You are on page 1of 6

Masyarakat cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini.

Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik serta perdagangan sejak berabad dahulu. Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang cina. Kebanyakan orang cina datang ke Tanah Melayu berkerja sebagai buruh. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana mereka berharap memperolehi gaji yang tinggi agar dapat mengirim balik ke China Kedatangan orang cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka. Agama yang dipegang oleh masyarakat cina ialah agama buddha. Semasa mengunjungi rumah orang cina, tetamu adalah lebih baik duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu. Adalah seeloknya dipersilakan oleh tuan rumah maka tetamu baru meminumnya. Adalah dianggap kurang sesuai mengunjungi rumah keluarga cina sewaktu mereka makan malam. Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Pantang larang itu diamalkan selama kira kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara akan memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah ini akan dibungkus dengan kertas merah. Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum cina. Ia banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah bagi mendapatkan seseorang isteri. Ini adalah bertujuan untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Terdapat beberapa upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
y

Upacara minum teh Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda

pengenalan antara satu sama lain.


y

Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Haiwan tersebut adalah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing serta khinzir. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan perayaan Chap Goh Mei. Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dengan erti lain, tukang tilik mempunyai peranan sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini

diamalkan mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Pelbagai adat resam dan pantang larang telah diamalkan oleh masyarakat Cina, ia adalah merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas bersalin bagi mengelakkan keguguran, kecacatan serta kematian bagi memastikan bayi yang bakal lahir itu selamat dilahirkan. Setiap kegiatan harian masyarakat cina wanita yang mengandung akan diberi kawalan ketat oleh ibu mertua dan bukannnya suami. Masyarakat Cina mementingkan anak lelaki sebabnya ialah boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan dianggap buat sementara menjadi milik ibu bapa dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Terdapat berberapa pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung, diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil harus juga mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena perkara- perkara yang tidak membawa tuah.Wanita hamil tidak seharusnya kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Bagi menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Sekiranya perut ibu agak bulat maka bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam. Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dengan sehelai kain pada perutnya. Bagi mengelakkan perut bayi dimasuki angin. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.

Enculturation ( Pembudayaan ) adalah proses di mana budaya yang sedang ditubuhkan mengajar individu norma-norma yang diterima dan nilai-nilai budaya atau masyarakat di mana kehidupan individu. Individu boleh menjadi ahli yang diterima dan memenuhi fungsi dan peranan kumpulan yang diperlukan. Yang paling penting individu mengetahui dan mewujudkan satu konteks sempadan dan tingkah laku yang diterima bagi menentukan apa yang boleh diterima dan tidak diterima di dalam rangka masyarakat. Ia mengajar individu peranan mereka dalam masyarakat serta apa diterima tingkah laku dalam masyarakat itu dan gaya hidup "
Terdapat tiga cara seseorang belajar budaya. Pengajaran langsung budaya dilakukan, ini adalah apa yang berlaku apabila anda tidak menumpukan perhatian, kebanyakannya oleh ibu bapa, apabila seseorang itu diberitahu untuk melakukan sesuatu kerana ia adalah betul dan tidak melakukan sesuatu kerana ia amat buruk. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak meminta sesuatu, mereka sentiasa ditanya, "Apa pendapat kamu?" dan kanak-kanak dijangka untuk ingat untuk mengatakan "please" Cara kedua sedar seseorang belajar budaya adalah untuk melihat orang lain di sekeliling mereka dan mencontohi tingkah laku mereka. Contoh akan menggunakan perkataan tidak rasmi dengan kumpulan yang berbeza di sekolah. Pembudayaan juga berlaku secara tidak sedar, melalui peristiwa dan tingkah laku yang wujud dalam budaya mereka. Ketiga-tiga jenis daripada budaya berlaku secara serentak dan sepanjang masa.

Acculturation (Akulturasi) Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan p r o s e s a s i m i l a s i , p r o s e s a k u l tu r a s i ti d a k m e n y e b a b k a n k e h i l a n g a n i d e n ti ti a s a l masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

Assimilation (Asimilasi) Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Accommodation (Akomodasi) Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan

dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

You might also like