Professional Documents
Culture Documents
Parti Melayu Perlu Senada
Parti Melayu Perlu Senada
SAYA sebagai rakyat dan anak jati Kedah ingin menyatakan sokongan penuh
kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam isu kuota
perumahan 50 peratus Bumiputera, bukan atas dasar politik, tetapi dasar hak
dan masalah ketidakseimbangan.
Sejak kecil lagi saya perhatikan sawah padi di sekitar Alor Setar sehinggalah ke
berpuluh kilometer radius sekelilingnya dilenyapkan secara pantas dengan
pembinaan rumah-rumah berkos tinggi dan projek-projek hartanah yang
langsung tidak mampu dimiliki oleh Melayu. Mengapa? Saya berasa hairan
mengapa kerajaan sebelum ini tidak pernah mengkaji dasar perumahan di Kedah
sehingga menyebabkan ramai orang Melayu terpinggir serta memiliki rumah
tidak sempurna, sedangkan tanah sawah milik Melayu dikorbankan saban tahun
atas nama pembangunan. Dalam isu melibatkan hak dan kebajikan bangsa
pribumi Melayu dan Islam ini tidak harus disempadankan oleh faktor dendam
politik sempit.
Ini, tiidak lagi dikaji tentang kemusnahan sosial yang akan berlaku apabila suatu
kawasan perkampungan itu dimajukan dengan industri berat.
Seharusnya, kita kena buka mata dan pelajari sikap orang Cina memperjuangkan
isu tuntutan mereka merentasi sempadan fahaman politik. Di pihak manapun
mereka tetap mendapat keuntungan berbanding kita yang suka menanggguk di
air yang keruh. Saya mencadangkan supaya permainan politik 'jahil' yang
diamalkan sebelum ini ditukar kepada politik bijak yang menguntungkan rakyat,
khususnya menjamin kedaulatan Islam dan ketuanan hak Melayu di Malaysia ini.
Saya ucapkan syabas kepada Menteri Besar Kedah yang membela kedaifan
rakyat Kedah.