You are on page 1of 6

PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM MENINGKATKAN PEMILIKAN KEKAYAAN UMMAH: SATU GAGASAN DAN CABARAN PELAKSANAAN1

DR. AHAMED KAMEEL MYDIN MEERA Penasihat (Ekonomi) Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Pengenalan

Adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa wang dan sistem kewangan banyak berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Malahan, ramai beranggapan wang itu sendiri adalah kekayaan. Dalam hal ini, insitusi kewangan memainkan peranan yang amat penting. Mereka berperanan memobilisi simpanan yang sedia ada dan menyalurkan kepada para pelabur agar dapat digandakan untuk kekayaan dan penghasilan modal. Peranan yang dimainkan oleh institusi-

institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh. Malahan, kita dapat menikmati pelbagai barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat diperolehi dengan menghasilkannya sendiri.

Institusi Kewangan Islam

Setiap kali bercerita tentang institusi kewangan, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah bank. Akan tetapi, bukan bank sahaja yang merupakan institusi kewangan di dalam Islam. Terdapat beberapa institusi kewangan yang lain seperti agensi dan pertubuhan Zakat, Waqf dan Baitul Mal. Malahan, institusi-institusi inilah yang amat perlu diperkembangkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang gawat pada waktu ini. Dalam membicarakan peranan institusi kewangan dalam pembentukan pemilikan kekayaan masyarakat, kita tidak boleh mengenepikan kejatuhan matawang yang melanda dunia kini. Setiap cadangan perlu mengambilkira dinamik dan kesan daripada krisis kewangan global.

Kertas kerja ini bukan merupakan kertas kerja akademik, tetapi mengandungi beberapa maklumat penting dalam membantu pembentangan powerpoint topik ini.

Peranan Sektor Bank Dalam Krisis Kewangan Global

Amatlah jelas kini bahawa sektor bank yang bertanggungjawab dalam kejatuhan system kewangan yang melanda dunia. Ianya merupakan kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis. Memetik kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang berbunyi Laissezfaire telah mati. Perbankan sewajarnya dipertanggungjawabkan di atas krisis ini

memandangkan bank banyak mencipta wang begitu sahaja tanpa disandarkan kepada apa-apa, pada kadar yang jauh lebih tinggi ditambah penambahan kadar daripada kemampuan sebenar perkembangan ekonomi negara. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya bubbles.

Penciptaan wang ini dihasilkan melalui simpanan bank, di mana bank-bank Islam juga terlibat.

Bank-bank Islam pada masa ini kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrument hutang seperti mortgage-based collateralized debt obligations ataupun credit default swaps yang mengakibatkan kejatuhan matawang.

Akan tetapi, semua bank saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan. Oleh itu, kejatuhan bank-bank konvensional yang disebabkan oleh kera kredit credit crunch akan turut menjejaskan perbankan Islam. puhan

Kewangan Islam adalah berasaskan aset dan tidak berasaskan hutang. Faktor ini ditambah jaringan terus kepada aset tetap yang menyebabkan kestabilan serta melindungi daripada masalah hutang piutang.

Walau bagaimanapun, perbankan dan kewangan Islam hari ini masih mempunyai banyak kekurangan contohnya, wang ia tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar, sama seperti system konvensional. Walaupun kesemua instrumen terus berkait dengan aset sebenar, malangnya, wang ini tidak disandarkan dengan aset. Kewangan Islam pada masa ini, terlepas pandang beberapa perkara penting dalam aspek kewangan contohnya wang itu sendiri. Hari ini, sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup system fractional reserve banking yang menggunakan fiat money yang tidak disandarkan dengan
2

komoditi sebenar seperti emas atau perak.

Ini berbeza dengan setiap transaksi yang berdasarkan prinsip-prinsip Shariah seperti perkahwinan, capital punishments, zakat dan sebagainya yang bersandarkan emas dan perak sebagai tukaran matawang, dan tidak boleh ditukar. Kebijaksanaan di sebalik hal ini kurang difahami oleh para akademik dan ahli-ahli Shariah, kerana ia berkait dengan pemahaman tentang implikasi ekonomi terhadap definisi wang yang berbeza. Dalam pada itu, teori kewangan menjangkakan bahawa perkaitanan antara institusi kewangan Islam dan konvensional melalui fiat monetary sistem akan mengakibatkan penggabungan di antara keduanya. Pada masa ini perbankan Islam telah bergabung dengan perbankan konvensional2. Memandangkan institusi perbankan kewangan Islam dan konvensional mempunyai urusan di antara keduanya, oleh itu mereka saling berkaitan melalui rekod-rekod perakaunan. Hal ini telah mengakibatkan bank-bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global kelemahan dalam definisi wang.

Oleh yang demikian, jika perbankan dan kewangan Islam ingin memainkan peranan bermakna ke arah peningkatan Ummah, maka inilah masanya ia seharusnya kembali kepada bentuk asal iaitu wang disandarkan kepada sektor utama melalui komoditi utama. Kini merupakan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dinar emas sebagai matawang. Penggunaan dinar emas mengelakkan penghasilan wang (creation of money) yang akan mewujudkan bubbles. Tanpa usaha dan langkah tersebut, adalah mustahil memerangi masalah kemelesetan ekonomi global yang mendatang.

Pada tahun-tahun akan datang, kemelesetan ekonomi akan mengakibatkan kegagalan orang awam melangsaikan hutang pinjaman dan pembiayaan. Jikalau bank-bank Islam mengambil sikap sama seperti bank konvensional dengan menutup akaun dan mengisytiharkan muflis
Pergabungan itu telah menyebabkan banyak kritikan diterima oleh bank Islam kerana mengikut jejak langkah bank konvensional. Hal ini dinyatakan oleh Hakim Wahab Patail terhadap 12 kontrak perumahan BBA dengan menyatakan bahawa kontrak tersebut tiada beza daripada kontrak konvensional.
2

terhadap para pelanggan, maka tindakan ini pastinya tidak berupaya meningkatkan apatah lagi melindungi pemilikan kekayaan ummah. Malahan, ummah akan kehilangan kekayaan.

Setakat ini tiada bukti jelas menunjukkan bank-bank Islam telah berjaya meningkatkan ekonomi ummah. Di Pakistan dan Sudan di mana keseluruhan bank mengamalkan perbankan Islam pun, mengalami kegagalan dalam sistem yang sedia ada. Terdapat kajian membuktikan bahawa kadar kemiskinan di Sudan meningkat walaupun perbankan Islam dilaksanakan keseluruhannya. Bank-bank Islam tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada fractional reserve banking jikalau ia benar-benar ingin menyumbang ke arah kebaikan ummah.

Fokus bank-bank Islam tidak seharusnya hanya kepada kaedah pembiayaan pinjaman seperti Murabaha, BBA and Ijarah. Ia harus mengambilkira aktiviti berbentuk pengurusan dana serta mengambil risiko menggunakan lebih banyak kaedah Musharakah. Bagi pembiayaan rumah, koperasi perumahan Islam adalah sesuai dilaksanakan. Kaedah ini menggunakan konsep sewa berbanding faedah dan ia memberi manfaat kepada pembeli. Pembeli boleh memperolehi rumah dengan cepat berbanding BBA yang banyak merugikan pembeli.

Institusi kewangan Islam yang lain seperti zakat, waqf dan baitul mal turut berperanan penting dalam meningkatkan ekonomi ummah. Institusi zakat misalnya, dapat diperbaiki dengan

beberapa kaedah, seperti menggalakkan orang ramai membayar zakat, ketelusan dalam pengagihan wang zakat dan mempelbagaikan cara pengagihan wang zakat contohnya melalui tajaan pendidikan rakyat miskin di sekolah-sekolah vokasional, pertanian, import eksport dan sebagainya.

Institusi waqf seperti telah diabaikan.

Dalam sejarah dunia Islam, institusi waqf telah

memainkan peranan utama dalam pembiayaan, pembangunan dan pengurusan ekonomi empayar Islam. Banyak kemudahan awam telah dibiayai dengan waqf. Oleh yang demikian, waqf seharusnya dikaji semula bagi membiayai misalannya sistem persekolahan, universiti, hospital dan sebagainya. Wangnya juga boleh dimanfaatkan bagi membiayai pendidikan golongan miskin, membiayai kajian dan sebagainya.
4

Baitul mal berperanan besar dalam mengurus sistem kewangan Islam. Dalam ekonomi dinar ia boleh memainkan peranan sebagai minter dan gold custodian. Dinar emas akan menjaga serta mempertahankan kekayaan ummah. Apabila kita menerima dolar sebagai matawang

antarabangsa, mereka boleh menciptanya begitu sahaja lalu membeli barang daripada seluruh dunia. Itulah yang dilakukan dengan wang bailout sebanyak USD700 bilion dan beberapa trillion yang dicipta oleh Federal Reserve bagi menangani krisis kewangan. Kebanyakan wang tersebut digunakan untuk membeli barangan dari luar Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka memandangkan masyarakat dunia telah mengiktiraf dolar sebagai matawang antarabangsa. Kini wang tersebut digunakan untuk menaja lebih banyak peperangan, contohnya di Palestin dan akan datang dengan Iran.

Bank-bank Islam, yang merupakan sebahagian daripada fractional reserve banking system, turut terlibat dalam keseluruhan permainan ini.

Untuk itu, dalam usaha meningkatkan ekonomi ummah, pendekatan holistik amat diperlukan. Bukan hanya peranan bank-bank Islam yang perlu diteliti, malahan institusi-institusi kewangan yang lain, turut harus dikaji.

Memandangkan kejatuhan kewangan sedang merebak ke seluruh dunia, pastilah ia akan turut memberi kesan kepada perbankan Islam dan institusi kewangan yang lain. Kerapuhan kredit (credit crunch) yang diakibatkan oleh krisi ini adalah menyamai krisis kewangan yang melanda pada tahun 1997. Ia akan mengakibatkan ekonomi merudum, kadar pengangguran meningkat, kelembapan perniagaan dan sebagainya. Harga dan nilai aset akan turut jatuh. Fenomena ini

berlaku disebabkan sistem kewangan yang ada membenarkan bank-bank mencipta wang semudahnya lalu memberi pinjaman dengan mengenakan kadar faedah atau menggunakannya untuk membeli pelbagai aset untuk dijual balik, disewakan dan sebagainya seperti dalam kewangan Islam. Untuk itu, kerajaan sepatutnya menghalang foreclosures dalam keadaan ini kerana ia akan menyukarkan rakyat akhirnya.

Pada saat ini, kita seharusnya mengakui gagasan murni oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mencadangkan penggunaan dinar emas, khususnya bagi urusan perniagaan antarabangsa. Malaysia seharusnya menjual hasil minyak dan petroleum serta lainlain barangan eksportnya dengan tukaran nilaian emas.

Dalam situasi politik-ekonomi global kini, apa yang seharusnya dilakukan oleh institusi-institusi kewangan Islam dalam meningkatkan dan mempertahankan ekonomi ummah ialah mengkaji emas dan perak (dan lain-lain komoditi berkaitan) sebagai ukuran nilai dalam semua transaksi kewangan. Emas dan perak dijadikan ukuran nilai matawang dalam prinsip-prinsip Shariah bukanlah sesuatu yang sia-sia, pasti terkandung hikmahnya.