You are on page 1of 20

AKAUN PENAMAT

Definisi
Akaun yang merekod dan mencatatkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada akhir jangka masa perniagaan

Jenis-jenis akaun penamat


1. Akaun perdagangan 2. Akaun Untung Rugi
Akaun penamat akan menunjukkan jumlah untung atau rugi bagi sesuatu perniagaan yang telah dijalankan dalam jangka masa tertentu.

TUJUAN PENYEDIAAN AKAUN PENAMAT


Akaun perdagangan disediakan untuk mencari untung kasar atau rugi kasar perniagaan itu. Akaun Untung Rugi disediakan selepas akaun perdagangan untuk mencari untung bersih atau rugi bersih.

AKAUN PERDAGANGAN
1. Akaun perdagangan disediakan pada akhir tiap-tiap jangka masa perniagaan untuk mengetahui untung kasar atau rugi kasar perniagaan itu. 2. Untung kasar atau rugi kasar ialah perbezaan antara jumlah jualan dengan kos barangbarang yang dibeli.

Untung kasar = Jualan bersih > Kos jualan Rugi kasar = Jualan bersih < Kos jualan

3) Pada asasnya, akaun perdagangan digunakan untuk mencari perbezaan antara jualan dengan belian.

4) Biasanya pada akhir tahun terdapat barang-barang yang tidak habis dijual. Ia dikenali sebagai stok akhir. a) Kos akhir boleh dinilai mengikut harga kos atau harga pasaran mengikut mana yang lebih rendah nilainya. b) Stok akhir sepatutnya dikreditkan dalam akaun perdagangan dan ditambah kepada jualan, tetapi amalan yang biasa dilakukan ialah didebitkan dalam akaun perdagangan dan ditolak daripada kos barang untuk dijual untuk memperolehi kos jualan. 5) Stok akhir bagi tahun tersebut akan menjadi stok awal bagi tahun berikutnya.

Kos barang untuk dijual = stok awal + Belian bersih Kos jualan = Kos barang untuk dijual stok akhir

1) 2) 3) 4)

Perbelanjaan belian ialah perbelanjaan terhadap belian seperti dibawah akan menambahkan lagi kos belian Angakutan masuk Cukai atas belian Upah atas belian Insuran atas belian Perbelanjaan ini dicatatkan dibahagian debit akaun perdagangan.

Pulangan keluar atau pulangan belian ialah barang-barang yang dipulangkan kepada pembekal atau penjual.

Pulangan masuk atau pulangan jualan ialah barang-barang yang dipulangkan oleh pembeli. Belian bersih ialah jumlah belian selepas ditolak dengan pulangan keluar dan jualan bersih ialah jumlah jualan selepas ditolak pulangan masuk.

AKAUN UNTUNG RUGI


Disediakan pada akhir setiap jangka masa perniagaan untuk mengetahui untung bersih atau rugi bersih sesuatu perniagaan itu. Untung bersih diperolehi setelah untung kasar dicampur dengan pendapatan kemudian ditolak dengan perbelanjaan menjalankan perniagaan. Rugi bersih berlaku apabila untung kasar dan pendapatan kurang perbelanjaan perniagaan.

Untung Bersih = Untung kasar + Pendapatan (Hasil Perniagaan) belanja perniagaan


Rugi bersih = Perbelanjaan ( Untung kasar + Pendapatan)

PERBELANJAAN PERNIAGAAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Sewa Bil elektrik, telefon dan air Iklan Cukai Perbelanjaan pos Komisen Gaji dan upah Tambang Belanja runcit Insuran Alat tulis

PENDAPATAN PERNIAGAAN
1. 2. 3. 4. Komisen diterima Diskaun diterima Sewa diterima Faedah diterima

Semua perbelanjaan dicatatkan di sebelah debit. Semua pendapatan dicatatkan di sebelah kredit. Jika untung kasar, nilai itu dipindahkan ke sebelah kredit.
Jika rugi kasar, nilai itu dipindahkan ke sebelah debit.

Merupakan penyata kewangan yang menunjukkan aset dan liabiliti perniagaan pada tarikh tertentu.
Disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas Akaun Penamat disediakan.

Kunci Kira-kira mempunyai bahagian aset dan liabiliti. Bahagian aset dicatatkan di sebelah kiri. Bahagian liabiliti dicatatkan di sebelah kanan kunci kira-kira.

KUNCI KIRA-KIRA
Jumlah nilai aset yang ada dalam perniagaan Jumlah nilai liabilitinya Jumlah modal pemiliknya Jumlah keuntungan atau kerugiaan perniagaan Prestasi semasa perniagaan

Aset segala harta yang dipunyai oleh perniagaan seperti wang tunai, perabot dan kenderaan. Terdapat dua jenis aset: Aset bukan semasa aset yang tahan lama seperti kenderaan, bangunan, jentera dan perabot. Aset semasa Aset yang akan berubah nilainya dari semasa ke semasa seperti stok akhir, tunai di tangan, tunai di bank dan penghutang.

Ekuiti Pemilik dan Liabiliti


Ekuiti pemilik terdiri daripada modal, keuntungan atau kerugiaan perniagaan, dan ambilan yang dibuat oleh peniaga. Liabiliti ialah segala yang dihutang oleh perniagaan kepada pihak lain. Liabiliti bukan semasa (jangka panjang) ialah pinjaman yang dibuat oleh perniagaan bagi jangka masa panjang. Liabiliti semasa (jangka pendek) adalah tidak tetap seperti overdraf bank dan pemiutang

You might also like