You are on page 1of 28

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH,BUJANG MINIT MESYUARAT AJK KECIL UNIT BERUNIFORM PENGAKAP BIL 1/ 2012 TARIKH

MASA TEMPAT : 11 NOVEMBER 2011 : 11 PG : KANTIN SKSMS -Guru Penasihat Pengakap -Guru Penasihat Pengakap - Guru Penasihat Pengakap -- Guru Penasihat Pengakap -- Guru Penasihat Pengakap - Guru Penasihat Pengakap -- Guru Penasihat Pengakap -- Guru Penasihat Pengakap

HADIR 1. Pn. Hamnah Bt Abd Hani 2. En.Nurzaidy B. Jamil@Mey 3. Pn. Zarina Bt Ishak 4. Pn. Roslina Bt Razak 5. Pn.Sumarani Ayu 6. Pn Mas Idayu Bt Kamis 7. Pn. Syajuhana Bt Hanafi 8. En. Zulkifli B Omar

TIDAK HADIR - Tiada URUSETIA En Hamizan b Ibrahim - Penyelaras Unit Uniform

1.Ucapan Aluan Pengerusi 1 Guru penasihat pengakap mengucapkan salam dan terima kasih kepada guru dan murid-murid yang hadir. Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk berbincang perancangan tahunan di samping membuat beberapa penambahahbaikan ke arah kecemerlangan kokurikulum khasnya unit berunifom 2 Beliau berharap guru-guru mengambil tindakan mengingatkan murid-murid agar memakai uniform masing-masing setiap hari Rabu. Ahli unit uniform juga mesti memakai uniform lengkap ( full dress) pada hari Ahad minggu ke-3 setiap bulan. 3 PKKK menyampaikan saranan Guru Besar agar guru-guru Pemimpin juga memakai uniform unit masing-masing pada setiap hari Rabu dan Ahad minggu ke-3 setiap bulan. 4 Beliau berharap guru penasihat atau pemimpin memberi keutamaan terhadap keselamatan murid sepanjang menjalankan aktiviti unit uniform serta dapat menguruskan unit uniform masing-masing dengan baik dan cemerlang. 5 Beliau meminta setiap unit uniform berbincang tentang perkhemahan perdana peringkat sekolah dan membuat perancangan yang rapi bagi mencapai matlamat dan objektif pelaksanaannya. II. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu. 6 Tiada pembentangan dibuat kerana ketiadaan minit mesyuarat sebelum ini. III Perkara berbangkit 7 Tiada IV Isu-isu Berkaitan a) Penyelarasan Ahli 2012 8 Guru Ketua Pemimpin Unit Beruniform diminta membuat penyelarasan ahli 2012. Keahlian murid baru akan dibuat oleh SU Kokurikulum dan Penyelaras Unit Beruniform.Sebarang kemusykilan yang timbul khususnya tentang bilangan ahli unit masing-masing boleh dirujuk dengan Penyelaras Unit Beruniform. Bilangan ahli Pengakap Kanak-Kanak 2012 ialah 120 orang.

b) Perancangan Aktiviti 2012 9. Guru Pemimpin Unit Beruniform diminta membuat perancangan aktiviti tahunan dengan lebih terperinci berdasarkan sukatan masing-masing. Perancangan yang dibuat hendaklah berdasarkan

tarikh yang ditetapkan dalam buku perancangan sekolah.Sekiranya aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan,tidak perlu diulang pada minggu berikutnya, sebaliknya diteruskan dengan perancangan berikutnya bagi mengelakkan kekeliruan. 10 Perancangan Aktiviti Tahunan PPIM 2012 Rujuk Lampiran c) Kemas kini Fail Unit Beruniform 11 PKKK mohon kerjasama semua ketua unit beruniform supaya kemas kini fail dengan maklumat semasa dan buat penambahbaikan dalam kandungan Fail 1, 2 dan 3 seperti berikut : FAIL 1 1. Perlembagaan dan Peraturan 2. Sukatan dan Rancangan 3. Senarai Guru Penasihat / Pemimpin 4. Carta Organisasi Induk ( Fail Penyelaras) 5. Carta Organisasi Guru Pemimpin 6. Carta Organisasi Murid 7. Maklumat Ahli 8. Anggaran Kewangan FAIL 2 1. Surat panggilan mesyuarat 2. Minit mesyuarat dan Laporan maklum balas keputusan mesyuarat FAIL 3 1.Laporan pelaksanaan aktiviti 2.Senarai kehadiran ahli BUKU REKOD KEWANGAN 1. Rekod kutipan 2. Rekod pendapatan dan perbelanjaan 12 .Tarikh akhir hantar fail kepada PKKK untuk semakan ialah 26 Februari 2012. Tindakan : Ketua Unit Beruniform d) Kewangan 13 Meyuarat dimaklumkan tiada sebarang kutipan pada tahun 2011. 14 Mesyuarat juga dimaklumkan yuran Pengakap Kanak-Kanak setiap kali perjumpaan ialah RM 2.00 setahun. Tujuan kutipan dibuat adalah untuk menampung akitiviti yang akan dijalankan. Makluman : Semua Guru Penasihat V Hal-hal Lain a) Latihan Kawat Kaki 15 Mesyuarat memutuskan ada penyertaan kawad kaki peringkat daerah yang akan dibimbing oleh jurulatih luar. Penyertaan dibuka kepada semua murid yang mewakili Unit Pengakap.Bagaimanapun pemimpin yang ada pengetahuan dan kemahiran diminta membantu pasukan sekolah.Penyelaras unit uniform akan bertindak sebagai pengurus pasukan dan dibantu oleh En Zulkifli dan PKKK. 16. Murid yang hadir latihan kawad kaki dikecualikan 1M1S buat sementara waktu. b) Perkhemahan Perdana 17. Hasil perbincangan semua guru bersetuju Unit Uniform mengadakan praperkhemahan dalam unit masing-masing. Tarikh pelaksanaan akan ditentukan oleh unit masing-masing. Ketua Unit Uniform diminta mengemukakan kertas cadangan kepada pentadbir untuk mendapat kelulusan. 18. Perkhemahan Perdana peringkat sekolah akan diadakan selepas semua unit uniform selesai mengadakan praperkhemahan masing-masing.Maklumat lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat kedua nanti. 19. PKKK meminta guru penasihat unit uniform mengawal disiplin murid ketika menunaikan solat di surau. 20. Guru Penasihat yang tidak dapat hadir menjalankan aktiviti diminta memaklumkan kepada PKKK dan Ketua Unit masingmasing. Tindakan : Guru Penyelaras

DISEDIAKAN OLEH (HAMNAH BT AND HANI ) Ketua Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah, Bujang

DISEMAK OLEH ( HAMIZAN B IBRAHIM) Penyelaras Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah,Bujang

TARIKH : 09 Februari 2012

LAMPIRAN Nama Sekolah :SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang. LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT Tajuk Mesyuarat : MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM BIL 1 / 2012 Bil 1 Rujukan Minit / M.S Perkara 10 Perkara BerbangkitPengurusan Kad Kokurikulum / ms2 Perkara PKKK meminta semua Ketua Guru Penasihat mengemas kini kad kk murid dengan maklumat semasa termasuk penyertaan dan penglibatan luar murid dalam aktiviti kokurikulum. Ketua Guru Penasihat diminta melengkapkan fail Laporan Pelaksanaan Aktiviti Mingguan dan rekod kehadiran murid setiap kali perjumpaan mingguan diadakan. Fail yang lengkap diminta hantar ke pejabat pada hari berikutnya(Khamis untuk semakan PKKK Unit Uniform Pengakap, Persatuan BM, Kelab PSS, Kaunseling dan Kelab Permainan Hoki diminta menyediakan perancangan strategic semasa berdasarkan pelan tindakan Perancangan Strategik 2011-2013. Semua Ketua dan SU Unit Kokurikulum diminta mengemas kini fail dengan maklumat semasa dan hantar ke pejabat pada akhir Februari Semua Ketua Unit Kokurikulum diminta mengemukakan surat permohonan kelulusan membuat kutipan yuran unit kk kepada GB Tindakan Semua Ketua dan SU Unit Kokurikulum Status Pelaksanaan Catatan

2.

Perkara 17 Pengurusan Fail Laporan Pelaksanaan Aktiviti Mingguan Ms 2

Semua Penyelaras dan Semua Ketua Unit Kokurikulum

3.

Perkara 19 Perancangan Strategik Semasa 2012 Ms 2

Pn Hamnah Hani Pn Norizah Pn Zaharah Pn Rasidah Pn Norlizal

Perkara 21 Kemaskini Fail

Semua Ketua dan SU Unit Kokurikulum

Perkara 22 Surat Kebenaran Memohon Kutipan Yuran Unit Kokurikulum

Semua Ketua Unit Kokurikulum

LAMPIRAN Nama Sekolah :SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang. LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT Tajuk Mesyuarat : MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM BIL 1 / 2012 Bil 6 Rujukan Minit / M.S Perkara 24 Perhimpunan Kokurikulum Perkara Setiap Unit Uniform diminta melatih murid bagi menguruskan Perhimpunan Mingguan Kokurikulum pada minggu ke-3 setiap bulan berdasarkan takwim yang diedarkan SU Kokurikulum diminta membuat pelarasan ahli 2012 bagi semua unit khususnya murid tahun 4 dan murid baharu di sekolah ini. Sijil akan disediakan oleh PKKK . Guru berkenaan diminta member maklumat murid bagi melancarkan urusan penyediaan sijil. Tindakan Ketua Unit PPK,PPIM, TKRS dan PBSM Status Pelaksanaan Catatan

7.

Perkara 25 Pelarasan Ahli 2012 / ms3

SU Kokurikulum

Perkara 26 Sijil Pelantikan dan Penglibatan murid dalam aktiviti luar Ms 3 Perkara 27 Laporan Aktiviti Luar Ms 3

PKKK dan Ketua Penasihat Unit Kokurikulum

Guru Pengiring yang mengiringi murid menyertai aktiviti luar diminta membuat laporan dalam buku Laporan Aktiviti Luar yang disediakan oleh PKKK di pejabat.

Guru Pengiring dan Pengurus Pasukan Sekolah

You might also like