You are on page 1of 2

M3 1. Bukit-bukau, sampah-sarap, adat-istiadat. Mengapakah perkataan berikut tidak digolongkan sebagai kata ganda?

Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa) seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah dan rama-rama. Kata-kata tersebut tidak terdapat dalam tiga bentuk kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Bentuk-bentuk kata tersebut terdiri daripada kata majmuk kerana kedua-dua kata dasar tersebut terdiri daripada dua kata dasar yang mempunyai maksud yang berbeza dan bergabung untuk membentuk satu perkataan yang baharu.

2. Bagaimanakah satu perkataan itu dapat digolongkan sebagai kata ganda dan kata majmuk? Kata ganda i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa) seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah dan rama-rama. ii. Proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna tertentu atau khusus. Kata majmuk i. Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Di eja terpisah dan bertindak sebagai satu unit kecuali yang sudah mantap. ii. Contoh : Air + hujan = air hujan :- 2 perkataan = 1 maksud iii. Tiada kata lain yang boleh disisipkan antara gandingan tersebut.

3. Nyatakan sumber yang membolehkan pengguna bahasa mengenalpasti bentuk kata tunggal dalam BM? Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain Perkataan-perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan,

pemajmukkan dan penggandaan. Merupakan bentuk kata akar atau kata dasar yang boleh mendirikan perkataan itu sendiri. Boleh diperluaskan membentuk kata terbitan. Buku Tatabahasa Dewan (pembentukan kata) DBP

You might also like