You are on page 1of 3

Pergerakan dan Kordinasi Sistem Endokrin

NOTA 1. Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam sistem peredaran darah. Rajah 1 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin dalam manusia.

2. Hormon ialah bahan kimia yang disintesiskan oleh kelenjar endokrin yang merembeskannya terus ke dalam sistem peredaran darah. 3. Jadual 1 menunjukkan kelenjar endokrin yang utama, hormon yang dirembeskan dan fungsi hormon berkenaan. Kelenjar Hormon yang Fungsi dirembeskan Pituitari a. Hormon pertumbuhan Merangsang pertumbuhan badan (GH) b. Hormon perangsang Merangsang kelenjar tiroid

tiroid (TSH) merembeskan hormon tiroksina. c. Hormon antidiuresis Merangsang penyerapan semula air (Kelenjar (ADH) dari tubul ginjal. agung) d. Hormon perangsang Merangsang perkembangan folikel folikel (FSH) Graaf dan tubul semen. e. Hormon peluteinan Menyebabkan pembebasan ovum (LH) daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum. Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis. f. Hormon Merangsang korteks adrenal adrenokortikotrof menghasilkan hormon. (ACTH) g. Hormon prolaktin Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu. h. Hormon oksitosin Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin. Tiroid Tiroksina Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria. Mengawal aras aktiviti, menggalakkan pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental. Kelompok sel Insulin Menyebabkan penukaran glikosa Langerhans kepada glikogen. dalam Menyebabkan penukaran glikogen Glukagon pankreas kepada glukosa. Adrenal Adrenalina Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah. Aldosteron Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium. Merangsang perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada. Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus. Merangsang perkembangan organ

Ovari

Estrogen

Progesteron Testis Testosteron

seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar. Merangsang spermatogenensis. Jadual 1 4. Hormon juga digunakan di dalam bidang perubatan dan penternakan: (a) Perubatan i. Kanak-kanak yang mengalami kretinisme diberi suntikan hormon tiroksina dan hormon pertumbuhan. ii Pesakit diabetes mellitus diberikan suntikan insulin. iii Penyakit lain yang disebabkan kekurangan hormon adalah seperti diabetes insipidus (kekurangan hormon ADH) dan miksodema (kekurangan tiroksina) iv. Estrogen diberikan kepada wanita untuk mencegah osteoporosis. v. Rawatan hormon kortisol untuk pesakit asma. (b) Penternakan i. Estrogen sintetik iaitu dietilstilbestrol(DES) digunakan untuk merangsang pertumbuhan lembu. ii. Bovine Somatotrophine (BST) untuk meningkatan penghasilan susu dalam lembu.

You might also like