You are on page 1of 24

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 3 - ZON 1 "PANAS SALJU" Soalan 1 : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel

tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel Panas Salju, karya Talib Samat menceritakan kisah Zulkifli yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur. Anaknya Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL mencadangkan Nadhirah dirawat di Kings College, London. Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli yang mengajar diSekolah Kebangsaan Tun Razak (2) , Cheras . Cikgu Bushrah sanggup menderma sebahagian hati kepada anak mereka, Nadhirah walaupun risikonya cukup besar. Zulkifli menemui sahabat lamanya Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan mereka disiarkan . Tan Sri Shamsudin yang menjadi pengarah urusan syarikattelekomunikasi, Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King's College, London. Pakar bedah, Dr. Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa di London, Zulkifli dibantu oleh Muliyadi Mahmood , sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah di UiTM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saleha Brigite , wanita Perancis. Muliyadi sekampung dengan Zulkifli di Felda Ulu Tiram,Johor. Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan di UiTM Shah Alam dan bekerja di Bank Islam . Kemudian, Nadhirah berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya, Nazli dapat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti yang sama. Zulkifli akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi.

Soalan 2: Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Tema novel ini ialah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tema novel ini dapat dikesan melalui rentetan peristiwa yang menjalin plotnya iaitu kisah kehidupan sebuah keluarga yang mengalami masalah kewangan untuk merawat anak yang sakit kronik, kerana memerlukan kos rawatan yang cukup besar jumlahnya bagi orang biasa, kecuali keluarga itu jutawan. Sikap masyarakat yang prihatin, tanpa mengira kedudukan membolehkan anak sakit ini menerima rawatan. Pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertukar nyawa untuk memberi kehidupan kepada seorang anak juga ada hubungan rapat dengan tema novel ini. Persoalan pertama ialah sabar dan cekal menghadapi kehidupan. Buktinya, Zulkifli dan

isterinya, Bushrah begitu sabar dan tabah menghadapi cabaran yang menimpa mereka apabila anak gadis mereka, Nadhirah menghidap penyakit hati dan hempedu. Mereka sering berbincang dan mencari jalan untuk mengubati anak mereka. Persoalan kedua ialah kasih sayang ibu bapa. Buktinya, Zulkifli dan Bushrah amat menyayangi anak mereka sehingga sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang demi keselamatan anaknya. Bushrah pula sanggup berkorban nyawa demi melihat kebahagiaan anaknya. Persoalan ketiga ialah hidup bermuafakat. Buktinya, penduduk Bandar Tun Razak yang hidup bermuafakat telah mengadakan kenduri doa selamat sebelum Nadhirah berangkat ke London untuk menjalani pembedahan. Hal ini bermakna muafakat amat penting dalam hidup berjiran. Persoalan keempat ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Oleh sebab ingin memajukan diri, Zulkifli amat mementingkan pendidikan. Dia dan kawannya, Muliyadi berusaha sehingga berjaya memperoleh PhD.

Soalan 3: Huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak utama dalam novel ini ialah Zulkifli. Dia sudah berumah tangga dengan Bushrah dan mempunyai dua orang anak yang bernama Nadhirah dan Nazli. Dia bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur. Zulkifli seorang suami, bapa dan pekerja yang bertanggungjawab. Sebagai suami dan bapa, dia berusaha mencari kos rawatan Nadhirah. Dia juga seorang pekerja yang mematuhi peraturan di tempat kerjanya. Zulkifli seorang yang gigih berusaha. Buktinya, dia melakukan pelbagai usaha untuk mengumpul kos rawatan Nadhirah. Dia juga melakukan kerja-kerja sambilan seperti menulis skrip drama radio serta gigih memperbaiki taraf pendidikan sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat PhD. Zulkifli seorang yang cekal dan tabah hati. Buktinya, pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan dilaluinya dengan semangat yang cekal. Hatinya tabah menghadapi penyakit Nadhirah dan kematian Bushrah. Malah selepas isterinya meninggal dunia, dia tetap meneruskan pengajiannya dalam peringkat PhD. Dia tabah menghadapi saat-saat cemas sewaktu pembedahan Nadhirah dan Bushrah dijalankan. Zulkifli juga digambarkan sebagai seorang yang mengenang budi dan menghormati orang lain. Dia amat menghormati Tan Sri Shamsuddin. Yang sudi membantu kos rawatan anaknya. Zulkifli sentiasa ingat akan bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai, jiran tetangga dan orang perseorangan. Zulkifli juga amat menghormati ibu dan bapa mertuanya.

Soalan 4: Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak sampingan pertama ialah Bushrah. Dia ialah ibu kepada Nadhirah dan Nazli. Dia seorang guru yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Dia ialah isteri kepada Zulkifli dan menjadi penderma hati kepada Nadhirah. Dia meninggal dunia lima tahun selepas pemindahan hatinya ke badan Nadhirah. Dia seorang yang penyayang. Buktinya, dia sayang akan suami, anak, dan keluarga. Kasihnya kepada anak terlalu mulia apabila dia sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah demi melihat anaknya bahagia. Watak sampingan kedua ialah Nadhirah. Nadhirah ialah anak sulung pasangan Zulkifli dan Bushrah. Dia mengalami kerosakan hati dan hempedu yang dikesan ketika dalam darjah empat. Nadhirah seorang yang taat kepada orang tua. Dia amat menghormati ibu bapanya dan sentiasa mendengar nasihat daripada mereka. Nadhirah juga seorang yang berjiwa sensitif. Hatinya mudah tersentuh apabila mendengar lagu Kasih Ibu. Dia juga simpati kepada mangsa kemalangan yang dibantu oleh ayahnya. Nadhirah seorang yang berani. Dia berani menghadapi cabaran dan dugaan ketika menghidapi sakitnya. Dia tetap bersikap optimis dan tidak mudah berputus asa. Watak sampingan ketiga ialah Muliyadi. Beliau merupakan kawan baik Zulkifli yang juga merupakan pensyarah ITM. Beliau berkahwin dengan wanita Perancis dan mempunyai dua orang anak. Beliau seorang yang baik hati dan ikhlas. Bukitnya, ketika Zulkifli dan sekeluarga berada di London, Muliyadi sentiasa memberikan pertolongan dengan ikhlas dan memberikan sokongan moral kepada Zulkifli. Muliyadi seorang yang gigih berusaha. Buktinya, beliau begitu gigih meningkatkan taraf akademiknya sehingga ke peringkat PhD. Walaupun belajar di luar negara, dia tidak pernah melupakan asal-usulnya. Buktinya, dia tetap berjiwa Melayu dan tidak lupa akan kampung halamannya. Watak sampingan seterusnya ialah Dr. Tan Kai Chah. Beliau merupakan seorang pakar bedah hati yang terkemuka. Beliau telah menjalankan pembedahan hati sebanyak 450 kali. Beliau seorang yang baik hati dan berfikiran terbuka. Buktinya, dia dengan mudah menjalinkan kemesraan dengan keluarga Zulkifli tanpa mengira agama dan kedudukan. Beliau seorang yang cekap menjalankan tugas. Buktinya, kepakaran dan cara kerjanya yang profesional telah menunjukkan bahawa beliau seorang yang dedikasi dalam menjalankan tugas. Beliau juga seorang yang rendah diri. Walaupun berpendapatan lumayan, beliau sentiasa merendah diri. Soalan 5: Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Novel ini ditulis mengikut kronologi. Pada bahagian permulaan atau dikenali sebagai eksposisi, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Permulaan cerita ini mengisahkan Zulkifli dan keluarganya pulang ke Kuala Linggi, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik iparnya di rumah mertuanya.

Selepas itu, mereka menuju ke selatan, Felda Ulu Tebrau, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Pada majlis tersebut, Zulkifli bertemu kawan lamanya, Muliyadi yang bertugas sebagai pensyarah ITM Shah Alam. Perkembangan cerita ialah bahagian pengarang memperkenalkan lebih banyak watak dan cerita dilanjutkan dengan pelbagai peristiwa. Pada bahagian ini, Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang masih jauh daripada mencukupi. Mereka kemudiannya meminta bantuan pihak media bagi memohon simpati masyarakat. Pada waktu inilah, mereka memanjatkan kesyukuran apabila Tan Sri Shamsuddin telah bermurah hati mendermakan RM350,000 untuk menjayakan pembedahan Nadhirah di London. Pada bahagian perumitan atau konflik, Bushrah dikatakan mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tindakannya mendapat sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, Bushrah tetap dengan keputusannya. Sebelum mereka berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah mengadakan kenduri doa selamat untuk Nadhirah. Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah telah sampai di London. Mereka menjalani pembedahan di Hospital Kings College. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam tersebut diketuai oleh pakar bedah dari Malaysia, Dr. Tan Kai Chah. Akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan. Kejutan peristiwa pada bahagian ini ialah kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan. Pada bahagian peleraian atau akhir cerita, pengarang lebih tertumpu pada kehidupan Zulkifli sekeluarga selepas kematian Bushrah. Nadhirah telah lulus Diploma perakaunan dan bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Kemudiannya dia berkahwin dengan seorang pakar bedah. Zukifli pula melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD manakala Nazli meneruskan pelajarannya di Kuala Kangsar. Soalan 6: Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Teknik plot pertama ialah teknik saspens. Teknik ini menyebabkan pembaca akan tertanya-tanya tentang perkara yang berlaku. Buktinya, pengarang memasukkan teknik saspens pada awal cerita apabila sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terjunam ke dalam parit semasa Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Melaka. Pembaca tertanya-tanya keadaan mereka berdua. Teknik kedua ialah kejutan. Teknik ini dimasukkan dan menambahkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Dalam novel ini, kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan ialah teknik kejutan. Teknik ini memberi kejutan kepada pembaca Hal ini demikian kerana sebelum ini, tidak ada tanda-tanda Bushrah menghadapi kesan buruk pembedahan yang dilaluinya. Teknik ketiga ialah dialog. Dialog bermaksud pertuturan antara watak dalam novel. Kebanyakan dialog berlaku antara Bushrah dengan suaminya. Buktinya, Kita mesti hadiri kursus anak cemerlang itu. Kalau tak, kita rugi besar, kata Zulkifli sambil menghadap sarapan pagi. Teknik penceritaan keempat ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara

hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Buktinya, Ya Allah, ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk mengangkat kedua-dua mangsa ini ke dalam kereta, doa Zulkifli dalam hati. Teknik imbas kembali juga banyak digunakan dalam novel ini. Teknik ini digunakan semasa pengarang memasukkan unsur ingat semula fenomena kemalangan di Sumatera Utara, Indonesia. Pihak berkuasa di sana dikatakan meletakkan kereta yang remuk di bahu jalan sebagai peringatan kepada pemandu lain agar tidak memandu terlalu laju hingga membawa maut.

Soalan 7: Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar tempat memainkan peranan penting dalam setiap plot cerita. Latar tempat pertama ialah Hospital Seremban. Buktinya, kedua-dua mangsa Sikh yang terlibat dalam kemalangan dihantar oleh Zulkifli untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Latar tempat kedua ialah Kuala Linggi, Melaka. Di sinilah rumah keluarga Bushrah. Pada awal cerita pengarang menceritakan kenduri arwah yang dijalankan. Di sini jugalah Nazli ditumpangkan selama Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah berada di London. Selepas pulang dari London, Zulkifli juga singgah di rumah mertuanya sekejap sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Latar tempat ketiga ialah Felda Ulu Tebrau. Tempat ini ialah kampung Zulkifli. Zulkifli pulang ke kampung semasa menghadiri majlis perkahwinan adiknya dan berjumpa dengan kawan lamanya yang bernama Muliyadi di situ. Latar tempat keempat ialah Sekolah Bandar Tun Razak (2). Di sinilah Bushrah bekerja sebagai guru. Setelah penderitaan Nadhirah disiarkan dalam surat khabar, warga sekolah tersebut melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu Nadhirah. Latar tempat seterusnya ialah Hospital Kings College. Di hospital inilah Nadhirah dan Bushrah menjalani pembedahan pemindahan hati. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam itu telah berjaya dilaksanakan oleh Dr. Tan Kai Chah. Soalan 8: Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar zaman atau masa dalam novel ini ialah zaman moden. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar masa seperti yang dinyatakan oleh pengarang. Latar masa pertama ialah subuh. Pada waktu inilah Zulkifli, Bushrah, dan Nadhirah bersolat subuh berjemaah, kemudian bersarapan pagi. Latar masa kedua ialah waktu tengah hari. pada awal cerita, pengarang memasukkan waktu

tengah hari semasa kereta Zulkifli rosak berhampiran Simpang Renggam. Namun begitu, dia dibantu oleh seorang lelaki yang bernama Cheng Guan. Latar masa ketiga ialah petang. Semasa Nadhirah menjalani rawatan di London. Dr. Tan kai Chah telah menetapkan pembedahan yang akan berlangsung selama 14 jam tersebut bermula pada pukul 2 petang. Pada pukul 2 petanglah Nadhirah dibius. Latar masa keempat ialah waktu malam. Pada waktu malam sebelum Nadhirah berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah bekerjasama menjayakan kenduri doa selamat. Latar tempat seterusnya ialah lima tahun selepas pembedahan. Pada pukul 4.00 pagi hari Jumaat, Bushrah meninggal dunia di ribaan suaminya.

Soalan 9: Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat ini terbahagi kepada dua jenis, yakni golongan biasa dan golongan kaya raya. Buktinya, golongan biasa diwakili oleh keluarga Zulkifli dan penduduk di taman perumahannya yang hidup harmoni. Namun begitu, Tan Sri Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang kaya raya tetap tidak sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah. Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh ibu bapa Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang tinggal di Felda Ulu Tebrau. Masyarakat kampung dikatakan lebih mengamalkan perpaduan terutamanya semasa menjayakan sesuatu majlis. Latar masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan wartawan. Buktinya, Zulkifli bekerja sambilan sebagai penulis skrip radio. Selain itu, Mohammad Yusuf bekerja sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan Melayu. Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah digambarkan sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Cikgu Khairani juga memainkan peranan yang penting dalam novel ini kerana beliaulah yang selalu datang ke rumah Nadhirah apabila Nadhirah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting dalam masyarakat. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa. Latar masyarakat ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda Cina yang bernama Cheng Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya manakala pemuda Cina yang bernama Cheng Guan membantu Zulkifli yang mengalami kerosakan kereta di Simpang Renggam.

Soalan 10: Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Nilai pertama ialah baik hati. Zulkifli digambarkan sebagai seorang yang baik hati kerana membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dia telah membantu pasangan Sikh yang mengalami kemalangan. Nilai kedua ialah kerajinan. Watak seperti Zulkifli dan Muliyadi mengamalkan nilai ketekunan. Mereka berdua belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat PhD. kejayaan mereka dalam bidang akademik perlu kita teladani. Nilai ketiga ialah kejiranan. Tindakan masyarakat di tempat tinggal Zulkifli sememangnya mengamalkan sikap kerajinan terutamanya semasa menjayakan kenduri doa selamat. Nilai ini perlu ada pada semua penduduk di Malaysia. Nilai keempat ialah kerjasama. Nilai ini jelas kelihatan pada penduduk desa yang mengamalkan kerjasama semasa menjayakan sesuatu majlis. Buktinya, masyarakat desa di Felda Ulu Tebrau bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan adik Zulkifli. Nilai kelima ialah kesyukuran. Oleh sebab syukur dengan kurniaan Tuhan atas nikmat dan kekayaan yang dimiliki, Tan Sri Shamsuddin telah insaf akan kuasa Tuhan dan mengambil keputusan untuk mendermakan RM350,000 untuk meringankan keperitan Nadhirah.

Soalan 11: Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Terdapat beberapa pengajaran dalam novel ini. Pengajaran pertama ialah kita mestilah bersabar apabila menghadapi masalah. Buktinya, Zulkifli dan Bushrah tetap bersabar menerima takdir yang menimpa keluarga mereka. Penyakit Nadhirah dan pandangan masyarakat terhadap mereka dihadapi dengan sabar. Pengajaran kedua ialah kita tidak harus cepat berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Buktinya, Nadhirah pernah menjalani pembedahan tetapi penyakitnya tidak sembuh. Zulkifli tetap yakin bahawa penyakit Nadhirah akan sembuh dan melakukan pelbagai usaha untuk mengumpulkan kos pembedahan Nadhirtah. Pengajaran ketiga ialah kita mestilah mensyukuri nikmat dan anugerah Tuhan. Buktinya, Tan Sri Shamsuddin begitu insaf akan rezeki yang melimpah ruah yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Oleh sebab itu, dia sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah. Pengajaran keempat ialah kita haruslah menuntut ilmu tanpa mengira usia. Buktinya, Zulkifli tetap meneruskan hasratnya menuntut ilmu ke peringkat ijazah dan PhD walaupun sudah berkeluarga dan bekerja. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah menghargai pengorbanan orang lain. Buktinya, Zulkifli amat menghargai pengorbanan isterinya, Bushrah yang menderma sebahagian daripada hati kepada anaknya, Nadhirah.

Soalan 12: Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah penggunaan diksi atau istilah perubatan. Antara contoh diksi tersebut yang terdapat dalam novel ini ialah hemoglobin, glukosa, asid laktik, glikogen, virus, bakteria dan banyak lagi. Gaya bahasa kedua ialah sinkof. Buktinya, tak usah, istana ni, gitu, kau. Penggunaan singkatan kata ini banyak wujud dalam dialog. Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya: Selagi nafas berdenyut, selagi itulah kita mesti mencari ilmu. Perkataan selagi diulang sebanyak 2 kali. Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli. Dalam contoh tersebut, matahari digambarkan mempunyai sifat manusia, iaitu membakar. Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Buktinya, cari jalan, khabar angin, gulung tikar, janji-janji manis, mata pencarian dan banyak lagi.

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 2 ZON 1 PAHLAWAN PASIR SALAK Soalan 1 : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah. Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikutpengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka. Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk Kampung Pasir Salak. Soalan 2 : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.

Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan. Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung. Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah. Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan. Soalan 3: Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk. Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai. Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya. Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikutpengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai. Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Soalan 4 : Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak sampingan pertama ialah Pak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk Maharaja Lela semasa melatih anak-anak muda bersilat. Dia seorang yang amat menghormati ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yang tegas. Dia tegas semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air. Dia berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi menghadapi kedatangan Inggeris. Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah berumur tetapi menghormati jiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin. Dia menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping rajin meronda. Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru berumah tangga yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak. Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun wataknya hanya muncul sekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi. Datuk Maharaja Lela yang yakin akan kebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch. Dia seorang pejuang yang memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajar kita contohi. Soalan 5 : Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja

Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini. Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris. Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak. Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri. Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya. Soalan 6: Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Teknik penceritaan pertama ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, Pak Wan berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranya Inggeris datang ke Pasir Salak. Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri, orang lain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli yang hanya tersenyum apabila menerima kedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batu daripada pertemuan kali pertama itu. Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam

novel ini, pengarang menggunakan teknik ini ketika Deli melihat orang yang sedang berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah: Siapa pula tu? bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu. Soalan 7: Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar tempat pertama ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anakanak muda berlatih silat. Di sini juga penduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela. Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakannya dengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang membuka warung di situ. Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ. Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya mengenai peristiwa Lamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah. Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran pangkalan. Di sini, Deli, Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka ingin memastikan keselamatan penduduk Pasir Salak. Soalan 8: Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Jarak masa sepanjang perjalanan cerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Cerita bermula dengan peristiwa Deli membantu Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lela selepas pihak Inggeris berundur. Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875, Residen Birch memaksa Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak. Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan mendengar nasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu sebegini.

Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin, dan Akub membina pondok kawalan di pinggir sungai Perak. Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung. Pada ketika itulah Deli terlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera dipukul anjing penjajah. Soalan 9: Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat penduduk kampung. Contohnya, semua penduduk di Kampung Pasir Salak ialah penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Latar masyarakat kedua ialah masyarakat remaja dan dewasa. Contohnya, Deli, Lamin, Akub, dan Lamsah adalah antara golongan remaja manakala Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Pak Wan, Pak Endut merupakan contoh masyarakat dewasa. Masyarakat asing juga ada. Bukitnya, askar Inggeris, Askar Sipahi, dan pembesar-pembesar Inggeris seperti Kapten Innes, Nakhoda Orlong, dan Residen Birch ialah orang asing. Latar masyarakat keempat ialah masyarakat yang menderhaka kepada tanah air. Buktinya, Lamsah dan Mat Arshad ialah antara tali barut atau anjing penjajah yang menderhaka kepada tanah air sendiri. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat bandar. Buktinya, Mamat yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak. Soalan 10: Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Nilai pertama ialah kasih sayang. Buktinya, Pak Wan amat menyayangi anaknya, Mat Nor. Dia masih terkenangkan anaknya itu walaupun Mat Nor telah meninggal dunia setahun yang lalu. Nilai kedua ialah cinta akan tanah air. Buktinya, penduduk Kampung Pasir Salak berani menentang angkatan Inggeris, walaupun mereka tidak mempunyai senjata-senjata moden. Nilai ketiga ialah hormat-menghormati. Buktinya, penduduk Pasir Salak amat mentaati dan menghormati ketua mereka, Datuk Maharaja Lela.

Nilai keempat ialah kerajinan. Bukitnya, Deli rajin membantu ibu bapanya di warung. Selain itu, penduduk Pasir Salak juga rajin membina pondok kawalan dan berkawal mengikut giliran. Nilai seterusnya ialah taat beragama. Buktinya, Deli digambarkan sebagai seorang remaja yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya. Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam novel ini wajar kita teladani. Soalan 11: Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Pengajaran pertama ialah kita perlu mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sebagai anak jati negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan kemerdekaan. Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Maharaja Lela dan penduduk Pasir Salak yang sentiasa menentang rancangan dan kehendak Inggeris patut kita contohi. Pengajaran kedua ialah kita tidak patut menderhaka kepada tanah air. Hal ini demikian kerana menderhaka kepada tanah air ialah perbuatan yang keji. Misalnya, Lamsah dan Mat Arshad yang menderhaka kepada tanah air akhirnya dibunuh dengan sia-sia. Pengajaran ketiga ialah kita patut membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tindakan Deli menolong Pak Wan yang dipukul oleh anjing penjajah dan tindakannya yang pernah menyelamatkan Lamsah patut kita teladan. Pengajaran keempat ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan. Bukitnya, sikap penduduk Pasir Salak yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal, terutamanya semasa bekerjasama membina pondok kawalan dan bekerjasama mengawal serta menentang Inggeris. Berkat usaha dan kerjasama, mereka telah berjaya mengalahkan angkatan Inggeris yang menyerang Kampung Pasir Salak. Pengajaran seterusnya ialah kita mesti taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana mentaati ibu bapa adalah dituntut agama. Oleh itu, sikap Deli yang rajin menolong ibu bapanya serta menghormati ibu bapanya perlu kita jadikan teladan. Soalan 12: Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama

ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Dia menghela nafas panjang-panjang seperti orang yang baru lepas dikejar harimau. Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Udara yang dingin berubah menjadi panas dibakar api bencikan Inggeris. Api ialah unsur konkrit manakala bencikan Inggeris ialah unsur abstrak. Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya: Bertenang. Bertenang saudara-saudaraku. Bertenanglah, kata Datuk Maharaja Lela. Perkataan bertenang diulang sebanyak 3 kali. Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Malam itu bulan agak pucat di balik awan. Dalam contoh tersebut, bulan digambarkan seperti sifat manusia, iaitu pucat. Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Bukitnya, anak tunggal, gigi air, memasang telinga, tali barut, sakit mata, mengambil berat dan banyak lagi.

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1 - ZON 1 "MENITI KACA"

Soalan 1: Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Novel ini mengisahkan Nazar, seorang anak tunggal dan masih dalam usia remaja. Oleh sebab ibunya nanar dan ayahnya selalu sakit, hidupnya tidak terurus. Begitu juga dengan makan minumnya. Jiran tetangga banyak membantu Nazar sekeluarga. Setelah ibunya meninggal dunia, Nazar terus gigih mengharungi hidup. Dia rajin belajar dengan rakan sekampung dan setingkatan. Tidak lama kemudian, ayahnya pula meninggal dunia. Nazar kehilangan kasih sayang ayah dan ibu. Dia bergantung harap kepada ibu saudaranya, rakan-rakan dan jiran tetangga. Berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan, dan keyakinan, akhirnya Nazar berjaya dalam menempuhi dugaan hidup. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Soalan 2: Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Tema novel ini ialah kegigihan dan ketabahan seorang anak remaja mengharungi hidup. Nazar, seorang remaja yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dan tabah menghadapi dugaan. Persoalan pertama ialah semangat perpaduan. Semangat ini tergambar pada keluarga Ah Seong yang sentiasa memberi sokongan moral kepada Nazar agar tabah menghadapi dugaan hidup. Persoalan kedua ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Sikap gotong-royong dan bekerjasama amat ketara pada masyarakat desa. Atas rasa simpati dan tanggungjawab bersama, orang kampung sanggup bekerjasama mencari Mahyun yang hilang, sehingga mayat Mahyun ditemui dan menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan secara bekerjasama. Persoalan ketiga ialah keluhuran budi dan baik hati. Selain Ah Seong, Kim Moi, dan Ah Leong yang memiliki sifat belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, dan saling memahami, Mak Miah, Pak Sehak, Pak Sahar, dan Zainab turut memiliki sifat sedemikian. Mereka mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh Nazar dan menunjukkan simpati

terhadap nasib yang menimpa keluarga Nazar. Persoalan keempat ialah buruk sangka dan memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.

Soalan 3: Huraikan Watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak utama dalam novel ini ialah Nazar. Nazar seorang yang tabah. Buktinya, dia menghadapi penyakit ibunya yang nanar dengan tabah. Selain itu, Nazar digambarkan seorang remaja yang bijak dan pandai. Hal ini demikian kerana dia mendapat lima unit dalam peperiksaan PMR. Hal ini menyebabkan dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Tambahan pula, Nazar seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi ibu bapanya. Dia tidak sanggup berpisah dengan ibunya yang dimasukkan ke hospital. Dia juga berasa cemas apabila ibunya hilang. Namun demikian, Nazar juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran matang. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda dirinya telah diterima dengan penuh kesabaran. Dia menganggap semua yang berlaku itu ujian Tuhan. Demikianlah perwatakan Nazar sebagai watak utama.

Soalan 4 : Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak sampingan pertama dalam novel ini ialah Pak Sahar. Pak Sahar merupakan bapa kepada Nazar. Dia bekerja sebagai pegawai luar di Lumut. Beliau seorang ayah yang penyayang. Buktinya, dia amat menyayangi dan mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga amat menyayangi isterinya, Mahyun. Dia berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit isterinya. Oleh

sebab sakit, dia meninggal dunia semasa Nazar berada dalam tingkatan 4. Mahyun merupakan salah seorang watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini. Dia ialah ibu kepada Nazar dan isteri kepada Pak Sahar. Dia berpenyakit nanar sejak melahirkan anak keduanya. Dia seorang wanita yang berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit. Mahyun suka bernyanyi. Oleh sebab mempunyai suara yang merdu, Nazar pernah mendengar ibunya menyanyi dengan suara yang merdu. Dia juga seorang yang suka merayau. Dia selalu bertandang ke rumah jiran dan berleter di anak tangga. Dia meninggal dunia semasa cerita mencapai klimaksnya. Watak sampingan seterusnya ialah Zainab. Zainab merupakan anak kepada Pak Sehak, dia mempunyai seorang adik bernama Fauzi. Dia seorang gadis remaja sebaya Nazar dan memiliki paras rupa yang cantik kerana mempunyai lesung pipit. Zainab seorang yang rajin. Dia rajin menghantar makanan kepada Nazar dan rajin mengulang kaji pelajaran. Zainab seorang yang mudah bersimpati dan penyayang. Dia menyayangi, bersimpati dengan nasib malang yang dialami oleh Nazar. Ah Seong juga merupakan salah satu watak sampingan. Dia merupakan jiran Nazar. Ibunya bernama Kim Moi dan ayahnya, Ah Leong. Dia mempunyai dua orang adik iaitu Ah Meng dan Ah Leng. Dia seorang yang baik hati terhadap rakan dan jiran. Dia membantu rakan sebayanya, Nazar setelah Mahyun didapati hilang dari rumah. Dia memberitahu Sidang Seman mengenai perkara itu. Dia juga seorang yang rajin. Dia selalu belajar bersama-sama Nazar dan Zainab. Ah Seong seorang yang mudah bersimpati. Dia amat bersimpati atas dugaan yang menimpa Nazar. Dia sentiasa menasihati Nazar agar bersabar.

Soalan 5 : Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Nazar yang pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang. Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila Pak Sahar mengambil tindakan menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit Mahyun. Penyakit Mahyun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari, Mahyun didapati hilang dan akhirnya dia ditemui mati. Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, pelbagai masalah dihadapi oleh Nazar. Ketiadaan ibu dalam keadaan dia hampir menduduki peperiksaan PMR, dia mendengar desas-desus ayahnya akan berkahwin lagi. Sementara itu, hubungannya dengan Zainab telah disalah anggap oleh penduduk kampung sehingga dia dilarang oleh ayahnya belajar bersama-sama dengan Zainab. Ayahnya pula sering sakit dan penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari.

Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini, Nazar yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh telah dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi yang memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, Pak Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital. Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, jenazah Pak Sahar selamat dikebumikan. Nazar terus belajar di sekolah berasrama penuh dengan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Soalan 6: Teknik Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Dalam novel ini, terdapat beberapa teknik penceritaan yang penting. Teknik penceritaan pertama ialah dialog. Pengarang banyak menyelitkan perbualan antara Nazar dengan ayahnya, Pak Sahar. Teknik plot kedua ialah monolog. Monolog ialah teknik bercakap sendirian. Buktinya, Nazar membisikkan kepada dirinya bahawa emak tidak mengalami sakit jiwa seperti yang dianggap oleh kawan-kawannya. Teknik ketiga ialah teknik monolog dalaman. Monolog dalaman ialah kata-kata yang hanya terbit dalam hati seseorang watak. Buktinya, hati Nazar berbisik apabila mendapati ibunya tiada di rumah dan hatinya tertanya-tanya ke mana emaknya pergi. Teknik keempat ialah imbas kembali. Imbas kembali bermaksud pengarang memasukkan unsur ingat semula kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku. Contohnya, apabila berjauhan daripada ibunya, Nazar teringat akan ibunya yang pandai menyanyi. Teknik seterusnya ialah teknik imbas muka. Teknik ini juga dikenali sebagai ramalan pengarang dalam sesebuah penceritaan. Biasanya pengarang memasukkan perkataan seperti akan dalam petikan cerita. Buktinya, Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dia mungkin akan mendapat sepuluh atau lima belas unit.

Soalan 7: Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar

tempat pertama ialah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Buktinya, Mahyun dirawat di situ. Latar tempat kedua ialah rumah Nazar yang terletak di Kampung Kota. Buktinya, Nazar yang baru pulang ke rumah mendapati bahawa ibunya telah hilang entah merayau ke mana. Selepas itu, dia pergi ke rumah Kim Moi untuk bertanya tentang tempat yang ditujui oleh ibunya sejak pagi tadi. Latar tempat ketiga ialah di sungai. Ibunya meninggal dunia di kawasan sungai kerana tersepit di celah-celah pokok kelapa. Tempat ini telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Nazar. Latar tempat keempat ialah rumah Mak Miah. Rumah Mak Miah berdekatan dengan rumah Nazar. Biasanya Zainab menghantar makanan dari rumahnya ke rumah Nazar dengan berjalan kaki sahaja. Latar tempat kelima ialah Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Di sinilah Nazar meneruskan persekolahannya dalam peringkat menengah tinggi. Sekolah ini ialah sebuah sekolah yang berasrama penuh dan Nazar tinggal di asrama.

Soalan 8 : Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Jarak masa novel ini berlangsung adalah lebih kurang dua tahun. Cerita bermula semasa Nazar berada dalam tingkatan dua dan berakhir ketika Nazar memasuki tingkatan 4 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Latar masa siang banyak digunakan oleh pengarang. Buktinya, Zainab menghadiahi Nazar sebuah kotak muzik sebelum Nazar bertolak ke sekolah berasrama penuh di Ipoh. Latar waktu senja juga digunakan oleh pengarang. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bergerak mencari Mahyun yang hilang. Latar masa malam juga berlaku dalam perjalanan cerita novel ini. Buktinya, pada waktu malam, Mak Miah dan Pak Sehak mengunjungi rumah Pak Sahar dan mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi selepas kematian Mahyun.

Soalan 9: Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kampung. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk Kampung Kota yang terdiri daripada Mahyun, Nazar, Pak Sehak, Mak Miah dan banyak lagi. Penduduk kampung ini tinggal dalam keadaan damai dan sejahtera. Mereka diketuai oleh Sidang Seman. Latar masyarakat kedua ialah masyarakat Cina. Masyarakat ini diwakili oleh Kim Moi dan Ah Leong yang mempunyai anak-anak yang bernama Ah Seong, Ah Meng, dan Ah Leng. Latar masyarakat ketiga ialah masyarakat yang bekerjasama. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Latar masyarakat keempat ialah masyarakat pelajar. Buktinya, Nazar, Zainab, dan Ah Seong merupakan golongan pelajar yang rajin berusaha dan sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama untuk menghadapi peperiksaan PMR. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang suka memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.

Soalan 10: Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Nilai pertama ialah kegigihan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut. Nilai kedua ialah bekerjasama. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun. Nilai ketiga ialah keyakinan. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut. Nilai keempat ialah kasih sayang. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin. Nilai seterusnya ialah hormat-menghormati. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 11: Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Pengajaran pertama ialah kita mesti gigih berusaha untuk menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut. Pengajaran kedua ialah kita harus mengamalkan sikap bekerjasama terutama apabila menghadapi sesuatu masalah. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun. Pengajaran ketiga ialah kita patut mempunyai keyakinan dalam semua hal yang kita buat. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut. Pengajaran keempat ialah kita harus saling menyayangi antara satu sama yang lain. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin. Pengajaran seterusnya ialah kita mesti hormat-menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak. Soalan 12: Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ] Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Lama-kelamaan wajahwajah itu hilang bagaikan ketulan air batu yang mencair. Contoh kedua ialah Istana sepi bagaikan gua. Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Api kemarahan rupanya masih lagi membara di lubuk hati Pak Sehak. Api ialah unsur konkrit manakala kemarahan ialah unsur abstrak.

Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya: Apakah ayah akan berkahwin lagi? Apakah ayah sudah tidak sayangkan ibu lagi? Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Perasaan cemas mula bergayut di wajah Kim Moi dan angin bulan Oktober yang lembap itu terasa menamparnampar muka Ah Seong. Dalam contoh tersebut, angin mempunyai sifat manusia yang boleh menampar. Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul dan tepuk air di dulang, sedikit sebanyak terpercik juga ke muka sendiri.

You might also like