You are on page 1of 18

PENGENALAN

BANK RAKYAT

BANK RAKYAT ( BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA )

Bank Rakyat adalah singkatan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia . Ianya ditubuhkan pada tahun 1954.Di awal penubuhannya operasi bank ini adalah berasaskan kepada Sistem Perbankan Konvensional . Selaras dengan perkembangan semasa dan tahap kesedaran kepada system perbankan islam , pihak pengurusan bank rakyat ( Lembaga Pengarah ) telah mengorak langkah kearah Sistem Perbankan yang lebih baik dan dijamin oleh syarak iaitu Sistem Perbankan Islam pada tahun 2003. Bank Rakyat secara rasminya mengumumkankan perubahan operasi perbankan mereka daripada Sistem Perbankan Konvensional kepada Sistem yang berasaskan Prinsipprinsip Syariah Islam sepenuhnya . Kini Bank Rakyat merupakan bank koperasi islam yang terbesar di Malaysia . Kemudahan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank Rakyat adalah seperti pembiayaan peribadi i-Aslah , pinjaman Kenderaan , pinjaman perumahan , kad kredit dan juga saham bank rakyat . Masyarakat majmuk di Malaysia kini mempunyai kemudahan perbankan yang lebih baik dan meyakinkan . Bagi komuniti islam pula kita boleh menggunakan produk perbankan Bank Rakyat tanpa sebarang keraguan atau rasa was-was kerana ianya berlandaskan kepada syarak .

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH KULIM BERHAD ( KPPKK BERHAD )

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH KULIM BERHAD Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Tuan Haji Mat Said B Ismail . Di awal penubuhannya ia dikenali dengan nama Syarikat Bekerjasama-sama Pegawai Kerajaan Disrict Kulim Jimat Cermat dan Pinjaman Rial dengan Tangguhan Berhad. Syarikat ini mengalami beberapa proses perubahan nama sehinggalah kekal kepada nama sekarang iaitu Koperasi Pegawai-Pegawai kerajaan Daerah Kulim Berhad atau singkatannya KPPKK Berhad pada tahun 1999. Penubuhan KPPKK Berhad adalah untuk memberi kemudahan bagi

membolehkan ahli-ahli koperasi menyimpan sebahagian wang pendapatan dan juga menyelesaikan kemudahan pinjaman mereka. Keahlian koperasi kini mencecah 720 orang . Keahlian koperasi ini bagaimanapun terhad kepada pegawai kerajaan di sekitar daerah Kulim atau beralamat tempat tinggal di dalam Daerah Kulim, Kedah. Pihak koperasi menceburi pelbagai bidang yang boleh memberikan pulangan yang baik kepada ahli-ahli seperti pelaburan, Perkhidmatan Insurans/cukai jalan MCIS serta Stesen Minyak Petronas ( 2 cawangan ) Kemudahan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak koperasi adalah seperti kredit pengguna, perumahan ,kenderaan,pengangkutan,pembangunan

tanah,persekolahan dan kebajikan am. Selain itu pihak koperasi juga menyediakan kemudahan biasiswa,dermasiswa,khairat kematian bantuan bencana alam,khidmat nasihat dan pendidikan.Dari segi ekonomi pula manfaat yang diperolehi adalah dividen,rebet , saham dan bonus. Misi dan visi KPPKK Berhad adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli, menjadikan koperasi sebagaisatu institusi kewangan ynag kukuh dari segi asset dan pelaburan , membantu anggota-anggota meningkatkan taraf

hidup,mengelakkan ahli-ahli daripada terjebak dengan ceti haram serta melaksanakan tanggungjawab sosial dari aspek kebajikan ,pendidikan dan perhubungan.

SKIM PEMBIAYAAN / PINJAMAN PERIBADI

JADUAL PERBANDINGAN

Perbandingan pinjaman/pembiayaan peribadi antara Bank Rakyat dan KPPKK Berhad .

BANK RAKYAT ( i-Aslah) 1. Terbuka semua warganegara

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KULIM 1. Anggota kerajaan yang berjawatan

Malaysia Kakitangan Kerajaan atau Swasta

tetap tinggal dan menetap di Kulim atau mempunyai tanah atau harta di Kulim. 2. Tidak pernah disabitkan dengan

kesalahan jenayah. 2. Syarat pinjaman terbuka kepada ahli dan bukan ahli 3. Pembiayaan yang ditawarkan 3. Syarat pinjaman terbuka kepada ahli sahaja 4. Pembiayaan yang ditawarkan sehingga 20 tahun maksimum 5. Kadar pembiayaan maksimum sehingga RM 50 000 6. Had potongan bulanan adalah tidak melebihi 60% daripada pendapatan bulanan kasar. setelah 7. Layak meminjam setelah menjadi ahli

sehingga 20 tahun. 4. Kadar Pembiayaan

sehingga RM 200 000 5. Had potongan bulanan adalah tidak melebihi 60% daripada pendapatan bulanan kasar. 6. Layak meminjam

berkhidmat tidak kurang 3 tahun. 7. Had umur pinjaman di antara 18 dan 55 tahun. Bagi kakitangan kerajaaan sehingga 58 tahun.

8. Kadar

faedah

antara

3.25%

sehingga 5.20%. 9. Kaedah melalui: 10. Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA). 11. Potongan gaji pekerja. 12. Potongan akaun simpanan. bayaran balik adalah

PEMBIAYAAN PERIBADI i-Aslah BANK RAKYAT Pembiayaan peribadi i-Aslah Bank Rakyat terbuka kepada semua warganegara

Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas samada kakitangan kerajaan atau swasta. Selain itu kemudahan pinjaman peribadi ini juga ditawarkan kepada mereka yang disenarai hitamkan ( blacklisted). Skim pembiayaan peribadi ini terbuka kepada mereka yang menjadi ahli bank rakyat dan juga bukan ahli bank rakyat.Bagi yang menjadi ahli kadar faedah pinjaman yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kepada yang bukan ahli.Ini adalah satu keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak bank kepada ahlinya. Seterusnya bagi pelanggan-pelanggan yang memilih skim pembiayaan peribadi i-Aslah juga dikecualikan daripada membayar yuran proses dan bayaran perkhidmatan . Pelanggan juga akan menerima kad kredit secara percuma daripada pihak bank.Mereka yang ingin membuat pinjaman perlu menyediakan dokumen seperti penyata gaji bulanan terkini ( 2 bulan ) dan juga surat pengesahan daripada majikan. Jumlah pembiayaan yang diberikan adalah serendah RM5 000 hingga jumlah pembiayaan maksimum RM 200 000. Kadar faedah yang dikenakan adalah antara 3.25% hingga 5.20% mengikut tempoh pembiayaan yang telah dipersetujui bersama dengan pihak bank. Bagi kakitangan kerajaan mereka mestilah berumur 18 tahun hingga 58 tahun manakala untuk pekerja sektor swasta pula usia mereka mestilah diantara 18 tahun sehingga 55 tahun . Proses pembayaran balik pembiayaan peribadi i-Aslah boleh dibuat melalui tiga cara. Bagi peminjam dari sektor kerajaan pembayaran balik boleh dijelaskan melalui pemotongan gaji oleh pihak Biro Angkasa( BPA). Peminjam daripada kakitangan swasta pula boleh membuat bayaran balik melalui potongan gaki pekerja ataupun akauan simpanan.

PINJAMAN PERIBADI KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN DAERAH KULIM BERHAD.

Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Daerah Kulim ( KPPKK Berhad ) menawarkan skim pinjaman peribadi AL-BAI AL-INAH( berjamin ). Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah serendah RM1 000 sehingga RM 25 000. Tempoh bayaran balik pula adalah sehingga maksimum 10 tahun dengan kadar faedah 5 %. Pinjaman peribadi AL-BAI AL-INAH ditawarkan hanya kepada mereka yang telah menjadi ahli Koperasi KPPKK Berhad. Bagi menjadi ahli koperasi individu itu mestilah anggota kerajaan atau kakitangan kerajaan yang berjawatan tetap , tinggal dan menetap di dalam Daerah Kulim ataupun mempunyai tanah atau harta di dalam Daerah Kulim serta tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah. Syarat bagi jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada ahli adalah sebanyak 9 kali ganda gaji pokok mereka berserta yuran keahlian koperasi. Selain itu ahli juga perlu mengemukakan 2 orang penjamin bagi pihak mereka. Had potongan bulanan adalah tidak melebihi 60% daripada pendapatan bulanan kasar. Pihak koperasi turut menawarkan pinjaman peribadi AL-QARDHUL HASSAN dengan jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM 5 000 dengan kadar faedah 3% bagi tempoh 4 tahun. Pinjaman ini adalah merangkumi bagi kecemasan,Pengajhian Tinggi dan pinjaman buku. Selain itu Pinjaman bagi membeli barang keperluan rumah seperti perabot , motor atau kereta iaitu AL-BAI U BITHAMAN AAJIL pada jumlah RM 50 000 dengan kadar faedah 6 % bagi tempoh maksimum 15 tahun . Di bawah skim ini juga ditawarkan pinjaman bercagar samada tanah atau rumah .

PILIHAN : SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI i-Aslah BANK RAKYAT.

Bagi skim pinjaman peribadi saya telah memilih Skim Pembiayaan Peribadi i-Aslah daripada Bank Rakyat . Saya memilih skim ini adalah kerana sebagai seorang pegawai Kerajaan saya hanya perlu menyediakan penyata gaji bulanan terkini selama dua bulan dan juga surat pengesahan daripada majikan untuk permohonannya. Berbeza dengan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak koperasi yang memerlukan saya menjadi ahli terlebih dahulu dan perlu mengemukakan dua orang penjamin bagi pihak saya. Pembiayaan i-Aslah tidak memerlukan saya menjadi ahli bank rakyat untuk meminjam. Tempoh pinjaman selama 20 tahun dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding koperasi KPPKK juga membantu meringankan beban kewangan bulanan saya. Sebagai contoh sekiranya saya membuat pembiayaan dengan bank rakyat sebanyak RM 10 000 bagi tempoh 5 tahun jumlah bayaran bulanan yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 203 berbeza dengan koperasi yang mana memerlukan saya membayar sebanyak RM 266. Ini membolehkan saya menjimatkan wang saya sebanyak RM 63 sebulan ataupun RM 3780 dalam tempoh 5 tahun . Selain itu kedudukan Bank Rakyat sebagai Bank Koperasi Islam terbesar di Malaysia juga memberikan jaminan kewangan yang kukuh.Sebagai seorang yang beragama islam juga saya tidak perlu berasa ragu-ragu atau was-was dengan wang riba kerana Bank Rakyat melaksanakan Sistem Perbankan Islam. Saya juga memilih skim pembiayaan peribadi i-Aslah kerana kaedah pembayaran baliknya mudah bagi saya sebagai seorang kakitangan kerajaan iaitu melalui potongan Biro Angkasa( BPA).Had potongan maksimum 60% daripada pendapatan bulanan saya juga membantu saya merancang perbelanjaan bulanan. Cawangan-cawangan Bank Rakyat yang terdapat di semua negeri di Malaysia juga akan memudahkan saya melakukan sebarang urusan perbankan yang berkaitan.

Kesimpulannya saya memilih pembiayaan peribadi i-Aslah Bank Rakyat kerana ianya mudah , menjimatkan serta yang paling penting tiada unsur-unsur riba di dalamnya.

PERBANDINGAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

Perbandingan pinjaman perumahan antara Bank Rakyat i-Manzili Berperingkat dengan Pinjaman Kerajaan Bank Rakyat 1. Terbuka kepada warganegara Pinjaman kerajaan 1. Terbuka kepada semua kakitangan yang berjawatan tetap. 2. Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum tarikh bersara. 3. Jumlah pembiayaan sehingga 100 % 4. Syarat pinjaman

Malaysia yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.

2. Jumlah pembiayaan sehingga 100 % 3. Syarat pinjaman

4. Pembayaran tahun 5. Rumah atau

balik

maksimum

30

5. Pembayaran balik maksimum 30 tahun

pangsapuri

dalam

6. Rumah atau pangsapuri dalam peringkat pembinaan dan sedia ada. 7. Kadar faedah tetap 4% tempoh pinjaman. sepanjang

peringkat pembinaan sahaja 6. Kadar faedah 2.5 % untuk tahun yang pertama, 5% untuk tahun seterusnya. bergantung Kadar kepada faedah margin

pembiayaan iaitu 70%, 80%, 90%, 100%. 7. Terhad individu. 8. Memerlukan dokumen permohonan yang banyak. hanya untuk pinjaman 8. Pinjaman secara individu atau

bersama(suami isteri). 9. Tidak memerlukan dokumen kerana

semua permohonan dibuat oleh pihak

majikan. 9. Permohonan secara terus dengan pihak bank. 10. Permohonan dilakukan melalui majikan.

PINJAMAN PERUMAHAN i-Manzili BANK RAKYAT

Pinjaman Perumahan i-Manzili Bank Rakyat

You might also like