You are on page 1of 8

PERSEDIAAN MENGAJAR, PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR / PENGAJARAN MAKRO Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , disamping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara : Meneiiti dan mentafsir sukatan pelajaran Membuat skema Rancangan Kerja untuk sesuatu tahun, dan Menyediakan Persediaan Mengajar Harian

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru : a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang dirancang b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu e. Merancang aktiviti murid-murid f. Mengawal bilik darjah dengan baik g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

zba

Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian


Tahun (kelas) : Bilangan pelajar : Mata pelajaran : Tajuk yang hendak diajar : Sub-Topik : Pengetahuan sedia ada : Objektif Pengajaran : Bahan Sumber Pengajaran : Pemikiran Kreatif & Kritis : Nilai Murni : Strategi P & P : Kajian Masa Depan : Langkah Keselamatan (jika perlu) Pelaksanaan P & P: Penyampaian/ Isi Pelajaran/ Kemahiran Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Tarikh : Masa :

Set induksi: ( 5 min) Langkah 1 ( min) Langkah 2 ( min) Langkah 3 ( min) Penilaian ( min) Pentup ( 5 min) Refleksi Pelajar Rumusan Guru

Refelksi Guru : 1. Sebelum P & P : 2. Selepas P & P : Rumusan Penyelia :


* Bilangan langkah / perkembangan pengajaran tertakluk kepada isi pelajaran

zba

PENENTUAN OBJEKTIF Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya. Kegunaan Objektif Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif perlakuan adalah banyak. Antaranya : i. ii. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan pengajaran yang sesuai dan relevan Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pengajaran Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan

iii.
iv. v. vi. vii. viii.

Penulisan Objektif Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu : i. Perlakuan Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih, merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain ii. Syarat Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan, bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan. Sebagai contoh dengan membaca petikan yang diberi. iii. Kriteria Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai perlakuan pelajar. Contoh, dapat memotong kayu dalam masa 10 minit, dengan 90% jawapan betul ,dengan tepat . Contoh objektif perlakuan : Di akhir pelajaran, pelajar dapat menyenaraikan 5 dari 6 ciri usahawan dengan tepat berdasarakan petikan yang diberikan.

zba

Domain Objektif i. Kognitif Domain yang mengandungi perlakuan yang memerlukan pengetahuan mengenai konsep, prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran pelajar dapat menyenaraikan 10 jenis tanaman hiasan yang terdapat di kawasan sekolah dengan 100% betul ii. Afektif Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Dalam domain ini perlakuan agak sukar untuk diukur. Contoh, selepas demonstrasi pelajar akan menunjukkan kesedaran keselamatan dalam makmal dan melaporkan kepada guru jika ada keadaan yang berbahaya. iii. Psikomotor Domain yang berkaitan dengan kemahiran. Contoh, selepas tunjuk cara oleh guru pelajar dapat melakukan cantuman tunas dengan betul. Rumusan penulisan objektif Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan domain afektif dan psikomotor.

MENENTUKAN ISI PELAJARAN Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran . Walau bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar dan prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun seperti berikut : Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks Dari senang kepada yang mudah Dari yang konkrit kepada yang abstrak Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu Relevan dengan objektif yang telah ditentukan Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara kritis, analitis dan kreatif

zba

PEMILIHAN SUMBER Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap dan kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna, menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar. PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum. Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta lakonan. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan. Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan mengira) perlu juga di ambil kira. PENGAJARAN MIKRO Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro a. Konsep Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. b. Tujuan Pelaksanaan pengajaran mikro akan ; membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik

zba

Pelaksanaan Pengajaran Mikro Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat 5 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan . Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah : Perancangan (RPH)

Pencerapan ( komen ) rajah : Kitaran pengajaran mikro

Pengajaran ( mengajar)

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro a. Kemahiran set induksi Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut : memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid b. Kemahiran menggunakan papan tulis Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan

zba

bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar c. Kemahiran variasi ransangan Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan nonverbal guru. d. Kemahiran penyoalan Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar i. Panduan menyoal pastikan soalan jelas nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan tanya satu soalan pada satu masa gunakan soalan arar rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan jawapan. ii. Aras soalan Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian e. Kemahiran menggunakan pengukuhan

Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah. f. Kemahiran penutup

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari,

zba

mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

zba

You might also like