You are on page 1of 2

Taklimat Arkib Negara Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis Yang Berusaha, Guru Besar

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pahlawan, Yang dihormati Guru Penasihat Persatuan Sejarah, cikgu-cikgu dan ahli persatuan yang dikasihi. Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia. Saya selaku Kurator Arkib Negara Malaysia, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Persatuan Sejarah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pahlawan kerana sudi menjemput saya untuk memberi sedikit taklimat sebelum rombongan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara Malaysia dimulakan. Tanpa membuang masa lagi, kita bersama-sama meninjau kembali sejarah Arkib Negara Malaysia ketika pertubuhannya. Arkib Negara Malaysia terletak di sini, beralamat di Jalan Duta, 50568, Kuala Lumpur dan mempunyai banyak cawangan negeri di seluruh tanah air Malaysia. Arkib Negara Malaysia ditubuhkan pada 1 januari 1957 sebagai pejabat rekod awam. Apabila menjelang tahun 1963, pejabat rekod awam mulai dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia. Pada tahun 1966, Akta Arkib Negara no.44 telah diluluskan dalam parlimen. Seterusnya pada tahun 1982, Arkib Negara Malaysia telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta setelah bertapak selama 16 tahun di Petaling Jaya. Pada tahun 2003, Akta Arkib Negara 629 telah diluluskan di parlimen. Apabila menjejak tahun 2008, Arkib Negara Malaysia adalah di bawah penguasaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan warisan. Visi Arkib Negara Malaysia adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan cintakan warisan Negara. Manakala misi penubuhan Arkib Negara Malaysia adalah memperoleh, menyimpan, memelihara dan memulihara khazanah warisan Negara, memasyarakatkan arkib dan warisan negara dan menjadikan Arkib Negara Malaysia sebagai Pusat Sumber dan Penyelidikan Negara. Arkib Negara Malaysia juga berfungsi untuk member khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam secara sistematik dan berkesan. Selain itu, pihak arkib juga mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah Negara. Arkib Negara Malaysia juga menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatanjabatan Kerajaan dan orang awam serta menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanah air. Dengan itu, Arkib Negara Malaysia mampu menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah di kalangan masyarakat Malaysia. Arkib Negara Malaysia telah memperolehi sijil pengiktirafan MS ISO 9002:1994 pada bulan Disember 2000 di man skop perlaksanaannya ialah Perolehan dan Pemeliharaan Fail-fail Rasmi Kerajaan. Berdasarkan Surat Perkeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.2/2002 oleh MAMPU. Setelah itu, Arkib Negara Malaysia mula menaik taraf MS ISO 9002:1994 kepada MS ISO 9001:2000 pada bulan Jun 2003. Dalam usaha menaiktaraf persijilan MS ISO, Arkib Negara Malaysia telah meminta khidmat nasihat daripada INTAN (Institusi Tadbiran Awam Negara)

untuk menyediakan dokumen dan membangunkan system kualiti berdasarkan standard MS ISO 9001:2000. Dalam zaman serba moden, Pihak Arkib telah menubuhkan Perkhidmatan Dalam Talian (Online Access) kepada semua pengguna untuk mencari bahan-bahan rujukan secara maya melalui laman web rasmi Arkib Negara Malaysia di www.arkib.gov.my. Setakatlah sahaja taklimat saya tentang Arkib Negara Malaysia. Sila kemukakan sebarang pertanyaan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Sekian, terima kasih.

You might also like