You are on page 1of 4

TAKRIF EKONOMI ISLAM Ekonomi Islam ditakrifkan sebagai kajian al-falah manusia menerusi pengurusan sumber bumi yang

berasaskan kerjasama dan penyertaan, Sementara pengakaji juga melihat ekonomi Islam sebagai sains sosial yang mengakaji masalah ekonomi yang berpegang kepada nilai-nilai Islam. Dengan kata lain, ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengakaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, dari segi memperolehi, mengguna atau mengurus sumber asli bagi kebaikan diri dan kebaikan bersama secara rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t. Ekonomi Islam bersifat komprehensif kerana ia tidak mengabaikan faktor-faktor bukan ekonomi seperti politik, sosial, etika dan moral. Umpamanya pandangan Ibn Taimiya mengenai harga yang setara ( price of the equivalet ), mengenai ketidaksempurnaan pasaran dan kawalan harga, penekanannya terhadap tugas negara bagi menjamin supaya keperluan-keperluan asa orang ramai dipenuhi dan sebagainya lagi. 1. EKONOMI ISLAM: PERSPEKTIF

1.1 Ekonomi Islam ialah suatu bidang ilmu yang menghuraikan disiplin hubungan manusia dengan kegiatan ekonomi. Ia mencakupi hal/aspek-aspek berikut: a) Kuasa mutlak ALLAH ke atas kehidupan manusia dan sumber ekonomi b) Peraturan atau undang-undang dan nilai yang membentuk perlakuan manusia dalam kegiatan ekonomi c) Hak-hak kehormatan manusia sebagai pengusaha penerima faedah d)

dan

Kedudukan sumber ekonomi sebagai punca kegiatan

e) Kawalan dan pemisahan antara kegiatan ekonomi positif dan kegiatan ekonomi negatif

f) Hasil pulangan ekonomi dan pengagihan kekayaan berteraskan keadilan 1.2 Ekonomi Islam merupakan suatu disiplin yang menyediakan saluran, kaedah, polisi, struktur dan mekanisme yang berkesan, bagi manusia mencapai KEPERLUAN ASAS (Basic Needs) dan faedah-faedah ekonomi yang maksimum, dari sumber-sumber ekonomi yang tersedia 1.3 Ekonomi Islam merupakan disiplin yang menyediakan kaedahkaedah dasar untuk memaksimumkan agihan kekayaan ekonomi, sama ada kepada individu, masyarakat, organisasi dan negara. Ekonomi Islam menyeimbangkan hak golongan yang mampu berusaha dan golongan yang tidak mampu 1.4 Ekonomi Islam berteraskan Aqidah (Tauhid & Keimanan) dan Syariat. Gabungan Aqidah dan Syariat menjamin kehormatan dan kebaikan kegiatan ekonomi, sama ada dari aspek guna tenaga, manusia, sumber ekonomi dan pengagihan yang adil Institusi kewangan yang ditubuhkan ialah: a. Bank Islam b.Takaful (Insuran kenderaan, kesihatan, harta benda, pelajaran dan keluarga) c. Gadaian secara Islam d. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM) Produk Kewangan Islam Di Malaysia 1. Produk kewangan Islam di Malaysia dilaksanakan di bawah skim, Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) 1. Institusi kewangan Islam di Malaysia yang utama ialah Bank Islam Malaysia Bhd.

1. Tujuan SPTF untuk menyediakan kemudahan kewangan melalui produk kewangan secara khusus, berlandaskan prinsip Islam, mengikut panduan Syariat Didalam teori ekonomi konvensional ekonomi ditakrifkan sebagai suatu sains sosial mengenai masalah penggunaan atau mentadbir sumber-sumber yang terhad bagi memenuhi keperluan masyarakat yang tidak terhad, maka ekonomi Islam merupakan sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. Di dalam ekonomi moden, keseluruhan aktiviti berkisar tentang manusia dan sosial, di dalam keadaan kehendak manusia yang tidak terbatas, sumber-sumber yang terhad, menghadapi kepelbagaian persoalan ekonomi, dan membuat pilihan dengan dipandu oleh kepentingan individu dan pertukaran yang dipandu oleh kuasa-kuasa pasaran; sementara di dalam ekonomi Islam, kesemua aktiviti-aktiviti ekonomi ini bergerak dengan dipandu oleh nilai-nilai Islam, kuasakuasa pasaran dan bukan pasaran. EKONOMI ISLAM Ekonomi Islam lahir dari sumber wahyu Ekonomi Islam sangat sempurna, iaitu : Ilahiah dan Insaniah Berciri ilahiah kerana berdiri di atas dasar aqidah, syariat dan akhlak. Ertinya, Ekonomi Islam berlandaskan kepada aqidah yang meyakini bahawa harta benda adalah milik Allah SWT, sedang manusia hanya sebagai khalifah yang mengelolanya (Istikhlaf), sebagaimana diamanatkan Allah SWT dalam surat Al-Hadiid ayat 7. Sistem Ekonomi Islam tidak membunuh hak individu sebagaimana Allah SWT nyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 29 bahwa semua yang ada di Bumi diciptakan untuk semua orang. Namun pada saat yang sama tetap memelihara hak sosial dengan seimbang, Di samping itu, tetap menjaga hubungan dengan negara sebagaimana diperintahkan dalam surat An-Nisaa ayat 59 yang mewajibkan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta Ulil Amri yang dalam hal ini boleh diartikan penguasa (pemerintah)

selama taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. EKONOMI KONVENSIONAL Datang dari sumber akal Terdapat unsur riba iaitu Premium yang mesti dibayar oleh peminjam kepada pemberi pinjaman bersama dengan jumlah prinsipal sebagai memenuhi syarat untuk melanjutkan kematangan urusniaga pinjaman Riba mewujudkan ketidakseimbangan dalam sektor-sektor ekonomi, dan menghalang pertumbuhan yang sihat Penipuan Kezaliman dan Penindasan Pembaziran / Pemborosan Kegiatan lain yang tidak direstui oleh Syariat Tidak menjaga keseimbangan antara hak individu dan hak sosial Berbeza dengan Sistem Ekonomi Barat, baik Kapitalis, angka dan untung-rugi, serta hanya bertujuan untuk : Pengendalian Pasar, Mengalahkan Pesaing, Memperkaya Diri dan Merugikan Orang.
Diterbitkan pada: 19 November Source: http://ms.shvoong.com/books/1947679-ekonomi-islam-vs-konvensional/#ixzz1obFc5Ygk

You might also like