You are on page 1of 8

GLUL 3153

CYBER LAW

1.0

Pengenalan
1.1 Paten Sesungguhnya, undang-undang paten adalah suatu undang-undang yang direkabentuk bagi memberikan hak monopoli kepada perekacipta yang berjaya menghasilkan ciptaan baru. Menurut seksyen 12 Akta Paten 1983, rekacipta merupakan satu idea daripada perekacipta di mana dapat memberikan satu penyelesaian praktikal kepada satu masalah tertentu di dalam bidang teknologi. Paten pula merujuk kepada hak berdaftar pereka cipta itu terhadap rekaciptanya, supaya rekaciptanya tidak disalahgunakan oleh orang lain yang tidak mempunyai hak paten. Seturesnya, menurut seksyen 11 Akta Paten 1983, sesuata reka cipta itu hanya boleh dipatenkan jika ianya baru dan melibatkan langkah mereka cipta dan juga boleh digunakan untuk perindustrian. Dalam ertia kata lain, Seksyen 14 Akta Paten 1983 yang menyatakan dengan lebih teliti, reka cipta itu harus baru dengan tidak pernah ditunjukkan kepada orang awam, di mana jua walaupun secara penulisan, penyiaran atau dengan apa-apa cara lain. Selain itu, terdapat beberapa seksyen yang penting dalam undangundang paten yanf akan dibincangkan seterusnya. Sebagai contoh, Seksyen 15 Akta Paten 1983, telah menerangkan kepentingan langkah dalam mereka cipta itu haruslah bersifat asli. Sesuatu reka cipta handaklah dianggap sebagai melibatkan suatu langkah mereka cipta jika memandangkan apa-apa perkara yang menjadi sebahagian daripada ciptaan seni terdahulu, langkah reka cipta itu adalah tidak ketare pada seseorang yang mempunyai kemahiran biasda dalam ciptaan seni. Seterusnya, Seksyen 16 Akta Paten 1983 yang menyatakan sesuatu reka cipta itu handaklah dianggap boleh dipakai bagi industri jika ia boleh dibuat atau digunakan dalam apa-apa jenis industri. Seksyen ini penting kerana ia menyatakan cirri sesuatu reka cipta itu haruslah boleh digunakan secara komersial. Sekeyen 17 juga amat penting kerana ia jelas menyatakan tempoh perlindungan undang-undang kepada sesuatu keluaran paten itu, iaitu, had maksimumnya tidak melebihi 20 tahun.

GLUL 3153 1.2 Pengenalan Kes

CYBER LAW

Kes yang akan dibincangkan di sini ialah kes IEV INTERNATIONAL PTY LTD V. SADACHARAMANI GOVINDASAMY yang berlaku di Malaysia. Kes ini adalah berkenaan ddengan permohonan Plaintiff untuk membatalkan hak paten yang dipegang oleh defendant yang bernombor, MY-119064-A & MY-119147-A. Plaintiff memulakan bisnessnya di Malaysia pada tahun1988 dan telah menghasilkan produk yang bernama Apparatus for the Combating of Marine Growth on Offshore Structures Menurut Plaintiff, produk tersebut telah dicipta pada tahun 1986 dan telah dipatenkan dibawah Akta Paten 1983 yang nombor patennya ialah MY-103283-A pada 29 MAY 1993, yang paten itu telah dimohon pada awal 15 MAY 1987. Dikatakan pula paten tersebut juga dipatenkan di 14 buah negara yang berbeza di seluruh dunia. Masalah bermula apabile Defendant, yang asalnya merupakan pekerja Palintiff yang diupah untuk Plaintiff sebagai Marketing & Contracts Manager, selama tempoh Januari 1991 ke Disember 1992. Defendant telah mengakses ke dalam file sulit Plaintif untuk butiran yang mengandungi reka cipta, cara penghasilan, cara pemasangan, speksifikasi arahan dan sebagainya produk tersebut. Selepas itu, Defendant meletakkan jawatannya dan hanya mengambil masa 7 bulan sahaja untuk mengfilekan paten terhadap produk tersebut yang dipercayai untuk menjadi produk yang lebih baik. Defendant memohon paten untuk produk tersebut pada 1 September 1993 (MY-119147-A) dan pada 3 September 1993 ( MY-119064-A). Seterusnya, paten defendant diluluskan selepas 12 tahun, iaitu pada 31 March dan 30 April 2005. Kini, Plaintiff memohon untuk membatalkan hak paten defendant berdasarkan Seksyen 11, 12, 14, 15 dan 16 Akta Paten 1983.

GLUL 3153 1.3 Isu-isu Kes

CYBER LAW

Dalam Kes IEV INTERNATIONAL PTY LTD V. SADACHARAMANI GOVINDASAMY, terdapat beberapa isu-isu yang perlu kita bincangkan. (i) Sama ada ciptaan defendant itu benar-benar merupakan milikan defendant? (ii) Adakah ciptaan defendant itu tidak boleh dipatentkan

disebabkan ketidakpatuhan kepada Seksyen 11, 12, 14, 15 dan 16 Akta Paten 1983?

2.0

Undang-Undang Paten
Merujuk kepada kes di atas, terdapat beberapa seksyen dalam Akta Paten harus ditafsirkan untuk aplikasi ke dalam kes tersebut.

1. Sekyen 11, Akta Paten 1983 Menurut skesyen ini, suatu reka cipta itu hanya boleh dipatenkan jike ia memenuhi tiga syarat, iaitu, baru, melibatkan langkah mereka cipta dan boleh digunakan untuk tujuan perindustrian.

2. Seksyen 12 (1) , Akta Paten 1983 Takrif Reka cipta itu adalah sebagai sesuatu ilham daripada seseorang pereka cipta yang membenarkan pada amalannya penyelesaian sesuatu masalah tertentu dalam bidang teknologi.

Seksyen 12 (2) Akta Paten 1983 Ciptaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu reka cipta produk dan reka cipta proses.

GLUL 3153 3. Seksyen 14, Akta Paten 1983

CYBER LAW

Sesuatu ciptaan itu ditafsirkan baru seandainya ciptaan tersebut tidak dijangka oleh ciptaan seni terdahulu atau sebelumnya. Maksudnya, ciptaan itu dikatakan baru jika ia tidak pernah wujud dalam ciptaan lain sebelumnya.

Seksyen 14 (2), Akta Paten 1983 Ciptaan baru tersebut haruslah tidak pernah didedahkan kepada awam di mana-mana sahaja melalui apa jua sahaja caranya. Ciptaan itu tidak boleh diketahui umum tidak kira melalui terbitan bertulis, dedahan secara lisan ataupun apa-apa cara lain, sebelum tarikh permohonan paten untuk ciptaan tersebut.

4. Seksyen 15, Akta Paten 1983 Suatu ciptaan dianggap sebagai melibatkan langkah inventif jika, dengan memperhatikan segala hal yang merupakan sebahagian dari seni dahulu dalam ayat 14 (2) (a), langkah inventif tersebut tidak akan jelas bagi orang yang memiliki keahlian biasa di seni. Suatu reka cipta dianggap sebagai melibatkan suatu langkah reka cipta jika ciptaan itu adalah jelas ketara kepada orang yang mempunyai kemahiran biasa dalam seni.

5. Seksyen 16, Akta Paten 1983 Sesuatu reka cipta hendaklah dianggap boleh diguna pakai bagi industri jika ia boleh atau digunakan dalam apa-apa jenis industri. Industri di sini bermaksud akitiviti fizikal yang melibatkan ciri-ciri teknikal, iaitu aktiviti yang terdapat pada sesuatu seni yang dipraktikkan.

6. Seksyen 56 (1), Akta Paten 1983 Setiap orang yang dianiaya boleh menjalankan proses mahkamah terhadap pemilik paten untuk itu penyingkiran paten.

GLUL 3153

CYBER LAW

Seksyen 56 (2), Akta Paten 1983 Mahkamah mesti membatalkan paten jika orang yang meminta pencabutan membuktikan bahawa apa yang didakwa sebagai ciptaan dalam paten bukan merupakan ciptaan dalam erti kata pasal 12 atau dikecualikan daripada perlindungan di bahagian 13 atau ayat 31 (1) atau tidak dipatenkan kerana tidak memenuhi syarat-syarat bahagian 11, 14, 15, dan 16.

3.0

Analisis Kes
3.1 Isu 1 Sama ada ciptaan defendant itu benar-benar merupakan milikan defendant?

1. Untuk alasan bahawa ciptaan tersebut sudah digunakan, sedia dan didedahkan kepada awam sehingga ciptaan dugaan defendent merupakan sebahagian dari negara bahagian seni dan telah diantisipasi oleh seni dahulu. Penemuan dituntut oleh defendent tidak baru kerana mereka diantisipasi oleh "prior art" sebagaimana yang ditentukan dalam pasal 14 (2) dari Undang-Undang Paten 1983. 2. Penemuan dugaan defendent akan jelas bagi orang yang memiliki keahlian biasa dalam bidang ini, dengan memperhatikan pendedahan relevan dalam gambar, artikel yang diterbitkan dan pengguna di berbagai belahan dunia. 3. Sudah jelas bahawa ciptaan defendent dugaan itu perubahan dangkal atau desain umum yang dibuat untuk desain plaintiff. Paten defendent tidak menggambarkan apa-apa kemajuan teknikal atau perbaikan dengan yang ada pada plaintiff.

GLUL 3153

CYBER LAW

3.2 Isu 2 Adakah ciptaan defendant itu tidak boleh dipatentkan disebabkan ketidakpatuhan kepada Seksyen 11, 12, 14, 15 dan 16 Akta Paten 1983?

1. Pada tarikh 23 Mei 1988, paten Malaysia plaintiff diajukan dan diberikan pada tarikh 29 Mei 1993. Tuntutan paten defendent diajukan pada bulan September 1993. Itu jatuh dalam lingkup perlindungan dari tuntutan dalam paten Malaysia plaintiff dan adalah sama atau dasarnya sama dengan ciptaan-ciptaan plaintiff.

2.

Reka cipta tersebut sudah digunakan di Malaysia serta di seluruh dunia baik sebelum pengajuan aplikasi paten Defendent. Tidak ada hal baru dalam peranti defendent mengatakan ketika mereka diterapkan untuk pendaftaran. Defendent bukanlah penemu asli dari kata peranti. Hal ini mengikuti bahawa paten defendent tidak dipatenkan kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat pasal 11, 14 dan 15 dari Undang-Undang Paten 1983.

GLUL 3153

CYBER LAW

4.0 Kesimpulan
Selepas menganalisis kedua-dua isu dalam kes ini, secara konklusinya, boleh dikatakan ciptaan produk tersebut tidak dimiliki oleh defendent dan ciptaaan tersebut tidak boleh dipatenkan oleh defendent kerana ia bercanggahan dengan Seksyen 11,12, 14, 15 dan 16 Akta Paten 1983. Dalam kes ini, Plaintiff merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Bukti yang diberikan tidak dapat dibantah oleh defendent. Defendent tidak didedahkan kepada sebarang nasihat pakar untuk menunjukkan kesahan pemilikan paten reka cipta itu ataupun defendent tidak mampu membukitkan kemahiran dia sendiri dalam bidang tersebut. Jesteru, Mahkamah menerima bukti plaintif dan memutuskan hak paten produk tersbut merupakan hak milik Plaintiff. Selain itu, Mahkamah juga bertindak untuk tindakan pembatalan, untuk membatalkan paten plaintif diajukan pada tahun 1994 tidak mempunyai perkaitan dengan tindakan kini plaintif, iaitu membatalkan paten terdakwa yang hanya diberikan pada tahun 2006. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah, iaitu membatalkan hak paten defendent. Ini adalah kerana defendent tidak mempunyai berkelayakan untuk memohon hak paten tersebut pada permulaanya. Perkara ini kerana defendent bertindak mencuri infomasi dan reka bentuk ciptaan itu daripada plaintiff semasa defendent bekerja dengan plaintiff. Lagipun, pereka asal, iaitu plaintiff merupakan pakar dalam bidang tersebut dan beliau telahpun memohon hak paten untuk produk itu sejak tahun 1987 lagi.

GLUL 3153

CYBER LAW

RUJUKAN

i) IEV

HIGH COURT OF MALAYA, INTERNATIONAL PTY LTD V. SADACHARAMANI

GOVINDASAMY, 15 Januari 2008, diakses pada 10 April 2011, Ahad, masa: 3.37pm, daripada: http://www.ipsofactoj.com/highcourt/2008/Part01/hct2008(01)-005.htm

You might also like