You are on page 1of 8

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb.

Ganda Temengor

PLAN TINDAKAN KECEMERLANGAN SAINS UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2 2012 BAGI SK GANDA TEMENGOR
PENGENALAN Selaras dengan visi SK. Ganda Temengor Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang Tahun 2013, serta intipati misi iaitu Cemerlang Kurikulum maka kecemerlangan yang dicita-citakan itu hendaklah mempunyai kesinambungan pencapaian citakan kesinambungan memberangsangkan dari tahun ke tahun khususnya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan tersebut. Dalam hal ini Panatia Sains telah menyediakan satu plan tindakan kecemerlangan S satu Sains khususnya dalam UPSR bagi maksud mempastikan kualiti pencapaian subjek Sains dalam UPSR sentiasa konsisten dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD Daerah dan Jabata Pelajaran Perak secara khususnya. Berikut adalah Jabatan . pencapaian mata pelajaran peperiks peperiksaan UPSR dan Sains sejak 4 tahun yang lepas (2008 2011).

PERATUS LULUS KESELURUHAN

2008 2009 2010 2011

TAHUN 63.3 57.9 66.7 100.0

-1-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

Graf Peningkatan Peratus Bilangan A Dalam Subjek Sains

-2-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

CARTA ORGANISASI KECEMERLANGAN SAINS SK GANDA TEMENGOR PENGERUSI EN JAMALULIN BIN ZAINAL Guru Besar Sk Ganda Temengor

NAIB PENGERUSI EN AMIR HAMZAH BIN ALI Penolong Kanan Pentadbiran

SETIAUSAHA PN NORAZLINA BINTI MUHAMMAD Ketua Panitia Sains

NAIB SETIAUSAHA EN MOHD SHAID BIN HASHIM

AHLI JAWATANKUASA Semua Guru Matapelajaran Sains Tahun 1- Tahun 6

-3-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

OBJEKTIF Plan Tindakan Kecemerlangan Sains SK Ganda Temengor 2012 mempunyai objektifnya seperti berikut :Peratus lulus bagi subjek Sains dalam UPSR 2012 kekal pada tahap 100%

Open Question dan isu semasa

PERINCIAN PERANCANGAN STRATEGIK (a) Menghabiskan Silibus Sains Tahun 6 Silibus Sains Tahun 6 hendaklah diselesaikan sebelum April 2012. Rasionalnya, ulangkaji untuk silibus Sains Tahun 4 dan 5 dapat dibuat. Ini kerana silibus Sains dalam Tahun 4 dan Tahun 5, turut ditanya dalam peperiksaan UPSR sebenar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat mengingat semula pelajaran yang dipelajari kira-kira 1 atau 2 tahun yang lepas.

(b) Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5 Mengikut perancangan, ulangkaji silibus Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 5 akan dimulakan pada April hingga Jun 2012. Berdasarkan kajian, didapati soalan-soalan silibus Tahun 5 merangkumi hampir 50% daripada jumlah keseluruhan soalan UPSR. Adalah sukar bagi murid untuk mengingati semula pelajaran lepas tanpa bimbingan daripada guru-guru Sains.

-4-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

(c) Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR Melalui program ini, murid akan dibimbing secara intensif bagaimana teknik menjawab soalan yang betul. Skop akan ditumpukan kepada kedua-dua sektor, iaitu bahagian A (30 markah) dan bahagian B (20 markah). Mengikut penelitian dan pengalaman murid menghadapi sedikit masalah dalam bahagian B. Ini kerana soalan dan cara menjawab agak teknikal. Oleh itu, formula-formula tertentu perlu ditekankan kepada murid. Ini termasuklah dalam kemahiran proses Sains seperti, memerhati, meramal, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, inferens, mentafsir maklumat, membuat kesimpulan serta mengukur dan menggunakan nombor. (d) Latih-Tubi Latih-tubi akan dijalankan berdasarkan 2 peringkat. Latih-tubi pertama berdasarkan tema. Ini bermaksud latihan diberikan secara on going mengikut tema yang sedang dipelajari. Penilaian serta-merta dilakukan selepas sesuatu topik itu diajar. Peringkat kedua adalah latih-tubi soalan-soalan ala-UPSR. Ini bermaksud soalan-soalan daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan digabungkan untuk menjadi satu set soalan bentuk UPSR dan dijawab oleh murid. Kriteria pemarkahan yang digunakan adalah dalam standard UPSR. Sumber soalan-soalan UPSR lepas, soalan-soalan Sains daripada Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia, serta soalan-soalan modul WAJA menjadi pilihan utama. Ini kerana soalan-soalan ini berkualiti (Kaedah Taksonomi Bloom) dan dapat memenuhi tahap piawaian UPSR sebenar. Sasaran yang hendak dicapai adalah murid sekurang-kurangnya menjawab dengan betul melebihi 500 soalan pelbagai bentuk (pembetulan serta-merta akan dititikberatkan). (e) Program Study-Group Keupayaan setiap murid adalah berbeza. Malah cara murid untuk menerima sesuatu bentuk ilmu itu adalah berbeza mengikut situasi dan penyampai ilmu. Lantaran itu, melalui study-group ini murid mampu belajar tanpa tekanan, perasaan malu dan ilmu yang disampaikan disampaikan mengikut aras bahasa dan penyampaian yang mereka mampu terima. Melalui study-group ini murid berbincang sesama kumpulan. Guru hanya bertindak sebagai penyelaras dan akan datang membantu jika diperlukan. Untuk tidak membebankan murid, study-group ini akan dijalankan pada hujung minggu atau mengikut keperluan dan mempunyai hub masing-masing mengikut kampung. (f) Program Rakan Sebaya & Guru Angkat Murid-murid yang dikenalpasti berpotensi dan cemerlang dalam subjek Sains akan menjadi pembimbing kepada rakan yang agak lambat menerima pembelajaran. Rasinonal daripada program ini adalah pembelajaran berlangsung secara dua hala. Murid pembimbing dapat mengasah kebolehannya, manakala murid dibimbing akan menerima tunjukajar daripada pembimbing. Pada masa yang sama, setiap murid yang berada di Tahun Enam akan mempunyai seorang mentor (Guru Angkat) yang membimbing dari aspek pelajaran, motivasi, teknik belajar dan sebagainya.

-5-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

(g) Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat Sekolah / Zon / Daerah Pihak sekolah akan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam program kecemerlangan UPSR samada peringkat sekolah / Zon / Daerah dengan menghantar murid-murid sekolah ini yang berpotensi dan cemerlang dalam semua subjek UPSR. Program ini ternyata positif, apabila salah seorang murid yang terlibat dalam program ini serta program-program yang dirancang diperingkat sekolah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR. (h) Input pengetahuan am, isu terkini berkaitan dengan sains dan open questions Guru Sains Tahun 6 sentiasa memberikan maklumat pengetahuan am dan isu semasa yang berkaitan dengan dunia sains sebagai persediaan diri untuk menghadapi soalan luar jangkaan terutama di Bahagian A. Disamping itu, mereka diberi peluang untuk menyediakan satu atau dua soalan yang berkaitan pelajaran sains Tahun 4 hingga 6 dan soalan isu-isu semasa berkaitan dengan sains. JADUAL PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM Menghabiskan Silibus Tahun 6 Mengulangkaji Silibus Tahun 4 dan Tahun 5 Teknik Menjawab Soalan UPSR Latih-Tubi MASA Januari - Mac April Julai Julai Januari - September CATATAN

Program Study-Group

Januari - September

Setiap murid mampu menjawab melebihi 500 soalan sehingga peperiksaan UPSR bermula. Murid mempunyai hub pembelajaran secara studygroup Contohnya hub Kg. Tigaman Darat, Kg. Sampir dan Kg. Sampir Darat. Ahli study-group dan hub masing-masing akan diberikan oleh guru Sains kepada murid.

Program Rakan Sebaya dan Mentor Guru Angkat Melibatkan Diri Secara Aktif Dengan Program Kecemerlangan Peringkat Zon ataupun Daerah

Januari - September

Rakan sebaya menjadi pembimbing, Guru menjadi mentor.

Ikut Takwim Zon / PPD Sekitar 4 5 orang terlibat Daerah (mengikut kuota PPD)

-6-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

SENARAI NAMA MURID TAHUN ENAM 2012 DAN TARGET YANG HENDAK DICAPAI PADA UPSR 2011
Bil Nama TOV (TAHUN 5) Target UPSR 2012 A A A A A A A A A A A A A A B B B B B C C 100% 100% Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

Wan Anis Salwani Nurul Fatihah Ayuni Nur Jannatul Saadah Nur Syafiqah Mohd Harith Mohd Yusuf Mohd Fairuz Daniel Mohd Afiq Ikhwan Mohd Alifie Mohd Aiman Ismail Mohd Fahim Syazlin Nur Syafini Nur Airien Shahira Mohd Zulhilmi Nur Diana Natasha Zamir Zakimie Muhammad Halif Nazmi Nur Bazilah Mohd Hasrul Helmy NorHellyana

-7-

Plan Perancanagan Kecemerlangan Sains UPSR Sek. Keb. Ganda Temengor

PENUTUP Program seumpama ini telah lama dipraktikan oleh pihak sekolah. Program ini begitu berjaya membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam UPSR. Namun demikian, program demi program semata-mata tidak akan mampu membantu murid, jika murid tersebut tidak bersedia, tidak memiliki sikap kendiri yang positif, tiada sokongan daripada keluarga ataupun daripada dalam diri murid itu sendiri.

Disediakan Oleh,

(NORAZLINA BINTI MUHAMMAD ) Ketua Panatia Sains, Sek. Keb. Ganda Temengor, Gerik, Perak.

-8-

You might also like