You are on page 1of 7

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012

Peribahasa Abang angkat Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dijadikan seperti abang sendiri Abang ipar Abang kepada isteri atau suami seseorang Abang kandung Abang seibu dan sebapa Abu jahal Orang yang suka menghalangi usaha yang baik Abu nawas Orang yang bijak melepaskan diri Ada angin Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan Ada hajat Mempunyai keinginan atau maksud Ada hati Mempunyai keinginan terhadap sesuatu atau seseorang Ada jalan Cara untuk melakukan sesuatu Air muka Wajah atau rupa seseorang Akal kancil Orang yang cerdik dan pandai menipu Alas cakap Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan Alas perut Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar Ambil angin Bersiar-siar Ambil hati Melakukan sesuatu untuk menggembirakan hati orang lain Anak bapa
BM SPM Pang Chun Sian

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012


Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga Anak buah Orang yang di bawah jagaan seorang ketua Anak buangan Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga Anak dayung Orang yang mendayung perahu Anak emas Orang atau anak kesayangan Angin-angin Khabar yang belum pasti Angin berkisar Berpaling tadah Angin gila Kelakuan yang tidak tentu arah Angin lalu Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya Angkat alis Menunjukkan isyarat / tanda hairan Angkat bahu Menyatakan tidak tahu Angkat diri Sombong Angkat suara Meninggikan suara Asam garam Pengalaman hidup Atas angin Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah Atas pagar Tidak menyebelahi mana-mana pihak Ayam tambatan Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
BM SPM Pang Chun Sian

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012

Ajak-ajak ayam Tidak sungguh-sungguh mempelawa Bahasa ibunda Bahasa sendiri Bahasa dalam Bahasa yang digunakan oleh raja-raja Bangkai bernyawa Orang yang tidak membawa untung Banyak akal Banyak helah Banyak lemak Kelakuan yang mengada-ngada Banyak mulut Suka bercakap banyak Batu api Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh Batu loncatan Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan Bau-bau bacang Tali persaudaraan yang jauh Bawa berunding Diajak bermuafakat Bawa bermenung Memikirkan masak-masak Bawa bersemuka Bawa bertemu muka; berunding Bawa hati Perasaan kecewa Bawa kaki Berjalan tanpa tujuan Bawa ke tengah Bawa ke muka pengadil
BM SPM Pang Chun Sian

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012


Bidalan Ada gula ada semut Maksud : Orang akan bertumpu di tempat yang senang mencari rezeki Ada sampan hendak berenang Maksud : Sengaja bersusah payah sedangkan kemudahan ada Air dicencang tidak akan putus Maksud : Perbalahan antara adik-beradik tidak akan sampai bercerai-berai Anak harimau diajar makan daging Maksud : Orang yang sedia zalim digalakkan pula melakukan kejahatan Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh Maksud : Orang yang baik walaupun dicela tidak akan mendatangkan kesan terhadapnya Anjing ditepuk menjungkit ekor Maksud : Orang yang miskin atau hina apabila dihormati akan menjadi sombong Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Maksud : Orang yang bodoh sekalipun jika diajar akan pandai juga Berkerat rotan berpatah arang Maksud : Perselisihan yang tidak akan dapat berbaik-baik sernula Biar titik jangan tumpah Maksud : Menanggung kerugian kecil adalah lebih baik daripada menanggung kerugian yang besar/ bankrap Bunga disunting perdu dibuang Maksud : Orang yang hanya menyayangi isterinya tetapi memusuhi mentuanya Campak baju nampak kurap Maksud : Mendedahkan keburukan diri sendiri Dalam dua, tengah tiga Maksud : Tidak jujur Dalam kilat ada kilau Maksud : Terdapat makna yang tersembunyi dalam sesuatu percakapan Dalam rumah buat rumah Maksud : Mencari keuntungan atas modal orang lain Darah baru setampuk pinang Maksud : Masih terlalu muda (belum berpengalaman) Enggang lalu ranting patah
BM SPM Pang Chun Sian

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012


Maksud : Seseorang yang mendapat kecelakaan kerana kebetulan lalu atau berada di tempat kejadian Gagak bersuara murai Maksud : Seseorang yang bersuara merdu dan berbudi bahasa walaupun tidak cantik Gayung bersambut, kata berjawab Maksud : Menjawab pertanyaan dengan cepat Geruh tidak mencium bau Maksud : Kemalangan yang tidak diketahui terlebih dahulu Hangat-hangat tahi ayam Maksud : Membuat kerja bersungguh-sungguh pada peringkat awal sahaja kemudian beransur-ansur malas Hari tak selamanya panas Maksud : Untung atau rugi itu saling berkait atau kebahagiaan itu tidak selalunya berpanjangan Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor Maksud : Berani bercakap besar di belakang sahaja sedangkan takut jika berhadapan Karam berdua, basah seorang Maksud : Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum Lempar batu sembunyi tangan Maksud : Berpura-pura tidak tahu selepas melakukan sesuatu kesalahan Marahkan pijat, kelambu dibakar Maksud : Disebabkan marah kerana perkara kecil, seseorang itu melibatkan perkara yang besar dan merugikan diri sendiri Naga ditelan ular lidi Maksud : Anak orang bangsawan berkahwin dengan anak orang biasa Orang karam di laut, kita karam di darat Maksud : Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya Orang mandi berselam, kita mandi bertimba Maksud : Orang lain mendapat untung yang berlipat kali ganda sedangkan kita hanya untung sedikit Ringan tulang, berat perut Maksud : Orang yang rajin bekerja akan beroleh banyak rezeki Rumah sudah pahat berbunyi Maksud : Mengemukakan pendapat sesudah sesuatu perkara itu diputuskan Tiada rotan, akar pun berguna Maksud : Kalau tiada yang lebih baik, pengganti yang sedia ada/ kurang baik pun boleh digunakan

BM SPM Pang Chun Sian

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012


Dalam buku teks

1 Bagai aur dengan tebing 2 Bak cendawan tumbuh selepas hujan 3 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian 4 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 5 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh 6 Biar mati anak, jangan mati adat 7 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni 8 Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 9 Darah daging 10 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan 11 Di mana bumi dipijak, di situIah langit dijunjung 12 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 13 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah 14 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, seribu kall Iebih balk di tanah air sendiri 15 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua 16 Jauh perjalanan luas pengalaman 17 Jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya 18 Kacang lupakan kulit 19 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya 20 Lintah darat 21 Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak 22 Memerah otak 23 Mencari jalan 24 Peluang keemasan
BM SPM Pang Chun Sian

PUSAT TUISYEN DELTA KUCHING 2012


25 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 26 Rajin dan usaha tangga kejayaan 27 Sediakan payung sebelum hujan 28 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit 29 Seperti lembu dicucuk hidung 30 Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas 31 Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang 32 Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang balk itu budi, yang indah itu bahasa

BM SPM Pang Chun Sian

You might also like