You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

1. Jawatankuasa/kumpulan/skim Perkhidmatan (a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1 (b) Kementerian/Jabatan : Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (c) Kumpulan Perkhidmatan (d) Klasifikasi Perkhidmatan 2. Jadual Gaji Gred N1 : : : Sokongan Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan P1T1 RM649.15 P1T22 RM1506.79 P2T1 RM691.62 P2T22 RM1583.49 P3T1 RM735.72 P3T22 RM1661.82

3. Syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:(a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2); 4. Taraf Jawatan : Tetap

5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 6. Fungsi Bidang Tugas Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pegawai-pegawai, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang difotostat, mengangkat barangbarang/alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat/bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

7. Cara Memohon (a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang KPKK 01/09 yang boleh didapati dari Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 4, Blok F, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato Onn, 50610 Kuala Lumpur atau dalam laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia http://www.kpkk.gov.my. (b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan (c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyatakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta. (d) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat. (e) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan; Tidak lengkap atau tidak terang; Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; Tidak ditulis nombor Kad Pengenalan; Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan Tidak ditandatangani.

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA


8. Alamat Permohonan dan tarikh tutup (a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada: Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 4, Blok F Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana Jalan Dato Onn, 50610 Kuala Lumpur Tarikh tutup permohonan : Tiada tarikh tutup permohonan Tempoh Sah Laku permohonan adalah selama setahun. Sekiranya calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas SETAHUN. (b) Calon-calon yang ingin memohon Borang KPKK 01/09 melalui Pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 16sm x 23sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.50 dan dihantar ke alamat di atas. (i) Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan caloncalon yang akan menghadiri temu duga tersebut Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.

(ii)

(iii)

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA


PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a. b. Hanya satu borang permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap calon. Dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN oleh pegawai-pegawai pengurusan dan professional / penghulu hendaklah dikepilkan dengan boring ini mengikut susunan berikut:i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran; ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah, PMR/SRP/LCE, SPM/SPMV/MCE, Sijil Politeknik, STPM/HSC. iii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi yang kemaskini (Pegawai-pegawai kerajaan sahaja) c. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005; Segala perbelanjaan berhubung dengan temuduga ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan. Borang-borang permohonan hendaklah di alamat kepada: Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Tingkat 4, Blok F, Jalan Dato Onn, 50610 KUALA LUMPUR. dan hendaklah sampai sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan dalam iklan. Borang permohonan yang tidak lengkap, tidak kemas dan lewat diterima tidak akan diproses.

d. e.

You might also like