You are on page 1of 7

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian. Metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh saya untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan cara menganalisis data. 3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Rekabentuk kajian kes ini dipilih untuk membolehkan penyelidik memahami secara mendalam cara dan kaedah yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran literasi murid-murid. Seramai 28 orang pelajar menjadi responden kepada kajian ini di mana mereka didedahkan dengan pembelajaran menggunakan kaedah suku kata berwarna dan gambar. Rekabentuk kajian ini ialah berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos. Perkara Sebelum Semasa Catatan Masa Ujian Pra (Lampiran 1) 1 Minggu Kaedah Suku Kata Berwarna 4 Minggu
19

Dan Gambar. Selepas (Lampiran A, B, C dan D) Ujian Pos (Lampiran 1) 1 Minggu

Jadual 3.1 Reka bentuk Kajian 3.3 Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri dari 70 orang murid yang kini berada di tahap satu di Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong Tenom. Murid-murid ini belajar dalam 3 bilik darjah iaitu 28 orang murid kelas Tahun 1, 24 orang murid kelas Tahun 2 dan 20 orang murid kelas Tahun 3. Setelah membuat pemilihan, responden kajian dipilih daripada murid-murid Tahun 1. Pemilihan murid-murid Tahun 1 adalah kerana mereka merupakan murid yang masih mempunyai masalah dalam kemahiran literasi Bahasa Melayu yang teruk berbanding dengan kelas yang lain. 3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan satu jenis alat ukuran untuk mengumpul data-data yang diperlukan bagi menjawab persoalan kajian seperti borang ujian pra dan pos. Setiap alat ukuran ini akan dikhususkan kepada persoalan kajian untuk memudahkan penyelidik mengutip maklumat yang diperlukan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri beberapa item. Berikut adalah instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ; i) Ujian Pra Lampiran 1 ( ujian sebelum kajian tindakan). ii) Ujian Pos Lampiran 1 (ujian selepas kajian tindakan).
iii) Keadah Suku Kata Berwarna Dan Gambar (Rujuk Lampiran A, B, C dan D). iv) Skor Markah Ujian Pra dan Pos. (Rujuk Lampiran 2) v) Analisis Markah Ujian Pra dan Pos. ( Rujuk Lampiran 3)

. 3.4.1 Ujian Pra


20

Ia merupakan set soalan iaitu ujian pra yang terdiri daripada soalan-soalan mengenai tajuk kajian yang dijalankan, yang teridiri daripada 5 soalan ( rujuk Lampiran 1) . Bahagian ini terdiri daripada data pencapaian prestasi awal pelajar melalui ujian pra yang dilaksanakan. Keputusan ini digunakan untuk mengukur prestasi semasa pelajar di peringkat awal sebelum pendekatan kaedah suku kata berwarna dan gambar dijalankan. 3.4.2 Ujian Pos Ia merupakan set soalan iaitu ujian pos yang terdiri daripada soalan-soalan mengenai topik kajian yang dijalankan ( rujuk Lampiran 1). Bahagian ini terdiri daripada data pencapaian prestasi akhir melalui ujian pos yang dilaksanakan. Keputusan ini diukur untuk membandingkan prestasi pelajar di peringkat akhir kajian. 3.4.3 Pembinaan Instrumen Instrument dibuat berdasarkan konstruk yang terdapat pada Saringan LINUS Bahasa Melayu Tahun Satu seperti di bawah. Konstruk 2: Keupayaan membunyikan suku kata terbuka. Konstruk 3: Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka. Konstruk 4: Keupayaan membunyikan suku kata tertutup. Konstruk 5: Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Konstruk 6: Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 10: Keupayaan membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11: Keupayaan membaca ayat mudah. Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan. 3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Mengikut perancangan, kajian ini dijalankan selama enam minggu. Seminggu sebelum pengajaran bagi proses rawatan dimulakan, responden diberikan Ujian Pra. Pada minggu pertama hingga minggu ketiga responden diberikan pengajaran dengan menggunakan kaedah suku kata berwarna dan gambar selama tiga minggu. Setiap minggu subjek diajar sepuluh waktu pengajaran dan 1
21

waktu pengajaran mengambil masa selama 60 minit. Selepas pengajaran selama tiga minggu, responden diberikan Ujian Pos dan kandungan ujian ini sama seperti Ujian Pra. Masa pelaksanaan bagi Ujian Pos adalah dalam seminggu. Data-data kajian diperoleh daripada analisis dokumen dan data markah ujian Pra dan Pos akan dianalisis dalam masa seminggu. 3.6 Kaedah Analisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisis dalam bentuk penganalisaan data iaitu bentuk manual atau pengiraan peratusan bagi data ujian. Data kajian yang telah dikumpul oleh penyelidik melalui instrumen yang dibina kemudiannya akan dianalisis. Data kajian yang diperolehi dianalisis berdasarkan kekerapan, peratusan dan min daripada setiap item yang dikira dan seterusnya mendapatkan satu data statistik yang tepat hasil dapatan kajian yang dijalankan. Data kajian daripada Ujian Pra dan Ujian Pos akan dianalisis berdasarkan kekerapan, peratusan dan skor min. Statistik data yang diperolehi digunakan untuk tujuan penilaian dan menunjukkan tahap keberkesanan pendekatan kaedah suku kata berwarna dan gambar bagi pembelajaran literasi Bahasa Melayu. 3.6.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Maklumat mengenai markah dan gred Bahasa Melayu ujian pra bagi setiap pelajar adalah untuk melihat peratus keupayaan awal pelajar. Maklumat ini juga akan digunakan untuk mencari hubungan keberkesanan strategi yang digunakan sepanjang kajian ini. Data yang dikumpul dari soalan ujian pos akan dianalisis berdasarkan skema pemarkahan analitik. Kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir kajian selama tiga minggu akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah keseluruhan. Kelemahan dan kesilapan pelajar sewaktu menjawab soalan ujian akan dibincangkan oleh pengkaji 3.6 Rumusan Pendekatan dalam literasi Bahasa Melayu adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran literasi individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang
22

kemahiran literasi dalam Bahasa Melayu. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim pembelajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Rujukan
1. Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.
2. Abdul Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publications.

23

3. Idris Mohd. Radzi dan Dahlia Janan (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:

Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.


4. Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.


5. Marzuki Nyak Abdullah, 1994. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.


6. Meimon Binti Sanai (2009). Celik Huruf: Lancar Baca. Buku Koleksi Kertas Kerja

Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-112.


7. Abdillah Bin Nurdin Asis (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang

Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Ipgm Kbl Tahun 2009, Ms. 72-78. 8. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). Instrumen Membaca Saringan 2 Literasi.

9. Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :

Fajar Bakti
10. Buku Panduan(1998), Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah

Penguasaan 3M ), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia,


11. Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2,

Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd.


12. Sharida Sharudin (2001), Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors (M) Sdn.

Bhd.
13. Laman web Belajar membaca Suku Kata. http://belajarmembaca.com/belajar-membaca-

suku-kata. Diakses pada 20 Jun 2011.


24

25

You might also like