bermulanya asal-usul orang Islam. Sekali lagi apabila golongan Syiah telah tewas dalam pemberontakan semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833 Masihi), mereka telah belayar sekali lagi dan kali ini menuju ke Perlak di Sumatera. Jadi sejak itu, kerajaan Syiah telah ditubuhkan di situ pada tahun 840 Masihi. Kemudian golongan Syiah ini pula berhijrah ke Jawa Timur, Pasai dan ke Sumatera Timur. Pergerakan demi pergerakan ini telah meluaskan pengaruh Islam di seluruh Kepulauan Indonesia. Dikatakan juga perkara ini membuatkan aliran Syiah menjadi ikutan yang dominan kerana bertapak awal di Nusantara. Pada peringkat ini, biar daripada faktor perdagangan atau sebagai pelarian politik, ianya menunjukkan pertapakan di negara-negara lain juga iaitu di China, Tanah Melayu dan Filipina. Pada peringkat ketiga iaitu peringkat perluasan, usaha dakwah Islam semakin bertambah pesat dan meluas di rantau ini. Pada peringkat perluasan, mulai abad ke-13, bukan sahaja berlaku persambungan peranan para pendakwah dari Tanah Arab, bahkan juga mubaligh India. Dan teratas daripada semuanya itu ialah peranan ulama tempatan sendiri, hingga akhirnya merekalah yang mendominasi gerakan dakwah di Nusantara ini.3 Perdagangan atau perniagaan yang dijalankan merupakan kegiatan tukar menukar barang atau jasa atau keduanya. Pada masa awal sebelum wang ditemukan, tukar menukar barang dinamakan barter iaitu menukar barang dengan barang atau dengan jasa yang diinginkan penjual dan dipersetujui oleh pembeli. Ekoran perdagangan yang wujud ini telah menyebabkan perluasan Islam semakin berkembang.

Ibid, hlm. 225.

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

Pengislaman Masyarakat Bugis dan Makassar Perhubungan Sulawesi Selatan dengan pedagang Islam telah lama terjalin berikutan daripada perdagangan rempah yang dikuasai oleh mereka. Dalam catatannya mengenai Makassar di Selatan Sulawesi, Tome Pires yang mengunjungi Nusantara sekitar 1512-1515 Masihi, ada menyatakan bahawa wujud perdagangan yang begitu sibuk di pelabuhan itu 4. Oleh kerana itu, maklum bahawa ramai pedagang Islam berlabuh di situ tidak kiralah daripada bangsa Arab atau Melayu. Pelabuhan itu juga membuatkan ramai di antara pedagang tersebut menetap secara tidak langsung. Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Persaingan antara Kristian dan Islam semakin sengit di situ pada awal abad ke 16 kerana pada masa ini penjajah telah pun sampai di Nusantara. Orang Portugis yang dilabelkan sebagai pemeluk agama Katolik yang fanatik terkenal sebagai penentang Islam. Maka segera setelah mereka ada di Indonesia, usaha itu dilakukan juga : mula-mula di Malakka, dan kemudian lebih meluas lagi di kepulauan Maluku5. Hal ini menurut anggapan mereka merupakan tugas dan kewajipan. Persaingan diantara Islam dan Kristian di Makassar berlaku kerana disebabkan oleh raja Makassar sendiri yang tidak dapat memilih antara dua agama ini. Di antara agama Islam dan agama Kristian, masing-masing telah mempunyai pengaruh yang besar. Oleh itu, baginda meminta ulama Islam datang untuk mengajar berkaitan dengan agama Islam dan ulama Kristian pula dari agama Kristian. Menurutnya lagi, ulama mana yang tiba dahulu, raja akan memeluk agama tersebut. Dalam tempoh masa ini juga, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh para pendakwah dari Melaka, Jawa, Minangkabau dan juga dari Ternate.
4

Ahmad Jelani Hakimi, Sejarah Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008, hlm. 320. 5 Dr. R. Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 3, Yogyakarta:Penerbit Kanisius, 1973, hlm. 49.

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

Pada permulaannya, dikatakan orang Islam di Sulawesi Selatan terdiri daripada orang luar dan bukannya daripada penduduk tempatan. Ini adalah kerana aktiviti perdagangan, pelarian politik dan perang yang menyebabkan penduduk disini terdiri daripada orang Islam. Pada zaman pemerintahan Raja Tunipalangga (1546-1565), Raja Gowa yang ke-10, seorang nakhoda yang memimpin pedagang-pedagang Melayu seperti dari Campa, Patani, Pahang, Johor dan Minangkabau talah diberi kebenaran menetap di Gowa dan disamping telah diberikan hak istimewa seperti harta mereka tidak akan dirampas. Pemerintah Gowa yang ke-12 pula Karaeng Tunijollo (1565-1590 Masihi) telah mendirikan sebuah masjid untuk mereka dan memerintahkan agar pedagang-pedagang itu mengerjakan haji. Kesan penetapan orang Islam disitu telah

membuatkan penduduk tempatan tertarik untuk memeluk agama Islam sehinggakan pada tahun 1600, Raja Makassar ingin memeluk agama Islam dan telah mengirim utusan ke Acheh, Melaka, Pahang dan Johor bagi mengundang para ulama untuk mengajarnya. Menurut Pinto, pengembara Portugis yang datang ke Sulawesi Selatan pada tahun 1544, telah menyatakan bahawa terdapat ramai para pedagang Islam dari Patani, Pahang dan Johor di situ. Ini menunjukkan bahawa luasnya hubungan Bugis-Makassar dengan negeri-negeri yang telah lama menerima Islam seperti Acheh dan Melaka yang telah lama menerima kehadiran Islam. Sebelum kerajaan Sulawesi diislamkan, pulau di bahagian timurnya iaitu Ternate dan Tidore telah pun menerima Islam. Sehubungan daripada perdagangan yang luas di antara BugisMakassar dengan pedagang-pedagang Islam dari pulau-pulau lain, maka tidak mustahillah ada di antara orang Bugis yang telah memeluk Islam. Suku Luwu merupakan suku Bugis yang pertama memeluk agama Islam di Sulawesi Selatan, iaitu pada tahun 1603 Masihi6.

Ibid, hlm. 321.

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

Ekoran perutusan Raja Makassar itu, Ratu Acheh telah menghantar tiga orang ulama Minangkabau bagi memenuhi permintaan penduduk Sulawesi Selatan. Oleh itu, raja telah bersetuju untuk memeluk agama Islam. Ulama-ulama yang dihantar oleh Ratu Acheh itu menyebarkan Islam dengan cara mereka sendiri. Ulama tersebut ialah:
1.

Khatib Tunggal Datuk Makmur (Qadir), atau popular dengan nama Datuk ri Bandang berdakwah menurut pendekatan syariat (1605). Beliau menyebarkan Islam di Gowa dan Tallo. Dikatakan pendekatan syariat digunakan berhubung kait dengan penduduknya yang gemar membuat maksiat seperti berjudi, berzina dan minum arak.

2.

Khatib Sulung Datuk Sulaiman dikenal Datuk Patimang berdakwah menurut pendekatan tauhid. Beliau menyebarkan Islam du Luwu dan memilih pendekatan tauhid berikutan penduduknya yang kuat perpegang kepada kepercayaan Kuno iaitu Dewata Seuae, kepercayaan mengenai Roh Sejagat atau Pencipta Yang Tunggal.

3.

Abdul Jawad Khatib dikenal dengan nama Datuk ri Tiro yang berdakwah menurut pendekatan tasawuf di Tiro (Bulukumba) kerana penduduknya terlalu taksub dengan ilmu kebatinan dan sihir.

Penerimaan Islam secara rasmi oleh kerajaan Makassar telah memberi kekuatan penyebaran Islam yang lebih pesat di Sulawesi Selatan. Perjalanan ketiga-tiga ulama itu sebelum tiba ke Sulawesi Selatan, mereka telah singgah di Luwu untuk menyebarkan Islam. Raja Luwu, La Patiware Daeng Parabu telah memeluk agama Islam (1603) dengan gelaran Sultan Muhammad Waliyul Mudharuddin. Khatib Tunggal Datuk Makmur memainkan peranan yang penting dalam pengislaman di Sulawesi Selatan. Catatan rasmi Kesultanan Gowa dan Tallo, Islam diterima di kerajaan kembar

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

ini pada 22 September 1605. Bermula dari tahun itulah, penyampaian dakwahnya telah berjaya menarik Raja Tallo (Mangkabumi Kerajaan Gawo , I Mallingkaang Daeng Mannyonri) untuk memeluk Islam dengan gelaran Sultan Abdullah Awwalul Islam. Kemudian pengislamannya telah diikuti oleh Raja Gowa ke-14, I Manngranngi Daeng Manrabbia yang telah menukar namanya kepada Sultan Alauddin. Kemudian Raja Gowa secara rasminya mengumumkan agama rasmi kerajaan Gowa dan seluruh daerah bawahannya adalah agama Islam. Sebelum masuknya agama Islam di Sulawesi Selatan, masyarakat masih menganut kepercayaan animisme. Dalam riwayat diceritakan bahawa awalnya Khatib Tunggal sendiri bersama kawan-kawannya telah dilihat oleh rakyat di sana sedang melakukan Solat Asar di tepi pantai Gowa-Tallo. Apabila pertama kali, rakyat melihat ulama itu bersolat, mereka spontan beramai-ramai menuju istana kerajaan untuk menyampaikan berita tersebut kepada Raja tentang apa yang mereka saksikan. Raja kemudiannya menuju ke tempat Khatib Tunggal dan kawan-kawannya melakukan solat itu. Baginda dan rakyat mula tertarik dengan Islam yang Shumul. Penyampaian dakwah oleh ulama tersebut berjaya mengislamkan Raja Gowa dan rakyatnya. Sulawesi Selatan, meskipun termasuk terlambat menerima Islam, merupakan salah satu pusat penyebaran Islam untuk daerah di sekitarnya7. Ibu kota kerajaan Gowa, Samba Opu berkembang menjadi pelabuhan penting ke Maluku dan Jawa. Sehubungan itu, pelabuhan ini banyak dikunjungi pedagang dari Jawa, Melayu dan Eropah. Pengislaman raja di Sulawesi Selatan ini telah membawa Islam berkembang ke seluruh Sulawesi Selatan. Antaranya ialah Sidenreng dan Soppeng yang merupakan salah satu tempat di Sulawesi Selatan. Penduduk asli daerah ini adalah suku Bugis yang telah memeluk agama Islam pada tahun 1609 merupakan penduduk yang ta'at beribadah dan memegang teguh tradisi saling menghormati dan tolong-

Dr. M. Shaleh Putuhena, Historiografi Haji Indonesia, Yogyakarta:LKiSYogyakarta, 2007, hlm. 101-102.

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

menolong. Usaha dakwah dari ulama Minangkabau tersebut diteruskan lagi bersama- sama dengan kegigihan Sultan Alauddin, Raja Gowa. Raja Wajo ke-12, La Sangkuru Patau Sultan Abdulrahman pula secara rasminya telah memeluk Islam. Raja Gowa sendiri telah mengutus Khatib Sulung Datuk Sulaiman ke Wajo untuk membimbing penduduk di sana. Setelah itu pada tahun 1611, Raja Bone ke-12, La Tenripala Mationroe ri Tallo (1606-1631) pula menyusul memeluk Islam dengan gelaran Sultan Abdullah. Beliau dikatakan telah berangkat ke Gowa bersama-sama rakyatnya untuk mendalami ilmu Islam dengan Khatib Tunggal. Mengikut sejarah, pengaruh agama Islam banyak diterima dari pedagang-pedagang luar, namun di

sebaliknya Islam dan perkembangannya di Sulawesi Selatan di bawa oleh orang Melayu itu sendiri. Penutup Seorang demi seorang raja dari Sulawesi Selatan mula memeluk agama Islam.

Sehubungan dengan itu, sememangnya benar masyarakat Melayu itu sendiri telah memainkan peranan yang penting dalam pengislaman masyarakat Bugis dan Makassar di Sulawesi Selatan. Bermula dengan pedagang-pedagang Islam yang berdagang rempah, dimana sebuah pelabuhan di situ menjadi pelabuhan yang sibuk dengan kegiatan perdagangan telah membuatkan Islam tersebar di seluruh pelusuk Sulawesi Selatan. Secara tidak sedar diakui bahawa perlayaran dan perdagangan merupakan faktor dominan penyebaran agama Islam. Selain itu, keadaan Islam itu sendiri membuatkan ramai penduduk di situ mula memeluk Islam. Keadaan ini dikuatkan lagi dengan pengislaman raja-raja yang turut ditaati oleh rakyat.

10

JMS 212 SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

Bibliografi
Abdul Fatah Haji. Yacob, Sejarah Islam, Negeri Sembilan : Minerva Publications, 1990, hlm. 187

Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm. 220

Ahmad Jelani Hakimi, Sejarah Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008, hlm. 320.

Dr. M. Shaleh Putuhena, Historiografi Haji Indonesia, Yogyakarta:LKiSYogyakarta, 2007, hlm. 101-102.

Dr. R. Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 3, Yogyakarta:Penerbit Kanisius, 1973, hlm. 49.

11

You might also like