You are on page 1of 5

OBAMA SEDARKAN ORANG MELAYU

R
amai orang, khususnya bukan Melayu mendapat sedikit perangsang dan
semangat secara tiba-tiba dengan kemenangan Barack Hussein Obama
sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44. Mereka membuat pelbagai
andaian dan menyatakan badai perubahan melanda bukan sahaja di AS bahkan di
seluruh dunia. Dan kemungkinan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia
juga tidak lagi merupakan sesuatu yang mustahil. Tetapi tidak pula mereka mahu
katakan bahawa orang Melayu juga boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini
semestinya satu perubahan yang menarik, kalau berlaku boleh mencerminkan
kematangan pemikiran pengundi dan orang Cina dan bukan Melayu lain di negeri
itu. Tetapi kenapa bukan Melayu tidak mahu menganggap perubahan seperti ini
sebagai perubahan yang pelik dan tidak mustahil boleh berlaku seperti mana
kemenangan Obama?

Soalan yang sama telah juga diajukan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee
Hsien Loong yang tidak menyangkal kemungkinan negaranya mempunyai Perdana
Menteri keturunan Melayu. Bagaimanapun, beliau merasa sangsi ia akan berlaku,
kerana menurut beliau, pemilihan orang Melayu sebagai Perdana Menteri tertakluk
kepada pemilihan daripada pengundi-pengundi di Singapura yang rata-rata bukan
Melayu.

Beliau juga memberitahu bahawa walaupun Obama menang dalam pilihan raya
Presiden AS yang lalu, namun pengundi bukan keturunan Afrika tidak sepakat
menyokongnya; Obama mendapat sokongan padu daripada pengundi keturunan
Afrika atau berkulit hitam dan lebih kurang 46 peratus daripada kaum lain. Tetapi,
apa yang Hsien Loong tidak mahu katakan ialah: Apakah Singapura tidak boleh
melantik Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri? Ia tidak tertakluk kepada
pemilihan pengundi, tetapi dipilih oleh parti yang menang dan bagaimana pula kalau
seorang wanita Cina jadi Perdana Menteri di Singapura? Adakah ini satu
pembaharuan yang pelik dan baik di Singapura? Bolehkah pembaharuan seperti ini
berlaku?

Sedangkan kita sering mendengar bahawa wanita Melayu dan Islam tertekan,
mereka tidak boleh bersaing dengan kaum lelaki. Tetapi hakikatnya di Malaysia dan
beberapa negara Islam, ada wanita menjadi menteri; ini berbanding dengan negara
bukan Islam termasuk Singapura sendiri yang kurang mempunyai wanita sebagai
pemimpin utama dalam Kabinet. Tidakkah ini membuktikan bahawa agama Islam itu
tidak menghalang kaum Hawa daripada maju - dari segi pemikiran dan pendidikan
dan bukan 'maju' dari segi keruntuhan akhlak dan moral?

Dan kenapakah apabila orang bukan Melayu di Malaysia dan sejumlah kecil orang
Melayu yang kononnya liberal bercakap tentang perubahan ini, mereka hanya mahu
dan sanggup bercakap tentang penghakisan kuasa Melayu sahaja sebagai satu
"perubahan" yang penting dan baik untuk negara? Mereka anggap pembaharuan itu
berlaku apabila Parlimen dikuasai bukan Melayu dan negeri-negeri jatuh ke
pembangkang. AS tidak ada pembangkang, walaupun ada parti politik yang
bertanding dalam pilihan raya. Mereka adalah parti politik yang bersaing dan bukan
membangkang. Mereka bertarung hanya ketika ada pilihan raya dan bukan selepas

1
itu. Itulah sebabnya setiap calon Presiden yang kalah, akan berundur dan biar yang
menang mentadbir negara.

Di Malaysia, parti politik bertindak lebih ganas dan keras apabila kalah. Mereka tidak
tahu berlagak sebagai orang yang kalah. Malah, mereka juga tidak tahu bertindak
dan berlagak kalau mereka menang.

Ramai yang berkata tidak mustahil Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan
Melayu. Ini amat melucukan sama sekali. Ia satu igauan yang hanya boleh dialami
kalau seseorang itu tidak sedar dengan alam sekeliling dan menolak hakikat dan
faktor penting yang mencorak dan membentuk sesebuah negara, khususnya seperti
Malaysia.

Tetapi apakah kenyataan menyokong impian ini? Tentu sekali tidak ada. Alasannya
sama seperti yang diberi oleh Hsien Loong tentang kenapa Singapura juga belum
tahu bila kemungkinan seperti ini berlaku di negara mereka.

Dan kalau kaum sedikit atau minoriti mentadbir negara, maka sebuah sistem
apartheid akan berlaku seperti di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu, atau
semasa Inggeris dan Jepun berkuasa. Mereka mengguna kuasa kuku besi dan tidak
demokratik. Akhirnya mereka tumpas dan Melayu menguasai negara.

Mustahil

Tentu sekali amat sukar dan hampir mustahil Malaysia mempunyai Perdana Menteri
bukan Melayu. Malah untuk bukan Melayu menjadi Timbalan Perdana Menteri juga
mustahil kerana Malaysia sebenarnya adalah sebuah kesultanan dan Perdana
Menteri semestinya orang Melayu.

Lagipun, siapa kalangan bukan Melayu yang kita ada sekarang yang ada
keupayaan mentadbir sebuah negara Islam seperti Malaysia? Dalam suasana
apabila ramai bukan Melayu belajar di sekolah jenis kebangsaan di peringkat
rendah, masakan ada sesiapa kalangan mereka itu yang mahir dalam hal-hal
tentang Islam dan Melayu untuk membolehkan mereka menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri di Malaysia tidak dapat disamakan dengan Perdana Menteri atau
Presiden di negara lain yang tidak ada peranan untuk menjaga hak kaum dan
agamanya. Itulah sebabnya Obama layak dan boleh dipilih oleh pengundi di
negaranya untuk menjadi Presiden, sebab beliau tidak ada peranan selain mentadbir
negara.

Perdana Menteri Malaysia ada peranan-peranan khas dan beliau adalah juga simbol
penting untuk orang Melayu di Malaysia dan agama Islam. Peranan seperti ini tidak
dilakukan oleh Perdana Menteri di negara-negara jiran. Oleh sebab itu, orang Cina
boleh dipilih menjadi Perdana Menteri di Thailand dan Presiden di Filipina sebab isi
bangsa.

Ada banyak faktor lain yang berlaku dalam perhitungan yang tidak memberi
kemungkinan seperti ini dari berlaku. Ia akan tetap terperap dalam alam dongengan.
Tetapi, malangnya, perubahan yang memberi kebaikan dan keseronokan kepada
Melayu tidak disentuh.

2
Ia seperti kemungkinan perubahan yang akan berlaku di Malaysia apabila Melayu
memperoleh kuasa ekonomi sehingga 80 peratus dan tidak hanya 30 peratus
sahaja.

Ya, tidak mustahil Melayu menguasai 80 peratus ekuiti di negara sendiri. Ia boleh
dilakukan kalau Melayu jadi marah dan menggunakan kemarahan ini dengan baik
serta mengukuhkan kedudukan ekonomi dengan bergabung tenaga dan saling
bantu-membantu, sama dengan budaya dan semangat yang dipupuk oleh orang
Cina, yang selama ini telah menyebabkan ekonomi mereka maju.

Orang Melayu sudah mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Tetapi yang
kita tidak ada ialah semangat untuk bersatu. Kita perlu menolong perusahaan
sendiri. Kita kena buka kedai-kedai menjual barang-barang yang kita perlukan,
supaya kita boleh galak pertumbuhan ekonomi secara makro. Melayu mesti
mempunyai pusat bandar atau bandar sendiri di mana semua jenis perniagaan
dijalankan oleh Melayu, supaya orang Melayu berdikari dan tidak perlu berurusan
dengan orang lain.

Kenapa mesti kita sokong perusahaan orang lain yang apabila ekonomi mereka
meningkat, mereka sudah pandai menuntut yang bukan-bukan? Bandar-bandar di
mana Melayu memonopoli seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu, Shah Alam dan
lain-lain harus dikembangkan. Ia harus dijadikan contoh bandar Melayu yang baik.

Ini boleh berlaku, sebab Melayu sekarang rata-rata telah mendapat semangat yang
baru dari kemenangan Obama baru-baru ini. Dan kalau Obama dapat memberi
semangat kepada orang Melayu, ia adalah untuk Melayu berdikari. Dan ramai
Melayu mula sedar apakah masalah dan kelemahan mereka sehingga kini. Mereka
telah terlena dengan mimpi sendiri sehinggakan kuasa mereka hampir lupus di
hadapan mata.

Ramai Melayu kini mendapat perangsang daripada kemenangan Obama dan


mereka tahu bagaimana mahu menggunakan kuasa pengundi mereka dalam pilihan
raya umum akan datang. Oleh sebab itu saya yakin dalam pilihan raya umum nanti,
negeri-negeri di bawah pentadbiran sementara parti pembangkang akan dapat
dirampas balik.

Kemungkinan besar, kuasa politik Melayu akan melonjak ke hadapan dan kawasan-
kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kini ' digadaikan' kepada
bukan Melayu akan dirampas balik. Melayu telah disedarkan dengan kemenangan
Obama. Tidak mustahil Melayu akan memiliki kuasa ekonomi sehingga 80 peratus
dan bukan sahaja memperoleh 30 peratus seperti yang diidam-idamkan oleh
pemimpin Melayu dan ini akan dilakukan tanpa meminta balik kuasa ini daripada
orang lain, tetapi dengan mengguna kuasa akal dan kebijaksanaan. Melayu akan
bangkit di negara sendiri dan perubahan besar boleh berlaku kalau orang Melayu
mendapat kesedaran baru ini dan tahu untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Tidak mustahil Melayu yang merupakan 65 peratus dari jumlah penduduk di


Malaysia sekurang-kurangnya memiliki ekuiti sebanyak 65 peratus juga. Ada
beberapa cara yang Melayu boleh digunakan untuk mempertingkatkan tahap
ekonomi mereka. Salah satu darinya ialah untuk meluaskan asas ekonomi mikro.
Orang Melayu mesti digalakkan untuk membuka kedai runcit dan yang menjual
barang-barang yang mereka perlukan, tanpa mendapatkannya daripada pihak lain.
3
Nampaknya kaum Cina lebih mendekati sunnah Nabi dengan bergiat dalam bidang
perdagangan, walhal, kaum Melayu lebih suka menjadi pekerja di pejabat kerajaan
dan makan gaji, dan akhirnya Melayulah yang menjadi pembeli barang-barang
daripada syarikat Cina. Oleh sebab itu kaum Cina akan terus memajukan
perdagangan mereka dalam semua bidang sementara kaum Melayu masih
menghambakan diri untuk terus menyokong menjayakan perusahaan Cina. Inilah
silapnya, Melayu yang merupakan jumlah penduduk terbesar di Malaysia telah
dijadikan penyokong syarikat dan perusahaan kaum Cina dan lalai serta gagal untuk
memajukan syarikat sendiri.

Jadi tidak ada guna bagi kerajaan dan agensi Melayu lain untuk terus
menggalakkan orang Melayu mendapat pendidikan tinggi di universiti dalam dan
luar negara, sebab akhirnya mereka akan jadi 'pekerja' untuk perdagangan kaum
Cina. Apa yang harus dilakukan oleh kerajaan dan agensi Melayu ialah
menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-
kecilan serta digalakkan membuka kedai runcit dan kedai-kedai lain yang menjual
barang-barang yang mereka perlukan.

Usahawan

Kita mesti membuka pekan baru yang dikuasai oleh perniagaan dan usahawan
Melayu, supaya kita tidak bergantung dari perusahaan kaum lain. Kenapa kuasa
ekonomi diserahkan begitu sahaja untuk memajukan kaum lain, yang akhirnya
sanggup mencemuh orang Melayu dan menganggap mereka malas dan tidak ada
kuasa untuk bersaing? Sudah tiba masanya semua kawasan perumahan Melayu
mempunyai kedai yang dijalankan oleh Melayu sendiri. Inilah sahaja caranya yang
dapat kita guna untuk memajukan orang Melayu dan tidak perlu melaungkan slogan
kosong.

Apa yang diperlukan ialah orang Melayu yang berkebolehan sahaja dilantik sebagai
pemimpin supaya mereka yang hanya pandai menjaga temolok sendiri disingkir.
Kemenangan Obama minggu lalu, juga baik untuk orang Melayu mendapat
kesedaran baru. Dan perubahan yang ramai orang katakan itu, tidak semestinya
yang merugikan orang Melayu, tetapi yang menguntungkan kita semua.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu telah membuka mata ramai
orang Melayu, yang sehingga kini telah terlena dengan keselesaan yang mereka
dapat rasakan. Dan keputusan ini telah memberi banyak pelajaran kepada kita. Jadi,
tidak ada guna untuk pemimpin dan orang Melayu melaung-laungkan slogan
kosong tentang ketuanan Melayu, padahal mereka tidak memberi saranan dan
cadangan yang membina untuk memajukan orang Melayu, bukan sahaja di
Malaysia bahkan di seluruh Nusantara.

Yang harus kita diterima ialah perpecahan Melayu menguntungkan bukan Melayu
apabila pengundi Melayu dibahagi tiga, kepada UMNO, Pas dan PKR. Sekiranya
perpecahan itu kepada dua pihak, kedudukan Melayu dalam Parlimen kukuh seperti
apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya umum lalu. Tetapi apabila berpecah
kepada tiga bahagian, maka Melayu yang mengalami keazaban teramat teruk.
Kemenangan Obama di AS hanya boleh berlaku apabila kaum kulit hitam atau Afrika
bersatu dan seramai 90 peratus daripada mereka mengundi untuk Obama.

4
Sementara kaum kulit putih memberi sumbangan tambahan untuk menguntungkan
Obama.

Mingguan Malaysia, Ahad 23 November 2008

You might also like