Professional Documents
Culture Documents
Dasar Pendidikan Negara
Dasar Pendidikan Negara
Pengenalan
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.
Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah: a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan. d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.
Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.