You are on page 1of 4

Tema: Laman Sesawang Sosial Definisi: Laman sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan

komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia. Pembangunan telekomunikasi tanya wayar seperti teknologi wifi dan jalur lebar serta teknologi telekomunikasi 3.5G turut memacu perkembangan dalam langganan dan penggunaan laman sesawang sosial. Perkembangan telefon mudah alih pintar (smart phone), netbook ataupun perkakas komputer mini (tablet), telah membuka dimensi baharu yang menawarkan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengekalkan perhubungan tanpa halangan masa ataupun tempat. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, gambar, sesawang, video, dan blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Sesawang sosial juga telah mengorganisasikan manusia kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu dan menjalinkan hubungan yang lebih cekap antara pemimpin dengan rakyat di samping menzahirkan fasiliti e-kerajaan. Dalam aspek ekonomi, sesawang sosial telah memperkasa sektor edagang dengan membuka pintu perdagangan yang lebih luas khususnya dalam segi publisiti, pemasaran sesuatu produk. Kemudahan ini turut merapatkan interaksi antara pengeluar dengan pengguna secara langsung lantas membolehkan pihak pengeluar menawarkan perkhidmatan yang lebih mesra pengguna. Dalam aspek sosial, kekuatan laman sesawang adalah jauh lebih menyerlah. Kewujudan laman sesawang sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mengemaskinikan kedudukan, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti seseorang, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan. Data dan statistik: Wikipedia menjumlahkan laman sosial sebanyak 205. Jumlah pengguna mencecah 1 billion penduduk (15% jumlah penduduk dunia melanggani sekurang-kurangnya satu laman sosial maya). Laman sosial yang terbesar di dunia, facebook mempunyai langganan berjumlah 0.8 billion. Pendapatan Fb pada 2011 dianggarkan berjumlah US$4.2 billion, satu peningkatan sebanyak 114% daripada tahun terdahulu. Antara laman sosial maya yang popular ialah twitter, linked in, Myspace, dan Ning. Kebaikan laman sesawang sosial: 1. 1. Berkomunikasi dan berinteraksi: - Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. - Talian hubungan dapat dikekalkan biarpun pengguna telah berhijrah. - Mengeratkan tali silatulrahim sesama insane dengan mudah, murah, dan cepat. - mengikuti perkembangan aktiviti kawan, pemimpin, artis, dan lain-lain - berbincang/ berforum - nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua. 1. Memperkasa e-dagang - Barangan dan perkhidmatan yang baru/baik atau sebaliknya dapat disebarkan. - menjimatkan kos pengangkutan, pengeposan, pengiklanan, perhubungan telefon, pendokumenan, pentadbiran, dan alat tulis. - memungkinkan keusahawanan mikro berkonsep SOHO (Small office home office). Wanita dapat bekerja di rumah sambil menguruskan rumah tangga. Pengguna sesawang boleh bekerja sambilan

menerusi laman sesawang. - memperkasa industri desa. Industri desa dapat meluaskan publisiti dan promosi meskipun terletak di pedalaman. - menggalakkan perkongsian pintar dalam perniagaan. Pertukaran maklumat pelanggang. 1. Mudah menyebarkan maklumat. - alat sebaran am untuk mempertingkat kesedaran tentang pelbagai isu kehidupan. - alat untuk mengingatkan seseorang tentang tarikh-tarikh penting, bil ataupun saman yang tertunggak. - prasarana untuk sesuatu organisasi seperti persatuan, NGO, ataupun kerajaan bergiat dengan lebih aktif dan cekap. - infrastruktur untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga dalam masa kecemasan/ darurat seperti mengemaskinikan keadaan banjir, gempa bumi, permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah. 1. Perkongsian maklumat/ilmu. - menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. - perbicaraan mahkamah/ dewan parlimen diketahui dengan serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. - Perkembangan ilmiah terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan. 1. Alat komunikasi alternatif - Menggantikan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas, e-mel, mesej multimedia, pos, faks, teleks, telegraf, radio, dan telivisten, blog, dan laman internet. 6. Mengisi masa lapang - Laman sesawang sosial juga dilengkapi dengan pelbagai media hiburan untuk pengguna mengisi waktu senggang/ beriadah. 7. Mencari pasangan - Untuk teruna mencari pasangan hidup 8. Pertukaran budaya - menggalakkan satu permuafakatan global persefahaman sesame insan sejagat. Penyalahgunaan laman sesawang sosial 1. Membazirkan masa, melalaikan dan melekakan - Tertarik dengan urutan perbualan yang berpanjangan Leka bermain permainan internet

Tidak ingin terputus hubungan Terlalu ghairah untuk mengemaskinikan kedudukan Ingin mengekalkan populariti/ Bimbang akan kehilangan daya penarik Ingin mengikut trend dan tidak ingin disisihkan/diabaikan

2. Terhakis pergaulan secara realiti. - Pengguna memencilkan diri dan lebih mengutamakan komunikasi maya berbanding komunikasi sebanar. - Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. - Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang. - Tabii kemanusiaan terhakis. 3. Pembudayaan kemaksiatan - keghairahan maksiat. Mempengaruhi remaja berzina. - Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. - Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan sehingga terlupa hak dan batil. - Gambar-gambar lucah disebarkan untuk pelbagai motif. - Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. - Juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial 4. Terhakisnya citra bahasa - pembahasaan bahasa rojak - menularnya penggunaan bahasa kesat - menjejaskan kemampuan penulisan 5. Gangguan kesihatan - Gangguan kesihatan sama ada fizikal ataupun mental. - Hal ini kerana pengguna terlalu khusyuk mengadap komputer yang mengundang impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. 6. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali. - Pencerobohan butiran peribadi. - Penipuan wang, cinta, dan sebagainya sering berlaku. - Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.

7. Ancaman terhadap keselamatan negara - Disalah gunakan sebagai media untuk kegiatan-kegiatan hasutan, subversif, perhimpunan haram, dan penyebaran dakyah-dakyah politik yang mampu merobek fabrik perkauman. 8. Perlanggaran peraturan-peraturan hak cipta dan harta intelek - Perkongsian fail secara berleluasa melonggarkan pematuhan terhadap Akta Hakcipta dan Harta Intelek.

You might also like