You are on page 1of 20

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

1.0

PENGENALAN

Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian rendah pelajar lelaki mula diperkatakan.

Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan untuk dikaji. Keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran bagi peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar perempuan mengatasi lelaki dalam kebanyakan mata pelajaran misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Selaras dengan status dan pentingnya mata pelajaran Matematik pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan setiap pelajar dikehendaki mengambil Matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kepentingan Matematik ini adalah jelas dengan kedudukannya sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Kelulusan di peringkat kepujian adalah penting bagi mereka yang ingin melanjutkan

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, sains komputer, perubatan, seni bina dan sebagainya yang ada kaitan dengan sains.

Kepentingan Matematik boleh dilihat dari beberapa aspek. Pertama, ia merupakan asas kepada pemikiran logikal. Penguasaan Matematik membolehkan pelajar mengatur fikirannya secara logikal. Kedua, Matematik bukan sekadar satu bidang ilmu yang mengajar berfikir secara logikal tetapi juga merupakan asas kepada beberapa bidang sains secara teori dan gunaan. Penguasaan dalam Matematik menjadikan seseorang pelajar itu mantap dalam kemahiran befikir secara logikal dan kemahiran asas yang kukuh untuk menguasai lain-lain bidang sains. Juga didapati Matematik banyak menyumbang kepada pengukuran disiplin pelajar. Seseorang pelajar yang berupaya menghabiskan masa bagi menyelesaikan sesuatu masalah Matematik mempunyai sifat-sifat sabar, tekun dan yakin diri.

2.0

DEFINISI TAJUK

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Empat, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi. Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj. Abu Bakar (2002), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti

nombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa Matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturanperaturan matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya.

Pada asasnya matematik merupakan cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan terhadap kajian alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

menjadi satu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa Matematik itu sendiri seperti simbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya. Ringkasnya,

Matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi manusia.

Disamping itu juga, menurut Swetz dan Su Tim (1983), matematik bukan sahaja melibatkan pengiraan (computation), menghafal peraturan dan fakta, namun ianya juga melibatkan penyiasatan, penerokaan, eksperimen, mengemukakan masalah dan menyelesaikan masalah.

3.0

PENDIRIAN

Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegang pendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaian Matematik di negara ini.

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

4.0

PENDAPAT PIHAK BERKAITAN PENCAPAIAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Terdapat empat kajian yang telah dikumpulkan dalam membuat analisis berkaitan perbezaan pencapaian diantara pelajar lelaki dan perempuan.

Kajian pertama diambil daripada Jamil Ahmad et.al (2001). Kajian beliau dan rakanrakannya membincangkan perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian eksploratori menggunakan data sekunder berasaskan keputusan peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun (1996-2000) dengan menjalankan soal selidik ke atas sampel 3,000 orang pelajar sekolah menengah.

Berdasarkan analisis prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan awam, iaitu UPSR, PMR dan SPM. Pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Rajah dibawah menunjukkan graf pencapaian pelajar lelaki dan perempuan mengikut peringkat UPSR, PMR dan SPM. Sebagai contoh, perbezaan peratus kelulusan bagi peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik, masing-masing adalah antara 5.93 10.51 peratus.

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

100 80 60 40 20 0

93.2 92.1

89.9

91.9 91.391.4

93.7 93

94.3 95.9

Lelaki Perempuan

1996

1997

1998

1999

2000

Rajah 4.1 : Peratus kelulusan Matematik UPSR mengikut jantina (1996-2000)


92 86.2 92.9 87.6 92.6 88.6

100 80 60 40 20 0

94.5 90

94.1 88.7

Lelaki Perempuan

1996

1997

1998

1999

2000

Rajah 4.2 : Peratus kelulusan Matematik PMR mengikut jantina (1996-2000)

100 80 60 40 20 0
68.5

74.4

71.8

76.8
67

76.3
65

76.3

76.2
67.3

Lelaki

Perempuan

1996

1997

1998

1999

2000

Rajah 4.3 : Peratus kelulusan Matematik SPM mengikut jantina (1996-2000)


5

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

Berdasarkan kepada analisis graf, keputusan peperiksaan bagi ketiga-tiga peperiksaan bagi tahun 1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki. Disamping itu, daripada kajian sekunder ini, dapat disimpulkan bahawa pencapaian pelajar lelaki menurun setiap tahun. Jelas diperhatikan pada peperiksaan SPM, pelajar lelaki mempunyai keputusan yang lebih rendah daripada perempuan. Hal ini menunjukkan pelajar lelaki tidak bersungguhsungguh apabila usia mereka semakin meningkat. Seharusnya, semakin matang umur pelajar, semakin meningkatlah pengetahuaanya. Hal ini berlaku mungkin kerana disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dikalangan pelajar. Disamping itu, perkara ini berlaku mungkin disebabkan pelajar perempuan berkecondongan menggunakan strategi yang lebih konkrit seperti menggunakan model dan membilang manakala pelajar lelaki pula berkecondongan menggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan kefahaman konsep mereka (Fennema, Carpenter dan Jacobs ,1998).

Kajian kedua pula adalah berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Bhasah Hj. Abu Bakar dan rakan-rakan (2009). Dalam kajian mereka bertajuk Pencapaian Dan Penguasaan Konsep Dalam Matematik Peringkat SPM. Kajian dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian dan penguasaan konsep matematik dalam peperiksaan SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kajian beliau melibatkan seramai 777 orang pelajar lelaki dan 934 orang pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan sampel adalah 1414 orang pelajar. Kajian dilakukan berdasarkan pencapaian matematik Kertas 2 bahagian A dan bahagian B.

Berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan terhadap pelajar SPM, dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar lelaki mengatasi pencapaian pelajar perempuan dengan skor

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

min adalah 59.33. Rajah 4.4 menunjukkan carta pai bagi min markah pencapaian matematik Kertas 2 SPM 2001 bagi pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan.

Min Markah
55.6 59.33
Lelaki
Perempuan

Rajah 4.4 : Min Markah Pencapaian Matematik Kertas 2 SPM 2001

Berdasarkan kajian yang diperoleh, dapat disimpulakan bahawa pelajar lelaki menguasai Matematik Kertas 2 bahagian A dan B. Ini disebabkan mereka lebih berminat kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara dua satah, gabungan

penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan, latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepada melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir semata-mata.

Pedapat ketiga diambil dari ulasan yang telah dibuat oleh Wahid Hashim (2005), dalam akhbar utusan yang bertajuk Matematik - Senario aneh di Malaysia. Petikan akhbar ini

tertumpu kepada statistik pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik teras tahun 2004.

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

Menurut beliau, pelajar perempuan lebih cemerlang berbanding lelaki. Senario ini berlaku di institusi pengajian tinggi dan persekolahan. Dari segi pencapaian kertas Matematik sama ada kertas tambahan atau teras, sedikit demi sedikit pelajar lelaki kian kurang upaya dan tidak lagi dominan di sekolah dan universiti. Dari segi perbezaan pencapaian kertas Matematik mengikut jantina, kebanyakan negeri menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara pelajar perempuan dan lelaki. Hanya empat buah negeri menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi pencapaian kertas Matematik dengan jantina.

Menurut beliau lagi, statistik

di Malaysia tidak segan silu menunjukkan bahawa

pencapaian pelajar perempuan adalah mengatasi pelajar lelaki dalam bidang Matematik. Di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam kertas Matematik Teras dengan 44.1 peratus mencapai keputusan yang cemerlang berbanding pelajar lelaki (21.9 peratus). Rajah 4. 5 menunjukkan graf peratusan pencapaian cemerlang matematik teras mengkut jantina.

50 40 30 20 10 0

44.1 lelaki

21.9

Perempuan

Rajah 4. 5 : Peratusan pencapaian cemerlang matematik teras mengkut jantina.

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

Oleh itu, berdasarkan ulasan tersebut, disimpulkan bahawa pencapaian yang cemerlang didominasi oleh pelajar perempuan. Pelajar memainkan peranan mereka sendiri untuk memastikan pencapaian mereka adalah yang tarbaik. Walaupun seseorang lelaki mempunyai akal yang lebih daripada perempuan dari sudut Islam, namun usaha dan latihan yang cukup perlu untuk memastikan pencapaian cemerlang menjadi milik pelajar.

Pendapat terakhir diambil daripada petikan Berita Harian yang ditulis Rosliza Mohd Taha yang disampaikan oleh Dr Zalizan Mohd Jelas. Menurut beliau, keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran bagi peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar perempuan mengatasi lelaki dalam kebanyakan mata pelajaran misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan di peringkat persekolahan memberi impak kepada enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan ia terbukti apabila jumlah kemasukan pelajar perempuan di IPTA seluruh negara secara umumnya melebihi 70 peratus kebelakangan ini. Prestasi akademik yang kurang

memberangsangkan di peringkat persekolahan menafikan peluang pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke IPTA, dan fenomena ini bakal memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosioekonomi negara.

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

Berdasarkan ulasan beliau, dapat disimpulkan bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam matematik. Ini menunjukkan bahawa terdapat faktor yang

mempengaruhi pembelajaran pelajar. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih cenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana tidak formal berbanding pelajar perempuan. Dimana sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka sesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Pelajar lelaki sukar memberi tumpuan dalam satu jangkamasa yang lama untuk mendengar pengajaran guru berbanding pelajar perempuan.

5.0

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

Perbezaan pencapaian matematik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan merupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktor penyebab berlakunya perkara ini. Faktor-faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, guru, dan juga rakan sebaya.

1. Pelajar Faktor pertama adalah faktor diri pelajar sendiri. Faktor ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu gaya pembelajaran dan juga sikap pelajar yang berlainan di antara pelajar lelaki dan perempuan.

10

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

a) Gaya Pembelajaran Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concrete sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki.

Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran, menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding pelajar lelaki. Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudah memahami pelajaran dan membantu meningkatkan pencapaian Matematik mereka berbanding pelajar lelaki.

Dalam kajian Dunn & Griggs (1995) dalam Kamarul Ariffin (2007), menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran tertentu akan mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak menggunakan gaya pembelajaran.

Selain itu beliau menekankan bahawa gaya pembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Pelajar perempuan mempunyai pelbagai gaya pembelajaran berbanding dari gaya pembelajaran pelajar lelaki yang tidak menentu. Gaya pembelajaran pelajar perempuan yang teratur membuatkan mereka lebih menguasai pelajaran tersebut.

11

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

b) Sikap Di samping itu, menurut Mat Hasrizam bin Said (2004), perbezaan sikap terhadap pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dengan pencapaian akademik. Sikap pelajar dibahagikan kepada lima iaitu minat, keyakinan, kegelisahan, persepsi terhadap guru dan persepsi kepentingan matematik.

Hasil daripada kajian, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor min yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Ini bermaksud, pelajar perempuan lebih bersikap positif dalam pembelajaran. Sikap ini membenarkan pelajar perempuan mempunyai kelebihan dalam memahami dan menguasai pembelajaran dan boleh meningkatkan pencapaian mereka.

Menurut Neale (1967) dalam artikelnya yang bertajuk The Pole of Attitudes in Learning Mathematics dalam Mat Hasrizam bin Said (2004), sikap dan kepercayaan terhadap Matematik mempengaruhi objektif pengajaran Matematik. Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik seseorang pelajar di mana sikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik akan menyebabkan pelajar tekun belajar Matematik dan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang mempunyai sikap yang negatif.

2. Guru

Selain itu, guru juga merupakan salah satu faktor berlakunya situasi ini. Faktor guru juga dibahagikan kepada dua elemen iaitu kaedah mengajar yang tidak menarik perhatian pelajar dan juga persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan perempuan.

12

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

a) Kaedah Mengajar Yang Tidak Menarik Menurut Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pengajaran guru meliputi aspek-aspek strategi pengajaran, penggunaan sumber, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai, penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran daan hukuman, keperihatinan dan penilaian.

Menurut Norawati binti Hashim (2004), strategi pengajaran yang biasa digunakan oleh guru adalah kaedah tradisional yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru sebelum ini iaitu guru hanya memberi penerangan tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menarik. Kaedah ini tidak sesuai untuk pelajar lelaki kerana mereka akan mudah hilang fokus dan tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana berasa jemu. Berlainan dengan pelajar perempuan yang boleh menerima pengajaran secara tradisional ini. Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia untuk menghadiri kelas dan mereka akan fokus dengan pengajaran guru. Walau apa kaedah yang digunakan sekali pun, pelajar perempuan tetap fokus.

Menurut Norawati binti Hashim (2004) dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa guru seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya dapat manarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) dalam Norawati binti Hashim telah menyatakan bahawa kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran.

13

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

b) Persepsi Guru Terhadap Pelajar Lelaki Dan Perempuan Di samping itu, persepsi guru matematik terhadap pelajar lelaki dan perempuan juga mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik kedua-dua jantina ini. Persepsi guru terhadap pelajar lelaki dan perempuan dilihat dari aspek motivasi, minat, kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa, kesediaan untuk belajar, tanggungjawab, kebolehterimaan pelajaran, kekemasan kerja, kesungguhan, inisiatif, kreativiti dan inovatif. Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001) dalam kajiannya, mengkaji perbandingan persepsi guru lelaki dan guru perempuan terhadap pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina pelajar.

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru lelaki secara keseluruhannya mempunyai persepsi positif terhadap pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru perempuan. Dengan lain perkataan, guru lelaki tidak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Mereka tidak bias dalam melabelkan kebolehan pelajar, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan, berbanding guru perempuan. Keadaan ini turut dikukuhkan lagi dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan Bank (1987).

Guru perempuan pula mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar. Menurut Dr. Zalizan lagi, guru perempuan kurang memberi perhatian kepada pelajar lelaki yang dianggap bermasalah di dalam kelas. Guru lebih memberi perhatian kepada pelajar perempuan yang sering mengikut arahan guru dan mudah untuk dikawal.

14

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di dalam kelas, mengganggu rakan lain serta tidak membuat kerja rumah. Guru perempuan akan mengambil tindakan untuk mengabaikannya sekiranya segala amaran dan peringatan yang diberikan tidak dihiraukan. Dengan mengabaikan pelajar lelaki di dalam kelas, sudah semestinya akan mengganggu pencapaian mereka dalam Matematik kerana mereka tidak dapat menguasai pelajaran yang diajar. Maka wujudlah perbezaan pencapaian Matematik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Berdasarkan apa yang dinyatakan, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guruguru Matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Di samping itu, guru tidak harus bersikap bias terhadap pelajar lelaki dan pelajar perempuan .

3. Rakan Sebaya Yang Tidak Bersungguh-Sungguh Dalam Menimba Ilmu

Pelajar dikatakan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990) dalam Norawati binti Hashim(2004).

Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekeliling mereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran, akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan pelajaran.

15

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih baik.

Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

6.0

CARA MENGATASI

Bagi mengatasi masalah perbezaan pencapaian Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan, beberapa cadangan telah dikenalpasti yang berkemungkinan boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.

Pelajar lelaki biasanya memerlukan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Mereka merasa resah dan gelisah serta sukar menerima apa yang diajar sekiranya terpaksa berdiam diri dan hanya mendengar apa yang diajar guru. Sukar bagi seorang pelajar lelaki untuk belajar jika

16

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

cara penyampaian membosankan. Jadi, apa yang ingin dicadangkan di sini ialah guru perlulah merancang kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat pelajar lelaki.

Cadangan kedua yang mungkin boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah perbezaan pencapaian ini ialah dengan memberikan tumpuan yang seimbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian kepada pelajar lelaki sama seperti yang diberikan kepada pelajar perempuan. Galakkan pelajar lelaki belajar mengikut cara yang disukainya.

Cadangan ketiga yang mungkin boleh dilaksanakan ialah dengan mengawal aktiviti pelajar lelaki. Dapatan kajian Zalizan et. al (2005), menunjukkan keluarga lebih mengawal pelajar perempuan lalu menyebabkan mereka mempunyai lebih ruang dan peluang untuk memberikan lebih tumpuan kepada pelajaran. Sebaliknya pelajar lelaki diberikan lebih kebebasan oleh keluarga. Kurang kawalan keluarga terhadap pelajar lelaki menyebabkan mereka terbiar. Keluarga perlu memainkan peranan dalam mengawal aktiviti pelajar lelaki agar

kebebasan yang diberikan adalah kebebasan yang terkawal.

Seterusnya, cadangan yang mungkin boleh dilaksanakan adalah melibatkan guru dan kaunselor sekolah. Guru dan kaunselor sekolah haruslah memainkan peranan untuk membantu pelajar lelaki supaya berminat terhadap matematik dan secara tidak langsung boleh membantu mereka meningkatkan pencapaian mereka di dalam matematik. Peranan guru adalah dengan mengenalpasti pelajar lelaki yang lemah dalam matematik untuk di bawa berjumpa dengan kaunselor dan peranan kaunselor pula memberi khidmat nasihat dan menyedarkan mereka

17

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

kepentingan matematik untuk masa hadapan. Ini mungkin akan boleh memotivasikan pelajar lelaki untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam matematik.

Beberapa langkah mengatasi seperti yang dicadangkan mungkin boleh membantu dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar lelaki bagi mengurangkan jurang perbezaan pencapaian antara jantina. Semua pihak harus bekerjasama dalam membantu dan menggalakkan pelajar lelaki meningkatkan pencapaian mereka dalam matematik.

18

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

7.0

REFLEKSI

Prestasi pencapaian akademik pelajar adalah berkaitan dengan tahap kecemerlangan seseorang individu atau sejauh mana seseorang individu dapat menguasai ilmu yang dipelajari berdasarkan kepada purata nilai gred yang tertinggi yang dapat dikumpul. Isu perbezaan pencapaian akademik mengikut gender dalam pendidikan sering dikaji oleh pengkaji di serata dunia.

Berdasarkan perbincangan dan penyelidikan yang dilakukan di dapati bahawa pencapaian Matematik pelajar perempuan lebih menyerlah berbanding pelajar lelaki. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah seperti yang telah dibincangkan termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yang lebih berpihak kepada pelajar perempuan. Hasil kajian yang ditinjau juga mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius berbanding pelajar lelaki.

Berdasarkan perbincangan di dalam kelas juga, Dr. Lim telah mengemukan pandangan beliau bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai keupayaan yang sama. Pelajar perempuan akan menjadi lebih bagus pencapaiannya jika diberi peluang. Pelajar perempuan akan menunjukkan prestasi yang baik kerana diberi peluang dan melalui peluang yang diberikan, pelajar perempuan akan berusaha untuk menonjolkan keupayaannya.

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah perlu bagi mengatasi masalah ini. Semua pihak harus berganding bahu dan memastikan perbezaan pencapaian antara jantina dapat dikurangkan.

19

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

8.0

RUJUKAN

Bhasah Abu Bakar.(2009). Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM. Diperoleh pada Mac 11, 2011, daripada http://bhasahabubakar.blogspot.com/ 2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html Kamarul Ariffin bin Abd Rashid.(2008). Perkaitan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik subjek matematik di kalangan pelajar di UTHM. Tesis. Pulau Pinang. Norawati binti Hashim.(2004). Hubungan pencapaian matematik murid-murid melayu sekolah rendah luar bandar mengikut jantina. Tesis. Tanjung Malim Nor Azah bt Samot@Samat (2007). Perbandingan Prestasi Matematik Antara Pelajar Wanita dan Pelajar Lelaki di Sekolah Menengah Teknik di Malaysia Menerusi Kaedah Klasik dan Kaedah Bayesian. Tesis. Bangi, Kuala Lumpur. Nur`Ashiqin Bt Najmuddin. (2003). Pengaruh kerisauan pelajar terhadap pencapaian Matematik dalam Bahasa Inggeris. Diperoleh pada Mac 8, 2011, daripada http://www.scribd.com/doc/9530847/Jurnal-Pengaruh-Kerisauan-Pelajar-TerhadapPencapaian-Matematik-Dalam-Bahsa-Inggeris Rosniza Mohd Taha. Datuk Dr Zalizan Mohd Jelas, mengemukakan pandangan mengenai realiti serta cabaran kepada pendidik dan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar. Artikel Berita Harian. Wahid Hashim.(2005). Matematik - Senario aneh di Malaysia . Diperoleh pada Mac 11, 2011, daripada http://file:///E:/SEMESTER_7/isu%20n%20trend/senarioa%20matematik %20lelaki%20 perempuan%20utusan%20on9.htm Zalizan et.al. (2005). Prestasi akademik mengikut gender. Diperoleh pada Mac 6, 2011, daripada http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005 /artikel%2030_6.pdf Zalizan Mohd Jelas.(2008). Jurang akademik. Diperoleh pada Mac 11, 2011, daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5271:b icara-akademia-jurang-akademik&catid=385:info-ringkas

20

You might also like