You are on page 1of 5

PRamlee.Com.

My

Tan Sri P. Ramlee PSM, AMN (22 Mac 1929-29 Mei 1973) adalah seorang 'lagenda' dalam industri filem Malaysia. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah dan pencipta lagu yang serba boleh. Kerana sumbangan besar beliau dalam industri filem, muzik dan sastera tanahair, P.Ramlee sering dikaitkan sebagai ikon hiburan Melayu di Malaysia dan Singapura. Tan Sri P. Ramlee PSM, AMN (22 March 192929 May 1973) was a Malaysian film actor, director singer and songwriter. Due to his contributions in the movie and music industry, as well as in the literary scene, he is often attributed as the icon of Malay entertainment in both Malaysia as well as Singapore.

Biografi P.Ramlee ~ Biography P.Ramlee

P.Ramlee atau nama sebenar beliau, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh adalah anak kepada Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dan Che Mah Hussein. Beliau lahir di rumah neneknya yang sekarang dijadikan sebagai Muzium P.Ramlee di Counter Hall (sekarang diganti namanya menjadi Jalan P.Ramlee), Penang, Malaysia . Ayahnya Teuku Nyak Puteh adalah seorang pelaut dari Lhokseumawe di wilayah Aceh, Indonesia. Beliau pernah belajar di beberapa buah sekolah, termasuk Penang Free School yang terkenal. Semasa di sekolah, ia sangat aktif dalam sukan, terutama sepak takraw, badminton dan bola sepak. P.Ramlee telah berkahwin sebanyak tiga kali. Jodoh beliau yang terakhir pada tahun 1961 adalah seorang penyanyi yang bernama Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma. P.Ramlee or his real name. Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh is son of Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim and Che' Mah Hussein. He was born at his grandmother's house (now opened as P.Ramlee House) in Counter Hall (now renamed as Jalan P. Ramlee), Penang, Malaysia. His father Teuku Nyak Puteh was a sailor from Lhokseumawe in the province of Aceh, Indonesia. As a child, he studied in several schools, including the famous Penang Free School. During his school days he was very active in sports, especially sepak takraw, badminton and football. He was married three times, the last in 1961, to the singer Salmah Ismail (or popularly known as Saloma)

Kerjaya P.Ramlee ~ P.Ramlee's Career

'Bulan jatuh ke riba' bagi P.Ramlee pada tarikh 1 Jun 1948 apabila ditemui oleh pengarah filem Tamil, B.S.Rajhans. Pengarah tersebut tertarik pada bakat PRamlee dan pada tahun 1949 ia telah direlitikan melalui filem Nasib (Fate). Tujuh tahun kemudian, P Ramlee mengarahkan filem pertamanya Penarik Becha (The Trishaw Man). Pada tahun 1957, P.Ramlee mengarahkan filem komedi pertamanya, Bujang Lapok (Dowdy Bachelors) dan beliau berlakon bersama S.Shamsuddin dan Aziz Sattar, yang masih popular di kalangan peminat masakini. P.Ramlee's big break came on 1 June 1948 when he was spotted by Tamil film director B.S.Rajhans. The director was impressed by PRamlee, and in 1949 he was cast in the film Nasib (Fate). Seven years later, PRamlee directed his first film Penarik Becha (The Trishaw Man). In 1957, PRamlee would act in the first of his Bujang Lapok (Dowdy Bachelors) comedic films that he acted along S. Shamsuddin along with Aziz Sattar, which are still popular among the modern Malay film watchers. Sepanjang kerjayanya, P.Ramlee telah mengarah dan berlakon dalam 66 buah filem dan telah menghasilkan lebih daripada 360 buah lagu. During his career he directed and acted in sixty-six films and had more than 360 songs to his credit.

Anugerah Diterima ~ Awards

Best Musical Score for Hang Tuah Third Asian Film Festival, Hong Kong (1956) Best Male Actor for Anakku Sazali (My son, Sazali) Fourth Asian Film Festival, Tokyo (1957) Best Comedy Film for Nujum Pak Belalang (The Fortune Teller) Seventh Asian Film Festival, Tokyo (1960) Most Versatile Talent for Ibu Mertua Ku (My Mother In law) Tenth Asian Film Festival, Tokyo (1963) Best Comedy Film for Madu Tiga (Three Wives) Eleventh Asian Film Festival, Taipei (1964) Filem terakhirnya P.Ramlee adalah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lagu terakhir beliau adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada 1973. His final film was Laksamana Do Re Mi on 1972. Last songs and lyrics was Ayer Mata Di Kuala Lumpur on 1973 before his death.

Kematian P.Ramlee ~ Death of P.Ramlee

Pada tarikh 29 Mei 1973 P. Ramlee meninggal dunia pada usia 44 kerana masalah jantung dan dikebumikan di Perkuburan Muslim Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1986, untuk menghormati sumbangan kepada industri hiburan Malaysia, P.Ramlee Memorial ditubuhkan pada Setapak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1982, Jalan Parry di pusat bandar KL telah berganti nama menjadi Jalan P.Ramlee sebagai penghormatan kepada beliau. Allahyarham juga dianugerahkan dengan pangkat Tan Sri Malaysia di awal 1990-an. On 29 May 1973 P.Ramlee died at the age of 44 due to heart problems and was buried in Jalan Ampang Muslim Cemetery, Kuala Lumpur. In 1986, in honour of his contributions to the Malaysian entertainment industry, the P.Ramlee Memorial was set up in Setapak, Kuala Lumpur. In 1982, Jalan Parry in the KL city centre has been renamed Jalan P.Ramlee in his honor. He was posthumously awarded with the Malaysian honorific title Tan Sri in the early 1990s.

You might also like