Kenapa Perlu Kaitkan Obama

You might also like

You are on page 1of 4

PRESIDEN MCA KAITKAN OBAMA DENGAN ISU PKNS

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah
sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu
perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama
Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah
dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus
Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara
ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit
hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang
wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam
satu kenyataan di sini.

Ong berkata, reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak
kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih
lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.

- Bernama

Utusan Malaysia, 7 November 2008

KENAPA PERLU KAITKAN OBAMA?

Surat 1

Adalah dipercayai ramai pembaca Utusan Malaysia bersetuju dengan Awang Selamat dalam
kolumnya, 7 November lalu bahawa adalah janggal pemimpin parti politik bukan Melayu
inginkan peluang menjadi Perdana Menteri atas alasan mencontohi senario kemenangan
Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Walaupun Barack Obama dari kaum minoriti, tetapi senario politik dan ekonomi di AS jauh
berbeza berbanding dengan Malaysia. Di AS ramai pemimpin lain dalam parti Demokrat dan
penyokongnya adalah daripada kaum kulit putih. Selain itu, yang lebih penting, semua
industri perdagangan - daripada perbankan, media, pengangkutan, teknologi maklumat,
automotif, pertanian, hartanah - dimiliki dan dikuasai oleh kulit putih.

Oleh itu, walaupun Presiden AS ke-44 ini meneraju negara, dia masih terikat dengan
penentuan politik dan ekonomi yang diterajui oleh kaum kulit putih.

Senario di Malaysia berlainan. Orang Melayu yang menjadi majoriti dengan 65 peratus jumlah
penduduk negara ini, jauh lebih daif daripada bukan Melayu.

Purata per kapita pendapatan isi keluarga bulanan orang Melayu ialah RM2,711. Sementara
kaum Cina ialah RM4,437 (mengikut kajian Nielsen Media pada pertengahan 2006).

Daripada kajian yang sama juga, kaum Melayu yang menyandang jawatan profesional,
pengurus, eksekutif dan ahli peniaga hanya sembilan peratus, sementara kaum Cina adalah
17 peratus.
Dalam serba-serbi cabang ekonomi, orang Melayu masih ketinggalan, termasuk memegang
ekuiti dalam saham-saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Ini belum dikaji berapa ramai orang Melayu yang menjadi pengurus kanan dan memegang
jawatan yang lebih tinggi di gedung-gedung perniagaan bukan Melayu.

Mengapa orang Melayu tidak diberi peluang untuk lebih maju mengendali perniagaan
kepunyaan kaum bukan Melayu? Tidak percayakah terhadap kebolehan mereka?

Oleh itu, tidak hairan untuk lebih maju dalam lapangan perniagaan, orang Melayu hanya
boleh bersinar dalam syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC).

Orang Melayu ramai bekerja dalam jawatan yang kurang menarik minat bukan Melayu.
Umpamanya, berkorban nyawa menjadi askar, polis tentera laut dan udara, serta petani dan
nelayan.

Semua jawatan ini berat dilakukan dalam keadaan yang tidak selesa dan memberi
pendapatan sederhana sahaja, berbanding dengan pendapatan ramai pekerja bukan Melayu
di bandar-bandar.

Ironinya, ramai orang Melayu bekerja untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan politik
dan ekonomi negara ini, termasuk bagi bukan Melayu yang ramai tinggal di bandar dan
bandar raya.

Sementara pemimpin-pemimpin bukan Melayu gagal mendorong dan menggalakkan


kaumnya bersama orang Melayu memasuki angkatan keselamatan. Adakah ganjaran dari
pekerjaan ini tidak lumayan? Pekerjaan ini menyusahkan?

Realitinya, selagi kesangsian dan ketidak terbukaan bukan Melayu untuk menerima orang
Melayu dalam segala cabang perniagaan, selagi itulah, mengikut kata-kata seorang
pemimpin parti bukan Melayu, rakyat negara ini akan terus `berada di dalam kepompong
perkauman mereka sendiri’.

KHAIRUDDIN OTHMAN

Shah Alam, Selangor

Surat 2

Saya merujuk artikel bertajuk Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS – Bernama –
7/11/2008 – Utusan Malaysia”.

Kenyataan Presiden MCA itu kurang tepat dan amat tidak tepat pada masanya. Ada tiga
sebab utama.

Pertama, Obama adalah pemimpin kulit hitam Amerika yang lahir daripada hasil polisi
asimilasi Amerika Syarikat yang boleh dikatakan berjaya. Obama boleh berbahasa Inggeris
begitu fasih lengkap dengan lenggok bahasa ala Amerikanya yang tebal dan sempurna.

Di Malaysia, kita sendiri pun malu melihat sesetengah pemimpin kerajaan dan pemimpin parti
komponen Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang sendiri yang apabila hendak
bercakap dalam bahasa Malaysia pun masih terkulat-kulat, tersangkut-sangkut dan masih
tebal dengan lenggok ‘bahasa rojak.’ Adakala bunyinya macam jauh lebih teruk daripada
lenggok bahasa pekerja asing Bangladesh mahupun Vietnam.
Lihat saja perdebatan di Parlimen; sengsara sungguh rasanya Ahli Parlimen bukan Melayu
hendak menyampaikan hujah mereka dalam bahasa Malaysia. Lihat saja sesetengah atlet
Malaysia bukan Melayu; apabila ditemu ramah, mereka lebih selesa berbahasa Inggeris
daripada bahasa Malaysia. Lihat saja sesetengah pelajar universiti bukan Melayu, ‘lingua
franca’ mereka adalah bahasa Inggeris.

Bandingkan dengan Obama; bapanya warga Afrika berkulit hitam. Ibunya pula warga Amerika
kulit putih. Adik ipar beliau pula warga Malaysia (etnik Cina dari Sabah sebagai Pensyarah di
Hawaii). Walau berbeza latar belakang, kesemua mereka ini berbahasa Inggeris dengan baik.

Kedua, Obama juga lahir daripada sistem pendidikan Amerika yang tidak bercampur-campur
seperti di Malaysia yang ada tiga sistem pendidikan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Justeru pemikiran
Obama adalah sangat ‘Amerika’, tidak ‘Kenya’, jauh sekali ‘Indonesia’. Apatah lagi ‘Jepun’.

Rakyat Amerika bersekolah di bawah satu sistem. Tetapi di Malaysia, sebut sahaja Sekolah
Wawasan, sudah ada yang melenting, marah dan kecewa melampau.

Kalau hendak sangat membuat perbandingan, tidak perlu kaitkan dengan Obama sahaja.
Nicolas Sarkozy iaitu Presiden Perancis sekarang juga adalah anak pendatang Hungary.
Alberto Fujimori - bekas Presiden Peru juga adalah anak pendatang Jepun.

Mereka ini lebih ‘Perancis’ dan ‘Peru’ daripada rakyat negara tersebut.

Ketiga, ada baiknya Datuk Ong Tee Keat mungkin perlu membaca terlebih dahulu artikel yang
ditulis oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang disiarkan Utusan Malaysia pada 2 Nov. 2008 lalu.

Akhir sekali, sama seperti kenyataan dan amalan kebanyakan pemimpin politik di Malaysia di
luar sana, saya berharap agar kenyataan ini tidak di ‘salah tafsir’ atau ‘diambil di luar
konteks’. Tepuk dada tanya selera.

ASRI SALLEH

Dungun, Terengganu

Surat 3

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menyamakan Obama dengan pemilihan seorang
wanita Cina sebagai pemangku Pengurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
membuat saya tersenyum sinis.

Semua orang sedia tahu bahawa Amerika Syarikat (AS) dibina daripada komponenkomponen
‘pendatang’, berkulit putih dan hamba-hamba abdi berkulit hitam dari benua Afrika.

Pribumi sebenarnya adalah puak-puak Indian Asli Amerika yang ditindas dan dibunuh oleh
kaum-kaum 'pendatang' sewaktu zaman-zaman awal AS hendak dibangunkan.

Hari ini, boleh dikatakan kaum ini masih kurang mendapat pembelaan, walaupun mereka
adalah penduduk asal Amerika Utara. Bukti? Namakan satu presiden AS yang datang
daripada kaum ini. Jarang sekali dapat berjumpa kaum ini sekiranya anda tidak bertandang
ke tanah-tanah rezab yang dikhaskan sebagai penempatan mereka di pinggir-pinggir bandar
dan di kawasan terpencil.

Ya, AS memang hebat. Saya berdoa orang Melayu tidak sekali-kali diberi layanan seperti ini.
adlin

Sandakan, Sabah

You might also like